Anjing pemburu bau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beagle: telinga panjang, saluran hidung besar, dan tubuh tegap untuk daya ketahanan
Seekor treeing Walker coonhound yang melakukan baying
Franz Rudolf Frisching yang memakai pakaian seragam pegawai Kor Pemburu Bern dengan anjing pemburu Bern beliau, dilukis oleh Jean Preudhomme pada 1785

Anjing pemburu bau (bahasa Inggeris: scent hound / scenthound)[1] ialah sejenis hound yang terutamanya berburu melalui bau dan bukannya penglihatan. Baka-baka ini merupakan anjing pemburu dan pada umumnya dianggap mempunyai hidung yang merupakan antara yang paling peka sesama anjing. Anjing pemburu bau pakar dalam mengikuti bau. Kebanyakannya cenderung untuk mempunyai telinga panjang dan terkelepai dan rongga hidung besar untuk meningkatkan kepekaan bau. Ia perlu mempunyai daya ketahanan agak tinggi untuk dapat menjejaki bau di sepanjang jarak jauh dan rupa bumi mencabar. Ia dipercayai pertama kali dibiakbakakan oleh orang Celt dengan menyilangkan anjing jenis mastif dengan anjing pemburu penglihatan. Anjing pemburu bau berasas pertama ialah anjing pemburu Santo Hubert (leluhur kepada anjing pemburu darah kini) yang dibiakbakakan oleh para rahib di Belgium semasa Zaman Pertengahan.[2]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Hound ialah anjing pemburu yang sama ada berburu dengan mengikuti bau haiwan buruan (anjing pemburu bau / scenthound) atau dengan mengikuti haiwan buruan dengan penglihatan (anjing pemburu penglihatan / sighthound). Terdapat banyak baka dalam jenis anjing pemburu bau dan anjing pemburu bau mungkin melakukan kerja lain juga, jadi terdapat kontroversi mengenai liputan tepat bagi istilah anjing pemburu bau. Kelab kenel meletakkan baka anjing dalam Kumpulan, yang secara longgar berdasarkan jenis baka. Setiap kelab kenel menentukan baka yang ditempatkan dalam kumpulan tertentu.

Anjing pemburu bau pakar dalam mengikuti bau. Kebanyakan baka ini mempunyai telinga panjang dan terkelepai. Satu teori menyebut bahawa trait ini membantu untuk mengumpulkan bau dari udara dan menyimpannya dekat dengan muka dan hidung anjing. Ia juga mempunyai rongga hidung besar, yang membantunya untuk menghidu dengan lebih baik. Bibirnya yang biasanya longgar dan lembap dikatakan membantu dalam memerangkap zarah bau.

Oleh sebab anjing pemburu bau cenderung untuk berjalan atau berlari dengan hidungnya di atas tanah, banyak baka anjing pemburu bau telah dikembangkan supaya anjing berkenaan mengangkat ekornya dengan tegak apabila mengikuti bau. Di samping itu, sesetengah baka (cth. beagle) juga telah dibiakbakakan untuk mempunyai bulu putih pada hujung ekornya. Trait-trait ini membolehkan tuan anjing mengenal pastinya apabila berada pada jarak jauh atau di padang rumput lebih panjang.

Anjing pemburu bau tidak perlu sepantas anjing pemburu penglihatan, kerana ia tidak perlu terus melihat mangsa, namun ia memerlukan daya ketahanan supaya dapat kekal dengan bau dan mengikuti bau tersebut di sepanjang jarak jauh melalui rupa bumi mencabar. Anjing pemburu bau terbaik dapat mengikuti jejak bau walaupun menyeberangi air mengalir dan walaupun baunya berusia berhari-hari. Kebanyakan anjing pemburu bau digunakan untuk berburu dalam kawanan berbilang anjing. Anjing pemburu bertunkai lebih panjang berlari dengan lebih cepat dan biasanya memerlukan agar pemburu menyusul secara berkuda; anjing pemburu bertungkai pendek membolehkan pemburu menyusul secara berjalan kaki. Perburuan dengan sesetengah baka, seperti anjing pemburu Jerman, anjing pemburu rubah Amerika, atau anjing pemburu rakun, melibatkan keizinan kepada kawanan anjing untuk berlari dengan bebas sementara pemburu menunggu di tempat tetap sehingga bunyi baying anjing mengumumkan bahawa buruan telah "dikejar ke atas pokok". Pemburu kemudiannya pergi ke tempat itu dengan berjalan kaki dan mengikuti bunyi baying anjing.[3]

Penyuaraan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan anjing pemburu bau mempunyai pelbagai penyuaraan, yang dapat berbeza-beza bergantung pada situasi yang dialami oleh anjing berkenaan. Suara baying-nya - yang paling kerap digunakan apabila teruja dan berguna untuk memaklumkan tuannya bahawa ia sedang mengikuti jejak bau - adalah dalam dan berdentum dan dapat menjadi berbeza daripada suara salakannya; yang sendiri dapat mempunyai variasi dari segi nada daripada keterujaan kepada kegementaran atau ketakutan.

