Anjing pemburu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu

Anjing pemburu ialah anjing yang berburu dengan pemburu atau untuk pemburu. Terdapat beberapa jenis anjing pemburu berlainan yang dikembangkan untuk pelbagai tugas dan tujuan. Kategori utama anjing pemburu termasuk hound, terier, dachshund, anjing jenis cur, dan gundog. Pembezaan lanjut dalam kategori-kategori ini dapat dibuat, berdasarkan kemahiran dan keupayaan anjing. Ia biasanya lebih besar dan mempunyai bau lebih sensitif daripada anjing biasa.

Baka dan kemampuan yang digunakan dalam perburuan[sunting | sunting sumber]

Untuk senarai baka setiap jenis, lihat rencana terperinci untuk setiap kategori:

Kategori utama Subkategori Contoh Ringkasan
Hound Hound terbahagi selanjutnya kepada anjing pemburu penglihatan dan anjing pemburu bau bergantung pada deria primer yang digunakan untuk mengesan buruan. Banyak mamalia seperti kelinci, rakun, koyote, rusa, dan pemangsa besar lain diburu dengan hound.
Anjing pemburu penglihatan
Whippet
Anjing pemburu penglihatan ialah hound berlari tinggi dan langsing, yang teradaprasi untuk ketajaman visual dan kelajuan. Kaedah perburuannya dipanggil coursing, iaitu apabila mangsa dikesan melalui penglihatan dari jarak jauh, dikejar, dan ditangkap.[1]:36, 102
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu rakun Redbone
Anjing pemburu bau ialah hound yang terutamanya berburu dengan bau. Anjing pemburu bau digunakan untuk menjejak dan kadang-kadang membunuh buruan. Ia berburu dalam kawanan dan memimpin pemburu dalam pengejaran yang mungkin berakhir apabila buruan dikejar ke atas pokok atau dibunuh. Sesetengah baka ini mempunyai salakan dalam dan meledak dan menggunakan salakan itu apabila mengikuti jejak bau.
Lurcher Lurcher Lurcher ialah anjing pemburu penglihatan yang disilangkan dengan baka anjing pekerja—biasanya anjing pastoral atau terier yang dibiakbakakan secara terpilih untuk kerja.
Gundog Gundog digunakan terutamanya oleh pemburu buruan kecil yang menggunakan senapang patah. Gundog dikelaskan sebagai anjing pengutip, spaniel, dan anjing penuding.
Anjing pengutip
Anjing pengutip Teluk Chesapeake
Setelah pernah dikelaskan sebagai spaniel air, peranan primer anjing pengutip ialah mencari dan mengembalikan buruan tertembak kepada pemburu. Anjing pengutip dapat meluangkan masa berjam-jam di dalam samaran itik dan melalui penglihatan mengesan dan mengingati lokasi burung rebah. Menurut perintah, ia mengutip burung. Ia mungkin dapat mengikuti arahan tangan, perkataan, dan wisel ke arah burung rebah. Ia biasanya mempunyai muncung besar dan lemah lembut.
Seter
Seter Inggeris
Seter mempunyai sejarah panjang sebagai gundog tanah tinggi. Ia kelihatan mempunyai kebolehan semula jadi untuk mengesan dan menuding ke arah burung buruan tanah tinggi. Ia menggarah burung atas perintah pemburu.
Spaniel
Kokerspaniel Inggeris
Spaniel telah digunakan sebagai anjing pemburu. Spaniel penggarah digunakan untuk mengesan dan menggarah buruan untuk pemburu.
Anjing penuding
Anjing penuding berbulu pendek Jerman
Anjing penuding ialah anjing yang dilatih untuk mengesan dan menuding ke arah buruan kecil, lalu membolehkan pemburu mendekati dan menggarah buruan. Baka anjing penuding mempunyai jarak tempuh lebih jauh berbanding dengan spaniel.
Anjing air
Pudel
Anjing air ialah subkelas bagi anjing pengutip. Biasanya, ia merupakan perenang kuat dengan stamina hebat dan dibiakbakakan untuk memburu segala ragam unggas air.
Cur
Anjing harimau bintang Catahoula
Cur berburu serupa dengan terier, namun biasanya buruan lebih besar. Cur digunakan untuk memburu rakun, serta babi jalang, kugar, dan mamalia besar lain.
Dachshund
Dachshund
Dachshund piawai dibiakbakakan untuk menghidu, mengejar, dan menggarah bejar, rubah, dan haiwan berkorok lain, sementara dachshund kerdil atau dachshund katik dikembangkan untuk memburu mangsa lebih kecil seperti arnab. Di Barat Amerika, ia juga telah digunakan untuk memburu anjing prairie. Di Eropah, dachshund digunakan secara meluas untuk pemburuan rusa, babi hutan, dan buruan lebih kecil seperti arnab dan kelinci. Ia juga anjing penghidu cemerlang dan kerap digunakan untuk menjejak haiwan tercedera selepas kemalangan kereta, sebagai contoh. Dachshund juga merupakan satu-satu baka anjing untuk berburu di atas tanah dan di bawah tanah.
Feist
Feist
Feist ialah anjing kecil yang memburu buruan kecil, terutamanya tupai, dengan cara serupa seperti hound besar yang memburu rakun dan buruan besar. Feist mungkin berburu dalam kawanan dan menyalak ke arah pokok untuk memaklumkan pemburu.
Laika Anjing beruang Karelia Laika ialah anjing pemburu dari Rusia utara, dengan asal usul di Siberia. Baka laika ialah anjing primitif yang berkembang subur dengan penjagaan minimal malah dalam cuaca keras dan berburu dengan pelbagai cara bergantung pada saiz buruan: ia mengejar buruan kecil ke atas pokok, menuding dan mengepung buruan lebih besar, dan bekerja secara berpasukan untuk mengepung beruang dan babi hutan.[2] Beberapa anjing lain jenis spits, seperti anjing pemburu elk Norway, shiba inu, dan anjing Taiwan juga digunakan untuk perburuan.
Terier
Terier Lakeland
Terier digunakan untuk memburu mamalia kecil, seperti tikus. Terier mengesan sarang haiwan sasarn dan kemudian meluru ke arah haiwan itu, menangkap haiwan itu, atau membunuh haiwan itu. Terier pekerja mungkin memasuki bawah tanah untuk membunuh atau mendesak buruan ke luar. Anggota lebih besar daripada jenis ini, seperti anjing daripada keluarga bull and terrier, kadang-kadang digunakan untuk memburu buruan lebih besar, seperti babi jalang: pemburu mengutus anjing pemburu bau untuk mengepung babi dan anjing tangkap dengan binaan lebih berat meluru ke arah babi itu, menggigit babi itu, dan menahan babi itu sehingga pemburu dapat datang untuk membunuh babi itu.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fogle, Bruce (2000) [1995]. The Encyclopedia of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley. ISBN 0-7513-0471-9.
  2. ^ Bergovoy, Vladimir. "HUNTING WITH LAIKA". Hunting Laika of Russia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2021.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Deeley, Martin. Working Gundogs: An Introduction to Training and Handling (Inggeris). (1990, dicetak semula pada 2002) The Crowood Press. ISBN 1-85223-764-3.
  • Fergus, Charles. Gun Dog Breeds, A Guide to Spaniels, Retrievers, and Pointing Dogs (Inggeris). The Lyons Press, 2002. ISBN 1-58574-618-5
  • Roettger, Anthony Z. dan Schleider, Benjamin H. III. (2004) Urban Gun Dogs: Training flushing dogs for home and field (Inggeris). The Writer's Collective. ISBN 1-59411-050-6

Templat:Haiwan pekerja