Anjing pemburu penglihatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor whippet: tungkai panjang, dada dalam, pinggang ramping anjing pemburu penglihatan

Anjing pemburu penglihatan (bahasa Inggeris: sighthound, gazehound) ialah sejenis anjing hound yang berburu terutamanya dengan penglihatan dan kelajuan, tidak seperti anjing pemburu bau, yang bergantung pada bau dan daya ketahanan.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Perkadaran kepala dolikosefalik bagi anjing pemburu penglihatan tipikal

Anjing ini pakar dalam mengejar mangsa, mengekalkannya dalam penglihatan, dan mengatasinya dengan kelajuan tingginya dan ketangkasannya. Ia mesti dapat mengesan pergerakan dengan cepat, jadi ia mempunyai penglihatan tajam. Anjing pemburu penglihatan mesti dapat menangkap mangsa pantas dan tangkas, seperti rusa dan kelinci, jadi ia mempunyai belakang sangat boleh lentur dan tungkai panjang untuk langkah panjang, dada dalam untuk menyokong jantung besar luar biasa (berbanding dengan anjing lain), paru-paru sangat cekap untuk kedua-dua larian pecut anaerobik dan aerobik, dan tubuh langsing dan kurus untuk mengekalkan berat badannya pada tahap minimum. Anjing pemburu penglihatan mempunyai ciri anatomi dan fisiologi unik, yang mungkin disebabkan oleh pemilihan sengaja untuk perburanu dengan kelajuan dan penglihatan; kajian makmal telah mengasaskan selang rujukan untuk hematologi dan profil biokimia serum pada anjing pemburu penglihatan, yang sesetengah daripadanya dikongsi oleh semua anjing pemburu penglihatan dan yang sesetengah daripadanya mungkin unik kepada satu baka.[1]

Jenis anjing pemburu penglihatan tipikal mempunyai kepala ringan dan langsing, yang berperkadaran dolikosefalik. Rupa bentuk ini dapat mewujudkan ilusi bahawa kepalanya adalah lebih panjang daripada biasa. Serigala dan anjing liar lain adalah dolikosefalik atau mesatisefalik, tetapi sesetengah anjing bela jinaktelah menjadi brakisefalik (berkepala pendek) disebabkan oleh pemilihan buatan oleh manusia selama tempoh 12,000 tahun.[2] Anjing dolikosefalik mempunyai medan penglihatan lebih luas tetapi pertindihan lebih kecil antara mata dan, oleh itu, mungkin persepsi kedalaman lebih lemah di sesetengah medan penglihatannya berbanding dengan anjing brakisefalik; kebanyakan, jika bukan semua, anjing mempunyai kurang ketajaman penglihatan berbanding dengan pendahulunya, iaitu serigala.[3] Tiada bukti berdasarkan sains untuk mengesahkan kepercayaan popular bahawa anjing pemburu penglihatan mempunyai ketajaman penglihatan lebih tinggi berbanding dengan jenis anjing lain. Walau bagaimanapun, terdapat bukti semakin banyak bahawa anjing dolikosefalik, oleh sebab bilangan lebih tinggi bagi sel ganglion retina dalam "coretan visual"-nya, mengekalkan kepekaan lebih ternaik berbanding dengan jenis anjing lain terhadap objek dan pergerakan pantas di medan penglihatan mengufuk.[4]

