Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai awam dari kumpulan Pengurusan dan Profesional berkelulusan ijazah universiti dan menerima latihan di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai [Diarkibkan 2016-11-07 di Wayback Machine] barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.

Tugas[sunting | sunting sumber]

Tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebagaimana dirujuk dalam laman web SPA adalah;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat Lantikan[sunting | sunting sumber]

Syarat lantikan untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik;

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Untuk mereka yang mahu menjawat jawatan ini, perlu memohon dengan pihak SPA dan kemudian perlu hadir untuk menjalani peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Peperiksaan atas talian[sunting | sunting sumber]

Bermula tahun 2014, pihak SPA telah pun memperkenal sistem peperiksaan atas talian untuk calon-calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Dengan pengenalan sistem peperiksaan atas talian ini, lebih ramai calon berpeluang menduduki peperiksaan untuk mengisi jawatan ini.

Seragam dengan pengenalan sistem ini, pecahan seksyen soalan yang baru juga telah digubah seperti di bawah;

  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C: Ujian Psikometrik

Calon diperuntukkan masa tertentu untuk menjawab ke semua seksyen. Selang masa rehat antara setiap seksyen ialah selama 15 minit.

Pada Sesi 16 Mei 2019, Pihak SPA telah mengubah Format Peperiksaan Online Seksyen C dari Ujian Psikometrik kepada Ujian Kefahaman Bahasa Inggeris.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-tadbir-dan-diplomatik-gred-m41