Astro GO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Astro Go)
Astro GO
Logo aplikasi Astro GO (2017-kini)
Maklumat umum
URLastrogo.astro.com.my
JenisPerisian Kandungan berlebihan (OTT)
Tersedia dalam
Pengurusan dan pentadbiran
Pemilik Astro Malaysia Holdings Berhad
Kandungan dan sokongan
PerkhidmatanHanya di Malaysia Malaysia
KomersialYa
PendaftaranPercuma untuk semua:
  • Pelanggan Astro:Perlu mempunyai pek sedia ada dan tidak tertunggak.
  • Pelanggan NJOI:Perlu mempunyai pek sedia ada yang ditawarkan oleh NJOI
Dilancarkan padaPenghujung 2008;
(Sebagai Astro Mobile TV)
31 Ogos 2012; 11 tahun yang lalu (2012-08-31)
(Sebagai Astro On The GO)
Status terkiniAktif
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Astro GO (dahulu dikenali sebagai Astro-On The GO ) digayakan sebagai Astro GO merupakan satu platform OTT kali kedua di Malaysia selepas pelancaran RTM Klik yang dirasmikan oleh Radio Televisyen Malaysia pada 16 Jun 2012. Ia dibangunkan dan dikendalikan oleh Astro Malaysia pada 31 Ogos 2012. Apikasi ini digantikan dengan perkhidmatan Astro Mobile TV setelah 5 tahun beroperasi di telefon bimbit 2.5G dan 3G. Untuk pelanggan NJOI pun boleh mengakses aplikasi ini selepas NJOI Now telah dihentikan berikutan dengan kontroversi.

Astro GO turut mempunyai 2 jenis iaitu Plus dan percuma .Bagi percuma, pengguna dapat menyambung dua peranti dalam satu akuan beserta dengan masa Cloud Recording dalam 200 jam manakala untuk Plus atau Astro Cloud adalah berbayar.Ia membolehkan pengguna dapat strim di empat peranti dalam satu akaun Kad Pintar Astro (ACB ialah Kad SIM Astro) dan masa Cloud Recording dalam 1500 jam sahaja.

Astro GO ini hanya tersedia di platform mudah alih seperti Android, IOS, Komputer Dan TV pintar seperti Samsung Tizen OS, TV Sharp dan Sony Bravia dikuasai Android TV dan LG Think OS (Sebagai Astro). Untuk Apple TV masih tidak tersedia.

Bukan Astro GO sahaja, ada apikasi yang serupa dengannya seperti NJOI Now (2017-19) dan apikasi perstriman premium, sooka.

Astro GO ini juga menyiarkan video strim langsung dengan saluran tv (Live TV) dan Video On-Demand yang berdefinisi tinggi. Saluran bagi Berdefinisi Standard (SD) seperti saluran TV Media Prima seperti TV3, DidikTV KPM, 8TV dan TV9 serta saluran Berdefinisi Tinggi (HD) seperti Awesome TV, NHK World Premium dan Astro Vellithirai tidak tersedia. Pada 1 April 2021, yang lalu saluran Radio Televisyen Malaysia seperti RTM TV1, RTM TV2 dan RTM TV Okey telah tersedia walaupun dulunya tidak ada di aplikasi ini selepas 9 tahun lepas kerana ketiga saluran itu sudah ke format HDTV (yang dahulunya SDTV). Astro GO adalah percuma kepada semua pelanggannya yang hanya mempunyai pakej-pakej yang dilanggan sedia ada serta tidak tertunggak mahupun tidak bermasalah sahaja dan ia menyokong peranti dalam resolusi 16:9 dan ke atas. Bagi siaran yang berformat 4K UHDTV tidak tersedia kerana kebanyakan telefon pintar, tablet, PC dan laptop adalah berlayar kecil dan tidak sama dengan televisyen.

Kandungan tersedia[sunting | sunting sumber]

Astro GO juga mempunyai saluran eksklusifnya khas untuk pelanggan Astro bergantung pada pakej yang tersedia.Terdapat saluran ini juga adalah tiada dalam set kotak dekoder Astro (STB) seperti Astro Connected Box bagi Ultra Box dan Ulti Box, serta B.yond HD Box.

Saluran Nama
170HD Astro Ria Plus (HD)
301HD Astro AEC Plus (HD)
307HD Astro QJ Plus (HD)
521HD DW English (HD)
522HD France 24 English (HD)
830HD Astro Arena Plus (HD)
831HD Astro Cricket Plus (HD)
835HD Golf Channel Plus (HD)

Lihat lagi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]