Lurcher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lurcher
Nama lainPoacher's dog
Negara asalGreat Britain dan Ireland
Trait
Bulu sebarang
Warna sebarang
Saiz perinduk berubah-ubah
Anjing (Canis lupus familiaris)
ukiran seekor anjing berbulu kasar daripada jenis anjing pemburu penglihatan
Lurcher, ilustrasi daripada The Sportsman's Cabinet oleh William Taplin, 1803; diukir daripada lukisan oleh Philip Reinagle

Lurcher[a] ialah anjing baka silang yang terhasil daripada pengawanan grehaun atau anjing pemburu penglihatan lain dengan anjing daripada lagi satu jenis seperti anjing gembala atau terier. Lurcher bukan "baka", tetapi merupakan penerang generik bagi sekumpulan anjing berlainan. Ia selama beratus-ratus tahun sangat terkait dengan pemburuan haram; pada zaman moden, ia dibela sebagai anjing pemburu atau anjing teman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lurcher ialah istilah Inggeris lama untuk anjing baka silang; khususnya, hasil daripada pengawanan anjing pemburu penglihatan dengan anjing daripada lagi satu jenis, biasanya baka pekerja. Istilah ini pertama kali digunakan dengan makna ini pada tahun 1668; perkataan ini dianggap diterbitkan daripada kata kerja lurch, yang kelihatanya merupakan bentuk varian bagi lurk, yang memaksudkan menghendap atau mencuri.[1][2][3] Kecenderungan untuk "meronta-ronta" dan "memotong" dan bukannya "menyusur" dianggap tidak adil dan sebagai pelanggaran "Undang-undang Cawak".[4]

Di England dari tahun 1389, hak untuk membela anjing daripada sebarang jenis yang digunakan dalam perburuan[5] dibatasi oleh undang-undang kepada mereka yang layak dengan memiliki tanah, pegangan, atau pendapatan yang bernilai lebih daripada sepuluh paun setahun; laain kata, kerabat diraja, kebangsawanan, ningrat, dan orang kaya.[6] Undang-undang ini, walaupun berulang kali diubah suai, kekal berkuat kuasa sehingga tahun 1831.[1]

Pada abad kesembilan belas, perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesetengah grehaun rantauan berbulu kasar, yang dilarang daripada pertandingan oleh kelab-kelab coursing seperti Swaffham dan Newmarket, kerana tanggapan bahawa anjing ini memotong "giliran" untuk membunuh dan bukannya mengerjakan kelinci untuk mendapatkan mata.[7]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Lurcher ialah silangan, yang pada umumnya antara anjing pemburu penglihatan dengan baka anjing pekerja. Pada umumnya, tujuan silangan adalah untuk menghasilkan anjing pemburu penglihatan dengan lebih kecerdasan, haiwan pintar yang sesuai untuk pemburuan haram arnab, kelinci, dan burung buruan. Lama-kelamaan, pemburu haram dan pemburu sah mendapati bahawa penyilangan baka tertentu dengan anjing pemburu penglihatan menghasilkan anjing yang lebih sesuai untuk tujuan ini, dengan adanya kombinasi kelajuan dan kecerdasan lurcher.[8] Pada zaman lebih terkini, penyilangan baka anjing pemburu penglihatan berlainan antara satu sama lain (cth. grehaun dengan saluki) telah menjadi lebih lazim. Anjing ini secara tradisional dipanggil longdog tetapi kini "lurcher" digunakan untuk anjing ini juga.[9]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Lurcher dibiakbakakan secara tradisional di England untuk membantu pemburu haram dalam pemburuan arnab dan kelinci. Di seluruh dunia, ia dibela sebagai anjing sukan dan haiwan peliharaan keluarga,[10] atau untuk bertanding dalam sukan seperti lure coursing dan perlumbaan anjing. Di Amerika Syarikat, ia mungkin bertanding dalam acara lure coursing melalui AKC dan UKC.[11][12] Baka silang tidak didaftarkan dan diiktiraf secara formal oleh mana-mana kelab kenel utama. Di Amerika Utara, Canadian Kennel Club boleh melucutkan hak daripada anggota kelab jika telah terbukti membiakbakakan mana-mana baka seperti dalam pewujudan lurcher; di Amerika Syarikat, lurcher boleh didaftarkan dengan North American Lurcher and Longdog Association.[13]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: لرچر, Sebutan bahasa Melayu: [lərt͡ʃər]; bahasa Inggeris: lurcher

