Johari Abdul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Johari Abdul

PSM; DSDK (Kedah)
Johari pada 2024
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Memegang jawatan
19 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Ibrahim
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
TimbalanDato Ramli Mohd Nor
Puan Alice Lau Kiong Yieng
Didahului olehTan Sri Azhar Azizan Harun
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
31 Oktober 2022 – 18 Disember 2022
Didahului olehPhahrolrazi Mohd Zawawi
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Gurun
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 18 Disember 2022
Didahului olehLeong Yong Kong
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P15 Sungai Petani, Kedah
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Mahadzir Bin Mohd Khir
Digantikan oleh Taufiq Johari
Majoriti9,381 (2008)
9,548 (2013)
21,569 (2018)
Pengerusi
Majlis Ahli-ahli Backbencher
Dalam jawatan
8 Ogos 2018 – 24 Ogos 2020
TimbalanAlice Lau Kiong Yieng
Didahului olehShahrir Abdul Samad (BNBBC)
Digantikan olehShahidan Kassim (PNBBC)
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah
Dalam jawatan
2020–2021
Didahului olehMukhriz Mahathir
Digantikan olehMahfuz Omar
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
PKR Kedah
Dalam jawatan
2013–2022
Didahului olehWan Salleh Wan Isa
Digantikan olehNurul Izzah Anwar
Butiran peribadi
LahirJohari bin Abdul
(1955-05-25) 25 Mei 1955 (umur 68)[1]
Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(sehingga 1999)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
(sejak 1999)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
(sehingga 1999)
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganPuan Sri Noraini Mohd
Anak-anak8 (termasuk Mohammed Taufiq)
SaudaraShuaib Lazim (bapa saudara)
KediamanBukit Tunku, Kuala Lumpur[2]
PendidikanSK Tikam Batu
SMK Ibrahim
Alma materUniversiti Malaya (BA)
Institut Tadbiran Awam Negara (DPA)
Universiti Lancaster (MA)
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul (Jawi: جوهري بن عبد; lahir 25 Mei 1955) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-11 sejak Disember 2022. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Negeri Kedah dari Oktober 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) untuk Gurun daripada Mei 2018 hingga peletakan jawatannya pada Disember 2022, Ahli Parlimen (AP) bagi Sungai Petani dari Mac 2008 dan Pengerusi Pakatan Harapan Kelab Backbenchers (PHBBC) dari Ogos 2018 hingga November 2022 masing-masing. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH).[3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Johari bin Abdul dilahirkan pada 25 Mei 1955 di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu.[1] Bapa saudaranya, Datuk Haji Shuaib bin Haji Lazim ialah seorang tokoh politik terkemuka UMNO di Sungai Petani, pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dan pernah dilantik sebagai senator dalam Dewan Negara dari April 1985 hingga Julai 1991. Beliau bersekolah di SK Tikam Batu dan SMK Ibrahim, Sungai Petani sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM). Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) daripada Universiti Malaya (UM). Beliau juga pernah menghadiri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau mempunyai Sarjana Sastera (MA) dalam Pengajian Strategik dari Universiti Lancaster.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Johari dilantik sebagai pegawai di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM) dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD). Kemudian, beliau berkhidmat sebagai pengarah jabatan pelaburan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah Biro Tata Negara (BTN).

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Johari telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sungai Petani, Kedah. Tetapi entah bagaimana, perjuangannya dalam parti itu berakhir apabila dia bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).[1] Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Sungai Petani dalam pilihan raya umum 2008, menewaskan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin daripada gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) dan dipilih semula dalam 2013 dan pilihan raya umum 2018. Beliau juga dipilih sebagai MLA untuk Gurun dalam pilihan raya umum 2018, mengalahkan Boey Chin Gan daripada gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Johari memegang jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah.[1] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PKR Negeri Kedah mulai Mac 2020 sehingga September 2022.

