Malang Si Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malang Si Puteri ialah sebuah siri drama Malaysia tahun 2024 yang arahan Uchee Fukada dibintangi oleh Fasha Sandha,Wan Raja, Hafreez Adam, Malek Mccrone dan Aidit Noh. Siri drama ini telah memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Ria pada 11 Mac 2024 menggantikan Pewaris Cinta.

Malang Si Puteri
GenreMelodrama
Dendam
Cinta
Konflik
Ngeri
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PengarahUchee Fukada
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta Tak Mungkin" - Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Dursila" - Meiska
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod50
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A Karim
Penerbit
Shahrulezad Mohameddin
Fazli Hj Baharom
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot Tiara)
Astro Go
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal11 Mac 2024 – 17 Mei 2024
Kronologi
MengikutiPewaris Cinta
Diikuti olehBunga Salju

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Puteri yang bernasib malang dalam mengejar cinta sehingga dia terpaksa melalui satu insiden malang yang membawa hidupnya ke dalam penjara.

Kehidupan Puteri akan berakhir di tali gantung sekiranya dia terbukti bersalah. Kemudiannya muncul seorang peguam secara pro bono cuba menyelamatkan Puteri. Dari situ Puteri mula bercerita kisah malang dalam hidupnya dan kenapa dia akhirnya dipenjarakan di bilik akhir.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan istimewa[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Uchee Fukada
  • Nabil Jaffri
  • Mohd Saufi (SOPEC)
  • Marshahidatul Shahirah
  • Ribena Shah
  • Khalid Anwar
  • Yong Mun Keet
  • Shahidan Zainul
  • Saiful Owen
  • Amri Huzairi
  • Faiza Said (EJ Comey)
  • Fadde
  • Rosesuciali
  • Carlos Hulls
  • Mirul Hasan
  • Ahmad Naqiyuddin
  • Laila Izaity Mohamed
  • Mat Ikmal
  • Khusnulhatima
  • Atiqah Izyani
  • Ayu Azlina
  • Shyrim Husni
  • Fhairul Fizzi
  • Presana Narayanan
  • Eyda Rahman
  • Hanisah Ahmad
  • Nazimah Nasir
  • Fairuz Hadi
  • Nurhanis
  • Azman Teluk Bakong
  • Nuqman Farish
  • Farhana Mat Dali
  • Sherlisa Lim
  • Sulyiana
  • Jafruz Aufar
  • Mohamed Syafiq
  • Amirul Hazlee
  • Ridauddin
  • Aizul Hafizi
  • Sofiahani
  • Fitrah Hardiati
  • Saharifah Nadira
  • Norasikin Abdullah
  • Nurlika Ardilah
  • Nurul Huda
  • Siti Fatimah
  • Khairuz Zamani
  • Ishah Che Long
  • Sofian Ariffin
  • Yaakob Md Yusof
  • Paizal Bidin
  • John Junaidi
  • Danny Hazrick
  • Farhan Yusoff
  • Innuar Shazamirul
  • Ashimah Sultan
  • Hajjah Atemi
  • Rujinah
  • Hawani Rasmuni
  • Qhairunisha Aqilla
  • Anuar Parade
  • Khairul Anwar
  • Roslina Che In
  • Siti Safawati
  • Man Jetty Teluk Bakong
  • Rayyan Nifaiel
  • Zulkeflee
  • Izuan Saliman
  • Hafiz Jaharudin
  • Sidek Suliman
  • Ahmad Awang
  • Habibah Ismail
  • Roslina Abd Hamid
  • Zainab Muri
  • Zubaidah Atan
  • Noraini Semion
  • Halimah Harun
  • Jamilah Darus
  • Norazwan Daud
  • Rahiman Idris
  • Raja Saadiah
  • Zuhariyah Othman
  • Syamsul Anwar
  • Wan Badhli
  • Lau Chuin Ee
  • Rahman Teksi
  • Ahmad Safri
  • Mohd Khairul Anuar
  • Alif Haizl
  • Fautie Kazline
  • Ulfah Aliyah
  • Umi Hayati
  • Wak Suhadak
  • Ahmad Tarmizi
  • Asyraf Huzaini
  • Muhammad Syaffiq
  • Muhammad Farid
  • Rizuan Mohd Aris
  • Danial Harith
  • Nabil Fikri
  • Auni Zahra
  • Abdul Fattah
  • Mohamad Anis
  • Mohd Fazril
  • Reyza Fenge
  • Lanura Essani
  • How Heong Yoong
  • Jiayee Yoong
  • Szejiat
  • Erman Ibrahim
  • Odean
  • Lim Hui Hong
  • Zaed Abd Hamid
  • Naziha Saleh
  • Nurul Nabilah
  • Roslina Wati
  • Fadzil A. Aziz
  • Puteri Ava Khadeeja
  • Hakim Ahmad Aisy
  • Muhammad Qaayed

Episod[sunting | sunting sumber]

Episod Tarikh penyiaran Ringkasan
1 11 Mac 2024 Puteri Raisya adalah banduan akhir. Hidup Puteri mula berubah sejak ibunya berkahwin dengan Ayah Leh, orang paling kaya di kampung itu. Puteri terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti.
