Sultan Nasruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Nasruddin
نسردن
Pemerintahan 1690 - 1710
Pendahulu Sultan Muhyiddin
Pengganti Husin Kamaluddin
Pasangan Pengiran Kachi
Nama penuh
Nasruddin ibni Pengiran Muda Besar Abdullah
Ayahanda Pengiran Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar
Bonda Pengiran Anak Puteri Besar
Kemangkatan 1710
Kianggeh, Bandar Brunei
Agama Islam

Sultan Nasruddin merupakan Sultan Brunei ke-15 menggantikan Muhammad Ustman Abdul Aziz (Ayahanda Sultan Husin Kamaluddin)bergelar Raja Bendahara Muhammad Alam Putera kedua dari Pengiran Muda Bongsu Ibni Sultan Haji Muhammad Ali (Marhum Tumbang Dirumput) memerintah dari tahun 1690 hingga tahun 1710. Baginda merupakan putera kepada Pengiran Muda Besar Abdullah anak Abang Sultan Muhyiddin. Nenda baginda ialah Sultan Abdul Jalilul Akbar.

Menurut ahli sejarah, Sultan Nasruddin ini selain berminat dalam mengatur dan menyusun hal ehwal pemerintahan, baginda juga menaruh minat dalam memajukan perekonomian, perdagangan dan perniagaan, justeru itulah baginda telah mengeluarkan mata wang yang dibuat daripada emas ke Padian untuk diniagakan, kerana itulah pada zaman pemerintahan baginda itu negeri Brunei aman makmur, dan segala dagang santeri pun datang berurus niaga, dan segala harta serta barang dagangannya tidak binasa. Pada zaman baginda, Dato Godam datang ke Brunei.

Pada tahun 1710, baginda mangkat di Kianggeh. Ada sumber lain mengatakan baginda dibunuh di sana. Baginda terkenal dengan nama Marhum di Kianggeh. Terdapat juga riwayat mengatakan, Sultan Nasruddin ini disebutkan juga dengan nama Sultan Malar Rambang yang bercengkarama (berdudun) bersama-sama Pengiran Bendahara di tepi Sungai Brunei, dan telah berjumpa sebiji 'telur' yang dibungkus dengan 'kain jongsarat' yang di dalamnya itu dipelihara oleh baginda sebagai putera sendiri, dan keturunan kanak-kanak inilah yang disebutkan 'Peampuanan Brunei'.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
16901710
Penyandang Kemudian
Muhyiddin Husin Kamaluddin