Johari sepatutnya menjadi bakal Menteri Besar Kedah pada pilihan raya negeri Kedah 2018, tetapi jawatan itu diberikan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau pernah mencadangkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi Menteri Besar Kedah atas kapasitinya sebagai Pengerusi PKR Negeri Kedah pada Mac 2020 semasa kemelut politik Kedah 2020.[4]

Yang di-Pertua Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Seminggu sebelum sidang pertama Dewan Rakyat ke-15, beliau mengosongkan kerusi Gurun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Ini kemudian diikuti dengan pencalonan beliau ke jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau memenangi undian sebanyak 147 berbanding 74 untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-11.

Kontroversi dan isu[sunting | sunting sumber]

Tuduhan nepotisme bagi kerusi parlimen Sungai Petani[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 2022, Johari menamakan anak beliau, Mohammed Taufiq Johari sebagai pengganti beliau bagi kerusi Sungai Petani di Parlimen Malaysia. Mohammed Taufiq yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah itu memaklumkan beliau telah menerima surat makluman daripada parti untuk bertanding di kerusi yang disandang bapanya. Johari mempertahankan kerusi Sungai Petani sejak 2008 dan pada PRU14, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) Gurun mendapat 45,532 undi, menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 21,569. Mohammed Taufiq berpengalaman sebagai doktor pelatih di Hospital Al-Ihsan Bandung dan Hospital Dr Slamet di Garut, Indonesia. Selepas pulang ke Malaysia, beliau berkhidmat di Klinik Al-Hadi di Sungai Petani. Mohammed Taufiq adalah graduan Universiti Islam Bandung dalam jurusan perubatan yang tamat pengajian pada 2020. Beliau berjaya memenangi kerusi tersebut dengan mengalahkan Robert Ling Kui Ee (PN), Shahanim Mohamad Yusoff (BN), Marzuki Yahya (GTA) dan Tan Chow Kang (PRM) dan mendapat majoriti tipis iaitu 1,115 undi sahaja.[5]

Tuduhan nepotisme bagi kerusi DUN Gurun[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya negeri 2023, Johari sekali lagi mengundang kontroversi apabila menamakan anak beliau, Mohammed Firdaus Johari sebagai pengganti beliau bagi kerusi Gurun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Mohammed Firdaus yang merupakan Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah itu menegaskan bahawa beliau dipilih berdasarkan kepercayaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan kepercayaan itu saya perlu sampaikan di peringkat bawah. Selain Johari yang merupakan bapa beliau, abang kepada Mohammed Firdaus iaitu Mohammed Taufiq adalah Ahli Parlimen Sungai Petani. Tambahan pula, Dalam pada itu, Mohammaed Firdaus menegaskan pengalaman 'di sebalik tabir' dalam dunia politik ketika membantu bapanya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Gurun dan Parlimen Sungai Petani banyak membantunya mendekati pengundi. Walau bagaimanapun, Mohammed Firdaus menafikan kenyataan dengan tuduhan nepotisme tersebut yang dibuat kepada beliau dan bapanya.[6] Mohammed Firdaus akan berhadapan saingan satu lawan satu dengan bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut. Baddrol berjaya mengambil kerusi tersebut daripada keluarga Johari dan parti PKR dengan majoriti 6,584 undi.[7]

Komen tentang ubi kayu sebagai pengganti nasi[sunting | sunting sumber]

Johari menggesa orang ramai untuk melihat sumber karbohidrat lain, seperti ubi kayu (tapioka), memandangkan kekurangan nasi putih di kawasan itu. Walaupun usaha sedang dilakukan untuk mencari jawapan kepada masalah bekalan beras putih, beliau menyatakan bahawa adalah penting untuk mengenal pasti alternatif berkhasiat. Selain itu, beliau menyatakan bahawa untuk meningkatkan sara diri dan mengurangkan bil import makanan negara yang tinggi, kerajaan tempatan dan pihak berkuasa harus menggalakkan penggunaan tanah kosong untuk penanaman tanaman makanan.[8]