2 12 Mac 2024 Ayah Leh cuba mencabul Puteri dan mengugut akan menceraikan ibunya jika Puteri membongkar sikap buruknya. Odah yang masih menyimpan dendam kepada Saerah, menjaja kisah Saerah kepada orang kampung.
3 13 Mac 2024 Sulaiman sekali lagi menyelamatkan Puteri daripada perbuatan jahat Azlan. Setelah cintanya ditolak, Mastura membuat rancangan dengan Azlan supaya dia dapat memiliki Azlan.
4 14 Mac 2024 Sepupu Puteri dari Kuala Lumpur, Johan muncul di kampung itu. Mereka saling menaruh perasaan. Sulaiman memberanikan diri meminang Puteri, namun Puteri menganggapnya sebagai abang.
5 15 Mac 2024 Sulaiman sedih cintanya ditolak, tambahan pula ibunya sendiri mengejek kekurangannya. Ketika Saerah ditahan di wad, Ayah Leh mengambil kesempatan untuk mencabul Puteri. Dia melawan lari dari rumah.
6 18 Mac 2024 Puteri meminta pertolongan Sulaiman dan Cik Odah. Mastura pula tidak berputus asa untuk mendapatkan cinta Sulaiman. Saerah dapat tahu Puteri lari dari rumah dan terkejut dengan punca dia melarikan diri.
7 19 Mac 2024 Puteri cuba bertahan demi ibunya yang sedang mengandung. Johan kembali ke kampung itu dengan niat hendak membawa Puteri ke KL. Johan menyatakan hasratnya kepada Saerah untuk mengahwini Puteri.
8 20 Mac 2024 Maria sanggup berkorban segalanya demi cintanya. Pada hari pertunangan Puteri dan Johan, Sulaiman datang meluahkan cintanya kepada Puteri. Kerana malu dihina, Odah halau Sulaiman dari rumahnya.
9 21 Mac 2024 Mastura cuba cari jalan mencari duit untuk membayar hutang ayahnya hingga menimbulkan salah faham dengan Cik Odah. Cik Odah bersetuju membantu keluarga Mastura dengan bersyarat.
10 22 Mac 2024 Cik Odah menyuruh Azlan kahwin dengan Mastura sebagai syarat bantuannya. Akhirnya, kehormatan Puteri direntap Ayah Leh. Puteri lari ke KL untuk cari Johan dan Saerah meninggal dunia ketika melahirkan anak.
11 25 Mac 2024 Mastura dan Sulaiman risau kerana Puteri langsung tak kelihatan ketika pengebumian Saerah. Puteri tiba di Kuala Lumpur. Dia hilang arah, hinggalah dia berjumpa dengan Kak Ba, seorang 'mak ayam'.
12 26 Mac 2024 Puteri terserempak dengan Johan tetapi Johan melarikan diri untuk rahsiakan identitinya. Mastura tidak mahu berkahwin dengan Azlan tetapi dia tiada pilihan lain sekiranya mahu bantu bayar hutang ayahnya.
13 27 Mac 2024 Azlan dan Mastura sah menjadi suami isteri walaupun masing-masing tidak rela. Kak Ba melayan Puteri dengan baik walaupun Kak Bu dan jiran sekeliling membenci Puteri. Puteri akhirnya berjumpa dengan Johan.
14 28 Mac 2024 Pak Leh tertekan kerana terpaksa menjaga bayinya seorang diri. Hanum, kawan lama Saerah kembali ke kampung itu. Johan menghasut Puteri melakukan sesuatu pada Kak Ba supaya dia dapat mengambil 'kawasan' Kak Ba.
15 29 Mac 2024 Kak Ba menyuruh Puteri jauhkan diri dari Johan tetapi Puteri percaya Johan seorang yang baik. Johan suruh Puteri gugurkan kandungannya. Pak Leh gunakan Zulaikha sebagai alasan hendak memperisterikan Hanum.