Seekor saluki

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu penglihatan seperti jenis saluki/sloughi (kedua-duanya dinamai sempena Empayar Seleukia) mungkin telah wujud selama sekurang-kurangnya 5,000 tahun, dengan peninggalan anggapan terawal bagi seekor anjing pemburu penglihatan jantan dengan ketinggian bahu sekitar 54 cm (21 in), berbanding dengan saluki, yang muncul dalam penggalian Tell Brak yang bertarikh hampir-hampir 4,000 tahun sebelum kini.[5] Sebutan Eropah terawal tentang anjing pemburu penglihatan dan karyanya, iaitu vertragus Celt[6] dari Sepanyol Rom abad ke-2 M, berasal daripada Cynegeticus karya Arrianos. Jenis serupa, mungkin anjing pemburu penglihatan jantan bersaiz sederhana, dengan ketinggian 61–63 cm (24–25 in), daripada tempoh sejarah hampir-hampir sama, iaitu anjing Rom Warmington digambarkan daripada rangka amat terpelihara yang ditemukan di England.[7] Tulang-temulang "grasil" jenis anjing pemburu penglihatan, yang bertarikh dari abad ke-8 hingga abad ke-9 M, yang secara anatomi ditakrifkan sebagai tulang "grehaun" setinggi 70 cm (28 in), dibandingkan secara genetik dengan grehaun moden dan anjing pemburu penglihatan lain dan didapati hampir sama dengan baka grehaun moden, dengan pengecualian sebanyak hanya empat pemotongan dan satu penggantian dalam jujukan-jujukan DNA, yang ditafsirkan sebagai perbezaan yang barang kali timbul daripada 11 abad pembiakbakaan anjing pemburu penglihatan jenis ini.[8][2] Analisis genomik populasi mencadangkan bahawa anjing pemburu anjing sejati berasal secara bebas daripada anjing asli dan dicampurkan secara menyeluruh sesama baka, lalu menyokong hipotesis berbilang asal usul bagi anjing pemburu penglihatan.[9][3]

Walaupun kini kebanyakan anjing pemburu penglihatan dipelihara terutamanya sebagai haiwan peliharaan, sesetengah anjing mungkin telah dibiakbakakan selama beribu-ribu tahun untuk mengesan pergerakan mangsa, kemudian mengejar, menangkap, dan membunuh mangsa terutamanya dengan kelajuan. Ia bertahan hidup dengan kegiatan fizikal. Sesetengah anjing mempunyai keperibadian lembut, yang lain pula berwaspada atau memusuhi orang asing, tetapi naluri untuk mengejar haiwan berlari kekal kuat.[10]

Selain coursing dan perburuan, pelbagai sukan anjing diamalkan dengan anjing pemburu penglihatan baka tulen, dan kadang-kadang dengan lurcher dan longdog. Sukan sedemikian termasuk perlumbaan, lure coursing, dan acara lain.

Senarai baka anjing pemburu penglihatan[sunting | sunting sumber]

Jenis anjing pemburu penglihatan baka silang[sunting | sunting sumber]

Baka yang dianggap berkontroversi kerana pada asalnya tidak mempunyai fungsi anjing pemburu penglihatan[sunting | sunting sumber]

Sebilangan baka atau jenis anjing yang tidak berburu semata-mata dengan kelajuan dan penglihatan, serta sebilangan baka bukan pemburu, kini diiktiraf sebagai anjing pemburu penglihatan, sama ada secara formal atau tidak formal[12] oleh kelab-kelab kenel, atau kelab coursing umpan atau langsung. Ini termasuk:

Pengelasan kelab kenel[sunting | sunting sumber]

Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel berbahasa Inggeris, termasuk American Kennel Club dan The Kennel Club (United Kingdom), mengelompokkan baka anjing pemburu penglihatan pedigri bersama-sama dengan anjing pemburu bau dalam Kumpulan Hound,[13][14] Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengelompokkannya dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan yang dikhususkan,[15] manakala United Kennel Club mengelompokkannya mereka dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Paria.[16]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Clinical pathology of Greyhounds and other sighthounds" (Inggeris) S. Zaldívar‐López L.M. Marín M.C. Iazbik N. Westendorf‐Stingle S. Hensley C.G. Couto Veterinary Clinical Pathology Jilid 40, Keluaran 4, pertama kali diterbitkan: 24 Oktober 2011
  2. ^ Roberts, Taryn; McGreevy, Paul; Valenzuela, Michael (Julai 2010). "Human Induced Rotation and Reorganization of the Brain of Domestic Dogs". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 5 (#7): e11946. Bibcode:2010PLoSO...511946R. doi:10.1371/journal.pone.0011946. PMC 2909913. PMID 20668685.
  3. ^ Miller, Paul E.; Murphy, Christopher J. (15 Disember 1995). "Vision in Dogs" (PDF). Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 207 (#12): 1623–1634. PMID 7493905. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  4. ^ McGreevy, Paul; Grassia, Tanya D.; Harman, Alison M. (Disember 2004). "A strong correlation exists between the distribution of retinal ganglion cells and nose length in the dog". Brain, Behavior and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 63 (#1): 13–22. doi:10.1159/000073756. PMID 14673195. S2CID 24772865.
  5. ^ Clutton-Brock, J., 1989. A dog and a donkey excavated at Tell Brak (Inggeris). Iraq, 51, hlm. 217–224.
  6. ^ https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/ac/Bronzen_beeldje_hazewindhond_ForumHadriani_015501_RMO_Leiden.jpg Templat:Bare URL image
  7. ^ Schoenebeck, J.J., Hamilton‐Dyer, S., Baxter, I.L., Schwarz, T., dan Nussbaumer, M., (2021). From head to hind: Elucidating function through contrasting morphometrics of ancient and modern pedigree dogs (Inggeris). ‘’The Anatomical Record’’, 304(1), hlm. 63–77. [1]
  8. ^ SVOBODOVÁ, H., BARTOŠ, M., NÝVLTOVÁ FIŠÁKOVÁ, M., adn KOUŘIL, P., (2015). Genetic analysis of possibly the oldest greyhound remains within the territory of the Czech Republic as a proof of a local elite presence at Chotěbuz-Podobora hillfort in the 8th–9th century AD (Inggeris). SbNM B, 71, hlm. 17–24.
  9. ^ Li, Wu-Lue, dll. "Multiple origins and genomic basis of complex traits in sighthounds" (Inggeris). Molecular Biology and Evolution (2023): msad158.
  10. ^ Fogle, Bruce (2000) [1995]. The Encyclopedia of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley. ISBN 0-7513-0471-9.
  11. ^ "Estándar GALGO BARBUCHO PATAGONICO" [Piawaian GREHAUN BERJANGGUT PATAGONIA]. Kennel Club Argentino (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  12. ^ Bengtson, Bo. "How Many Sighthound Breeds? Would you believe more than 50?" (Inggeris) Sighthound Review Jil. 5, Keluaran 4, Musim Sejuk 2014–2015
  13. ^ "Hound Group". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  14. ^ "Hound". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  15. ^ "Group 10: Sighthounds". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  16. ^ "Breed Group Designations". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Almirall, Leon V. Canines and Coyotes. Caldwell, Idaho, Amerika Syarikat: The Caxton Printers, Ltd., 1941.
  • Anderson, John Kinlock. Hunting in the Ancient World (Inggeris). University of California Press 1985.
  • Belkin, Dan. "The Functional Saluki: Lessons from the Coursing Field" (Inggeris). Field Advisory News, November/Disember 1993.
  • Bengtson, Bo. "What IS a Sighthound?" (Inggeris) Sighthound Review, keluaran carter, Mei–Jun 1984.
  • Bengtson, Bo. "What is a Sighthound?" (Inggeris) Sighthound Review. Januari 2011.