Pada rumah terbuka hari raya yang dibuat Johari pada tahun 2024, beliau sempat berseloroh dengan Perdana Menteri dengan mengatakan juadah “ubi kayu” merupakan hidangan istimewa rumah terbuka beliau. Turut hadir pada rumah terbuka tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri 0000Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Mokhtar, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Wong Chen dan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Johari berkahwin dengan Noraini Mohd dan mempunyai 8 orang anak, termasuk Mohammed Taufiq Johari, seorang Doktor dan yang telah menggantikan baliau sebagai ahli parlimen Sungai Petani dalam pilihan raya umum 2022. Yang lain termasuklah Mohammed Iqbal Johari dan Mohammed Firdaus Johari, kedua-duanya adalah ahli perniagaan. Nurul Huda Johari, Nur Fahimah Johari dan Suraya Johari, yang mana ketiga-tiga daripada mereka adalah doktor gigi dan Muhammad Ibrahim Johari yg merupakan seorang doktor. Anak bongsu ialah Muhammad Yusuf Johari.

Kediaman Johari terletak di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, Malaysia.[2]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[9][10][11][12][13]
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
1999 P015 Sungai Petani Johari Abdul (KeADILan) 19,742 38.25% Mahadzir Mohd Khir (UMNO) 31,875 61.75% 55,457 12,133 76.54%
2008 Johari Abdul (PKR) 33,822 58.05% Zainuddin Maidin (UMNO) 24,441 41.95% 59,378 9,381 77.84%
2013 Johari Abdul (PKR) 44,194 55.37% Syamsul Anuar Che Mey (UMNO) 34,646 43.41% 81,024 9,548 86.96%
Suhaimi Hashim (KITA) 200 0.25%
Ong Wei Sin (IND) 772 0.97%
2018 Johari Abdul (PKR) 45,532 49.21% Shahanim Mohamad Yusoff (UMNO) 23,963 25.90% 93,847 21,569 83.36%
Sharir Long (PAS) 22,760 24.60%
Sritharan Pichathu (PRM) 279 0.30%
Dewan Undangan Negeri Kedah[9][10][12][13]
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2004 N28 Bakar Arang Johari Abdul (PKR) 5,305 26.82% Seng Koon Huat (MCA) 14,204 71.82% 19,778 8,899 75.13%
2018 N22 Gurun Johari Abdul (PKR) 10,732 37.60% Boey Chin Gan (MCA) 6,525 22.90% 23,155 4,207 81.20%
Muzaini Azizan (PAS) 5,257 18.40%
Palaniappan Marimuthu (IND) 167 0.60%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Calon PRU Johari Abdul". pru.sinarharian.com.my.
  2. ^ a b c "PM hadir rumah terbuka Johari, ubi kayu juadah istimewa". Malaysia Gazette.
  3. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2022/12/916733/johari-abdul-dilantik-speaker-dewan-rakyat-metrotv
  4. ^ "PKR: Surat sokong MB dari PAS itu 'cerita lama'". Malaysia Kini. 12 Mei 2020. Dicapai pada 7 April 2024.
  5. ^ "PRU15: Mohammed Taufiq sambung legasi bapa di Sungai Petani". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  6. ^ "'Bukan nepotisme, tapi... ' - Firdaus nafi dicalonkan PH kerana anak Johari Abdul". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  7. ^ "Dua bekas pemain bola sepak negara menang dalam PRN". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  8. ^ "Speaker moots using cassava as rice substitute". Free Malaysia Today. 6 April 2024. Dicapai pada 17 April 2024.
  9. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 10 Mei 2013. Percentage figures based on total turnout, excluding informal votes.
  10. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the pilihan raya umum 2004.
  11. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2017. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  12. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
  13. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
  14. ^ "839 TERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN AGONG". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-05. Dicapai pada 2023-06-05.
  15. ^ "Kedah Sultan to honour 62". The Star. 18 Januari 2009. Dicapai pada 22 Oktober 2018.