16 1 April 2024 Hanum kasihankan anak arwah kawan baiknya, Zulaikha dan risaukan Puteri yang dikhabarkan lari dari rumah. Puteri melaporkan kegiatan pelacuran Kak Ba dan Kak Bu kepada pihak polis atas suruhan Johan.
17 2 April 2024 Puteri mengikut Johan kerana dia lebih percayakan Johan daripada Kak Ba. Maria berang Johan bawa Puteri tinggal di rumahnya dan berhabis duit untuk Puteri. Mastura cemburu Sulaiman rapat dengan Hanum.
18 3 April 2024 Johan melacurkan Puteri tanpa pengetahuannya. Kandungan Puteri gugur. Untuk memujuk Puteri, Johan menikahi Puteri. Manakala, Hanum meminta pertolongan Sulaiman untuk mencari Puteri di Kuala Lumpur.
19 4 April 2024 Odah menyerang Hanum kerana termakan kata-kata Mastura yang Hanum dan Sulaiman ada hubungan. Johan memujuk Puteri melacur sebagai cara membantu membayar hutangnya. Johan mahu menjual Puteri kepada Arman.
20 5 April 2024 Mastura memfitnah Sulaiman mahu merogolnya. Odah menghalau Sulaiman dari kampung itu dan Sulaiman nekad mahu pergi mencari Puteri. Setelah diceraikan, Puteri dibantu oleh Maria daripada cengkaman Arman.
21 8 April 2024 Johan 'menjual' Puteri kepada Arman. Arman mahukan Puteri kerana wajah Puteri seiras seseorang yang pernah dicintainya. Sulaiman ingin berjumpa ibunya sebelum dia pergi ke Kuala Lumpur.
22 9 April 2024 Puteri dikurung di banglo milik Arman tanpa Puteri tahu sebabnya. Semua orang merahsiakan mengapa Arman mengurung Puteri. Sulaiman kini berada di Kuala Lumpur. Dia nekad mahu mencari Puteri.
23 10 April 2024 Puteri cuba mengambil hati Arman yang bersikap dingin kepadanya tetapi dia dihalau. Puteri cuba mendapatkan bantuan Johan untuk pulang ke kampung. Sebaliknya, Johan menjualnya sekali lagi kepada Arman.
24 11 April 2024 Jojo tidak setuju Arman mahu mengambil Johan bekerja. Maria menyuruh Puteri meminta pertolongan Arman untuk menyelamatkan kawasan Kak Ba daripada Johan. Arman pula membawa Puteri satu perkara baru.
25 12 April 2024 Johan mula bekerja dengan Arman dan kerap jumpa dengan Puteri yang sudah tiada perasaan terhadapnya. Arman mula menerima Puteri namun masih dibayangi Suhaila. Puteri ternampak sebuah potret di bilik Arman.
26 15 April 2024 Sulaiman terdengar Intan menyebut nama Puteri dan kerana salah faham, Intan membawanya ke rumah Kak Ba. Sulaiman buntu di mana hendak mencari Puteri. Puteri pula semakin tertanya-tanya siapakah Suhaila.
27 16 April 2024 Arman menceritakan tentang Suhaila kepada Puteri. Setelah kehilangan Suhaila, Arman tidak mahu kehilangan Puteri. Jojo cemburu Arman dan Puteri semakin rapat. Puteri mula menaruh perasaan terhadap Arman.
28 17 April 2024 Arman mula berlembut dengan Puteri dan mereka mula rapat. Intan pula sukakan Sulaiman tetapi Sulaiman hanya mengganggapnya sebagai kawan. Maria tidak setuju dengan cara Johan mencari duit poket.
29 18 April 2024 Jojo yang cemburu Puteri rapat dengan Arman cuba membunuh Puteri namun Arman sempat menyelamatkan Puteri. Arman membunuh Jojo setelah dia mengaku membunuh Suhaila.
30 19 April 2024 Puteri turut bersimpati tetapi dia beritahu Arman yang dia tidak akan boleh menggantikan tempat Suhaila. Sulaiman pergi ke banglo Arman untuk berjumpa dengan Puteri tetapi dihalau oleh Kak Yati.
31 22 April 2024 Puteri cuba menjadi 'Suhaila' untuk mengambil hati Arman. Wajah Intan dicederakan musuhnya menyebabkan dia semakin berasa rendah diri. Di kampung, Mastura berasa tertekan dan sedih dengan nasib hidupnya.
32 23 April 2024 Sulaiman berjumpa dengan Puteri setelah Arman memberi izin. Puteri sedih mendapat khabar ibunya telah meninggal dunia.