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Russell 2018, m/s. 29.
  2. ^ lurcher, n.4. Oxford English Dictionary, edisi dalam talian. Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. (langganan diperlukan).
  3. ^ lurch, v.1. Oxford English Dictionary, edisi dalam talian. Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. (langganan diperlukan).
  4. ^ Johnson, Thomas Burgeland (2023) [1848]. The sportsman's cyclopaedia : comprising a complete elucidation of the science and practice of hunting, shooting, coursing, racing, fishing, hawking, cockfighting, and other sports and pastimes of Great Britain, interspersed with entertaining and illustrative anecdotes [LeatherBound] (dalam bahasa Inggeris). m/s. 193.
  5. ^ Seperti yang ternyata dalam akta Parlimen [terjemahan]: "Tiada yang boleh berburu kecuali yang cukup pendapatan" ("None shall hunt but they which have sufficient living" dalam Inggeris-Norman dan bahasa Inggeris zaman itu: null leverer, ne lerce, nautre chien pur chacer,[1] diterjemahkan kepada "tiada grehaun, hound, mahupun anjing lain untuk berburu" ("no greyhound, hound nor other dog to hunt"))
  6. ^ "A dictionary of the Norman or Old French language : Collected from such Acts of Parliament, Parliament rolls, journals, Acts of state, records, law books, antient historians, and manuscripts as related to this nation" (dalam bahasa Inggeris). 1779.
  7. ^ Russell 2018, m/s. 88.
  8. ^ Plummer, David Brian (1979). The Complete Lurcher : a manual (dalam bahasa Inggeris). Woodbridge, Suffolk, England, United Kingdom: Boydell Press. ISBN 0-85115-118-3. OCLC 15674881.
  9. ^ "Why Lurchers Make Great Pets" (PDF). Galway SPCA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  10. ^ Drakeford, J. (2003). The House Lurcher (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 978-1-904057-34-5.
  11. ^ "Lure Coursing". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  12. ^ "Lure Coursing | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  13. ^ "Lure Coursing, Amateur Whippet & Sighthound Racing - NALLA Overview". Lure Coursing, Amateur Whippet & Sighthound Racing (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Arthur W. Coaten (1909). British Hunting: A Complete History of the National Sport of Great Britain and Ireland from Earliest Records (Inggeris). London, United Kingdom: Sampson Low, Marston & Co.
  • E. P. Thompson (1975). Whigs and Hunters: The Origin of the Black Act (Inggeris) London, United Kingdom: Allen Lane.
  • P. B. Munsche (1981). Gentlemen and Poachers: The English Game Laws, 1671–1831 (Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press.
  • Harriet Ritvo (1987).The Animal Estate: The English and Other Creatures in the Victorian Age (Inggeris). Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat: Harvard University Press.
  • David Cannadine (1990). The Decline and Fall of the British Aristocracy (Inggeris). New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat: Yale University Press.
  • Roger B. Manning (1993). Hunters and Poachers: A Social and Cultural History of Unlawful Hunting in England, 1485–1640 (Inggeris). Oxford, United Kingdom; New York, Amerika Syarikat: Clarendon Press; Oxford University Press.
  • Emma Griffin (2007). Blood Sport: Hunting in Britain since 1066 (Inggeris). New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat; London, United Kingdom: Yale University Press.
  • Barry Lewis (2009). Hunting in Britain: From the Ice Age to the Present (Inggeris). Stroud, Gloucestershire, United Kingdom: History Press.