Oleh sebab ia dibiakbakakan untuk 'bersuara' apabila teruja, anjing pemburu bau mungkin menyalak dengan jauh lebih kerap berbanding dengan baka anjing lain. Walaupun ini dapat menjadi gangguan di kawasan petempatan, ini ialah trait bernilai yang membolehkan pengendali anjing mengikuti anjing atau kawanan anjing semasa perburuan walaupun ketika di luar pandangan, seperti semasa mengikuti rubah atau rakun melalui hutan kayu.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) meletakkan anjing pemburu bau dalam pengelasannya "Kumpulan 6". Ini termasuk subbahagian, "Seksyen 2, Anjing Pemburu Cawak", sesetengah contohnya ialah anjing pemburu bau gunung Bavaria (217), anjing pemburu bau Hanover (213), dan anjing pemburu bejar Alp (254). Di samping itu, anjing Dalmatia dan anjing belakang permatang Rhodesia diletakkan dalam Kumpulan 6 sebagai "Baka berkaitan".

Sejarah genetik[sunting | sunting sumber]

Kajian genetik menunjukkan bahawa anjing pemburu bau lebih berkait rapat antara satu sama lain berbanding dengan perkaitannya dengan cabang lain pada salasilah keluarga anjing.[4]

Baka[sunting | sunting sumber]

Jenis anjing pemburu bau termasuk baka-baka berikut:

Kumpulan Anjing Pemburu Bau United Kennel Club (Amerika Syarikat)[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Anjing Pemburu Bau (bahasa Inggeris: Scenthound Group) ialah kategori kumpulan yang digunakan oleh United Kennel Club (Amerika Syarikat), yang dibahagikan kepada dua kategori. Yang pertama menyertakan anjing pemburu Amerika yang dikenali sebagai anjing pemburu rakun atau coonhound dan anjing pemburu Eropah yang merupakan punca perkembangan bagi anjing pemburu Amerika. Ini dirujuk sebagai tree hound ("anjing pemburu pokok"). Kategori ini juga menyertakan cur, anjing Amerika yang dibiakbakakan untuk pemburuan pelbagai jenis buruan, seperti tupai, rakun, oposum, bobcat, kugar, beruang hitam Amerika, dan babi jalang. Kategori kedua dirujuk sebagai trailing scenthound ("anjing pemburu bau penjejak") dan menyertakan anjing yang digunakan untuk penjejakan manusia, yang kononnya diturunkan daripada anjing pemburu Santo Hubert.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Breed Group Designations". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
  2. ^ History - American Kennel Club (Inggeris)
  3. ^ Coon hunting on ESPN (Inggeris)
  4. ^ vonHoldt, Bridgett M.; John P. Pollinger; Kirk E. Lohmueller; Eunjung Han; Heidi G. Parker; Pascale Quignon; Jeremiah D. Degenhardt; Adam R. Boyko; Dent A. Earl; Adam Auton; Andy Reynolds; Kasia Bryc; Abra Brisbin; James C. Knowles; Dana S. Mosher; Tyrone C. Spady; Abdel Elkahloun; Eli Geffen; Malgorzata Pilot; Wlodzimierz Jedrzejewski; Claudia Greco; Ettore Randi; Danika Bannasch; Alan Wilton; Jeremy Shearman; Marco Musiani; Michelle Cargill; Paul G. Jones; Zuwei Qian; Wei Huang; Zhao-Li Ding; Ya-ping Zhang; Carlos D. Bustamante; Elaine A. Ostrander; John Novembre; Robert K. Wayne (8 April 2010). "Genome-wide SNP and haplotype analyses reveal a rich history underlying dog domestication". Nature. 464 (7290): 898–902. Bibcode:2010Natur.464..898V. doi:10.1038/nature08837. ISSN 0028-0836. PMC 3494089. PMID 20237475.
  5. ^ United Kennel Club (US) breed information (Inggeris) Diarkibkan 3 Januari 2011 di Wayback Machine