33 24 April 2024 Uncle Chong menyampaikan berita kematian Sulaiman kepada Odah. Puteri sedih setelah kehilangan ibunya dan Sulaiman. Arman berjanji untuk menjaga Puteri. Hati Arman mula terbuka untuk Puteri.
34 25 April 2024 Arman dan Puteri berkahwin tetapi Arman masih belum dapat melupakan Suhaila. Puteri kecewa Arman bersikap dingin terhadapnya semasa berbulan madu.
35 26 April 2024 Puteri merajuk dan bersikap tak acuh terhadap Arman. Mereka berbaik setelah Arman sedar kesilapannya. Kebahagiaan mereka tergugat oleh Johan yang cemburu melihat Puteri bahagia bersama Arman.
36 29 April 2024 Puteri menjaga Arman yang cedera dan tidak mampu berjalan akibat dipukul oleh Johan dan kuncu-kuncunya. Arman mahu membalas dendam kepada Johan dan secara tidak langsung, Maria terlibat dalam perkara ini.
37 30 April 2024 Maria disahkan menghidap HIV. Tetapi Johan tetap memaksanya bekerja seperti biasa dan terus memeras duit Maria demi dadah. Maria mengelak dari berjumpa dengan Puteri.
38 1 Mei 2024 Maria tetap mahu melindungi Johan daripada Arman. Namun akhirnya, Maria nekad melaporkan Johan kepada pihak polis. Hasil komitmen menjalani rawatan fisioterapi, Arman akhirnya kembali sembuh.
39 2 Mei 2024 Puteri balik ke kampungnya bersama Tariq untuk melawat kubur arwah ibunya dan mengimbau kenangan lama. Puteri dapat tahu Hanum kini isteri Ayah Leh dan dia ada seorang adik tiri, Zulaikha.
40 3 Mei 2024 Cikgu Fattah risau Zulaikha sering tidak hadir ke sekolah dan kelihatan murung. Dia cuba membantu tetapi Pak Leh berasa tidak senang. Ternyata Zulaikha juga menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya sendiri.
41 6 Mei 2024 Puteri berjumpa dengan Zulaikha secara senyap-senyap dan memberitahu identitinya. Puteri mahu melindungi Ika dari Ayah Leh tetapi Ika cuba menyembunyikan sesuatu daripada Puteri.
42 7 Mei 2024 Puteri berjumpa dengan Mastura. Puteri meminta tolong Fattah untuk memujuk Zulaikha yang akhirnya mengaku tentang perbuatan Ayah Leh. Salah faham timbul dan menyebabkan Cikgu Fattah digantung tugas.
43 8 Mei 2024
44 9 Mei 2024 Ayah Leh 'menculik' Puteri dan merogolnya. Fattah beritahu Hanum tentang perbuatan Ayah Leh terhadap Puteri dan Zulaikha. Hanum yang mahu menyelamatkan Ika, dipukul oleh Salleh.
45 10 Mei 2024 Zulaikha meminta pertolongan Fattah menyelamatkan Puteri yang dikurung. Hanum meminta Fattah menjaga Zulaikha dan mengugut melaporkan Salleh kepada pihak polis jika cuba mengapa-apakan Zulaikha lagi.
46 13 Mei 2024 Arman mula mengongkong Puteri dan tidak mahu Puteri berhubung dengan orang lain. Zulaikha tidak mahu membuat laporan polis kerana sayangkan ayahnya. Johan dibebaskan ke kampung untuk mencari Puteri.
47 14 Mei 2024 Setelah Puteri mogok hingga jatuh sakit, akhirnya Arman membenarkan Puteri balik ke kampung untuk bertemu Ika. Johan menemui Hanum pengsan akibat dipukul oleh Pak Leh.
48 15 Mei 2024 Johan menghasut Pak Leh menjual tanah arwah Saerah. Hanum menyerahkan geran rumah tersebut kepada Puteri. Puteri mula bertindak berani terhadap Pak Leh dan Johan yang mengganggunya.
49 16 Mei 2024 Puteri dan Ika berpindah ke rumah lama arwah ibunya. Sikap Cik Odah tidak berubah dan dia tetap melayan Mastura dengan buruk. Puteri cuba menyelamatkan Ika dan Hanum yang dikurung oleh Pak Leh.
50 17 Mei 2024 Ketika pergelutan untuk menyelamatkan Puteri dan Ika, Hanum terbunuh. Pak Leh pula dibunuh semasa Puteri dan Ika mempertahankan diri. Saksikan kesudahan Puteri yang malang yang menunggu hari terakhirnya.