  • Bennett, D. dan Timm, R.M., The dogs of Roman Vindolanda, Part IV: Large sighthounds and guard and utility dogs (Inggeris). Archaeofauna (30) 2021, 185-216 [4]
  • Brown, Curtis. Dog Locomotion and Gait Analysis (Inggeris). Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing, 1986.
  • Burnham, Pat Gail. "Rhodesian Ridgebacks, and the Question of What Is a Sighthound?" (Inggeris). Field Advisory News, Mac/April 1992.
  • Copold, Steve. The Complete Book of Coursing: Hounds, Hares & Other Creatures (Inggeris), disemak dan dikembangkan edisi ke-2. Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing, 1996.
  • Copold, Steve. Hounds, Hares & Other Creatures: The Complete Book of Coursing (Inggeris) (edisi ke-1). Arvada, Colorado, Amerika Syarikat: D. R. Hoflin, 1977 (1996).
  • Couto Veterinary Consultants. "Are Sighthounds Really Dogs?" (Inggeris)
  • Cunliffe, Juliette. Popular Sight Hounds (Inggeris). London, United Kingdom: Popular Dogs Publishing Co. Ltd., 1992. ISBN 0-09-175025-3.
  • Dansey, William. Arrian on Coursing: The Cynegeticus (Inggeris). London, United Kingdom: J. Bohn, 1831
  • Grant-Rennick, Richard (penyuntin). Coursing: The Pursuit of Game with Gazehounds (Inggeris). Saul, Gloucestershire, United Kingdom: The Standfast Sporting Library, 1977. ISBN 0-9502148-9-2.
  • Hancock, David. Sighthounds: Their Form, their Function and their Future (Inggeris). Ramsbury, United Kingdom: The Crowood Press Ltd, 2012. ISBN 978-1-84797-392-4.
  • Hawkins, Richard. "What Is A Sighthound" (Inggeris). Dogs in Canada, April 2006.
  • Hawkins, Richard. "Sighthound Identity" (Inggeris). The Performance Sighthound Journal, Julai–September 2007.
  • Hull, Denison B. Hounds and Hunting in Ancient Greece (Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press 1964.
  • Miller, Constance O. Gazehounds: The Search for Truth (Inggeris). Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing, 1988.
  • Nichols, Christopher. Three Dogs from the Late Iron Age Boat Grave Cemetery at Gamla Uppsala Prästgården, Sweden (Inggeris). European Journal of Archaeology 2023: 1-18.[5]
  • Parker, Heidi G. dll. "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" (Inggeris). Cell Reports (#19) 697–708, 2017.
  • Phillips, A. A., dan M. M. Willcock, (penyunting). Xenophon & Arrian on Hunting with Hounds (Inggeris). Oxford, United Kingdom: Aris & Phillips, 1999. ISBN 0-85668-706-5.
  • Recum, Andreas F. von, Hunting with Hounds in North America (Inggeris). Gretna, Louisiana, Amerika Syarikat: Pelican Publishing Co. 2002. ISBN 1-58980-043-5.
  • Russell, Joanna. All about Gazehounds (Inggeris). London, United Kingdom: Pelham, 1976. ISBN 0-7207-0926-1.
  • M. H. Salmon ("Dutch"). Gazehounds & Coursing (Inggeris). St. Cloud, Minnesota, Amerika Syarikat: North Star Press, 1977. ISBN 0-87839-024-3.
  • M. H. Salmon ("Dutch"). Gazehounds & Coursing: The History, Art, and Sport of Hunting with Sighthounds (Inggeris), Disemak dan dikembangkan edisi ke-2 Silver City, New Mexico, Amerika Syarikat: High-Lonesome Books, 1999. ISBN 0-944383-49-1.
  • Severtsov, A. S. dan Shubkina, A. V., Predator as a universal breeder (Inggeris). Science in Russia 2014 Bil. 5 (#203)
  • Severtsov, A. S., Rosenzweig, M. L., dan Shubkina, A. V., "Predators detect the welfare of their potential prey and cull those that are poorly" (Inggeris). Evolutionary Ecology Research, 2017 18 (#5), hlm. 555–569.
  • Suchanova, J. dan Tovstucha, R. E., "Problems in translating the names of dog breeds from the perspective of different nomination principles & linguistic relativity" (Inggeris). Coactivity: Philology, Educology 2016, 24 (#2): 113–121.
  • Uhrikova, I. dll. "Haematological and biochemical variations among eight Sighthound breeds" (Inggeris). Australian Veterinary Journal, Jil. 91 (#11), 2013. Ringkasan oleh Dr. Dominique de Caprona.
  • Wimmer, Barbara. Genetic Differences between Western bred Sighthound (FCI group 10) and Primitive breeds (FCI group 5) (Inggeris). Lihat ringkasan oleh Dr. Dominique de Caprona

Pautan luar[sunting | sunting sumber]