Sultan Omar Ali Saifuddien I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Omar Ali Saifuddin I
عمر علي سيف الدين١
Pemerintahan 1740 - 1795
Pendahulu Husin Kamaluddin
Pengganti Muhammad Tajuddin
Pasangan Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Noralam
Raja Isteri Pengiran Anak Puteri
Pengiran Isteri Pengiran Anak Puteri Bungsu
Wan Puteh
Anakanda
Sultan Muhammad Tajuddin
Sultan Muhammad Kanzul 'Alam
Pengiran Shahbandar Maulana Pengiran Anak Abdul Wahab
Pengiran Anak Sulaiman
Pengiran Anak Usuf
Nama penuh
Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saifuddin ibni Muhammad Alauddin
Ayahanda Muhammad Alauddin
Bonda Pengiran Babu Seri Banum
Keputeraan sebelum 1730
Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Kemangkatan 10 Julai 1795
Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Dimakamkan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Agama Islam
Makam Sultan Omar 'Ali Saifuddin, Marhum Makam Besar

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Omar Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad Alauddin merupakan Sultan Brunei ke-17 dari tahun 1740 hingga 1795.

Baginda diputerakan sebelum sekitar tahun 1730. Baginda merupakan putera kedua kepada Sultan Muhammad Alauddin dan Pengiran Babu Seri Banum. Baginda menaiki takhta di usia yang paling muda untuk menggantikan Sultan Husin Kamaluddin (Marhum di Luba) yang telah mangkat pada tahun 1780. Baginda juga mempunyai kepimpinan yang bijaksana dalam pentadbiran sama seperti Sultan sebelum ini iaitu ayahanda mertua baginda kerana baginda banyak menerima nasihat dan pengetahuan dari Begawan Sultan Husin Kamaluddin

Pada tahun 1769, baginda menitahkan angkatan Brunei diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aminuddin bin Menteri Omar bin Menteri Puteh bin Dato Godam menyerang Manila dan berjaya menduduki Manila. Baginda pernah memberi peluang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dalam perdagangan lada hitam di Pulau Balambangan, Sabah dengan syarat mereka melindungi kepentingan Brunei dari gangguan orang-orang lanun dari Sulu dan Mindanao. Harapan ini adalah untuk meletakkan semula kedudukan Brunei sebagai pusat perdagangan yang terpenting dengan cara menyakinkan pedagang-pedagang asing untuk datang berdagang ke Brunei. Pada tahun 1775, baginda menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Sulu diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya.

Pada tahun 1780, baginda menyerahkan kuasa kerajaan kepada anak sulung baginda, Sultan Muhammad Tajuddin. Selepas penyerahan kuasa kerajaan, baginda dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Besar, dan memakai gelaran tersebut sehingga baginda mangkat. Namun baginda masih Sultan dan Yang Di-Pertuan. Pada masa hayat baginda, Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ini telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Isteri Noralam binti Sultan Husin Kamaluddin berputerakan Pg Muda Muhammad Tajuddin (menjadi Sultan Muhammad Tajuddin). Apabila Raja Isteri Noralam lindung, baginda telah meminang adinda Raja Isteri Noralam yang bernama Pg Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin. Diceritakan, pinangan tersebut baru akan diterima oleh Pg Anak Puteri dengan syarat Sultan Omar Ali Saifuddin I akan berpuspa sekali lagi bersama-samanya. Permintaan ini dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I.

Sepanjang hidup baginda, baginda telah mendirikan rumah tangga dengan empat orang isteri. Mereka adalah:

  • Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Noralam binti Sultan Husin Kamaluddin
  • Raja Isteri Pengiran Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin.
  • Pengiran Isteri Pengiran Anak Bungsu binti Sultan Husin Kamaluddin.
  • Wan Puteh binti Syeikh Abdul Rahman


Hasil perkhawinan baginda dengan isteri-isteri baginda, baginda dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Antaranya:

  • Sultan Muhammad Tajuddin.
  • Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Ayah.
  • Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar Pengiran Anak Abdul Wahab.
  • Pengiran Kasuma Negara Pengiran Anak Sulaiman.
  • Pengiran Anak Usuf.
  • Pengiran Muhammad Ayub

Baginda mangkat pada 10 Julai 1795, dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei. Selepas kemangkatan baginda, baginda dikenali sebagai Marhum di Makam Besar. Baginda digantikan oleh Sultan Muhammad Tajuddin.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
17401795
Penyandang Kemudian
Husin Kamaluddin Muhammad Tajuddin