Astro Mobile TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Astro Mobile TV


Astro Mobile TV ialah perkhidmatan penstriman video ke telefon bimbit (OTT) yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2008 oleh syarikat pengendali televisyen satelit, Astro Malaysia sebagai komponen penting dalam perkhidmatan interaktif mudah alih yang ditawarkan. Pada masa itu, perkhidmatan ini hanya menawarkan sekitar 20 saluran kepada pelanggan yang menggunakan Kad SIM Maxis yang memiliki telefon bimbit 2.5G atau 3G. Maxis menawarkan khidmat TV seumpama ini iaitu Maxis TV yang menawarkan saluran yang serupa dengan Astro Mobile TV. Setelah 5 tahun beroperasi,Astro Mobile TV telah menghentikan operasinya pada tahun 2012 dan ia di gantikan dengan Astro On-The Go (kini Astro Go) untuk perkhidmatan telefon pintar 4G dan 5G kini kerana peredaran zaman kini.

Am[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, Astro Mobile TV khusus untuk pengguna telefon bimbit yang berbeza di saluran di platform dekoder Astro (pada ketika itu, Astro DTH Thompson Silver atau Astro B.yond). Saluran-saluran demikian merangkumi rakaman video antara satu hingga empat jam yang sentiasa diulang tayang sepanjang masa. Saluran-saluran ini dikemaskini secara seharian atau mingguan. Bagaimanapun, sesetengah mobil adalah sama dan bersiaran langsung serentak dengan versi TV (lihat senarai saluran di bawah).

Video yang disiarkan kepada telefon bimbit berformatkan video Real Media atau 3GP, bergantung pada model telefon itu. Serta ,pengguna ini juga tidak boleh memuat turun atau merakam video-video berkenaan kerana hak terpelihara.

Senarai saluran[sunting | sunting sumber]

Basic Pack[sunting | sunting sumber]

Saluran Berita Dokumentari Video On-Demand Lain-lain Kanak-kanak Gaya Hidup Hiburan
Bloombreg Television History Astro Hollywood Mobile Animax Mobile Disney Channel@Play Asian Food Network Astro Ria Mobile
CNN International Discovery Mobile Stadium Astro Mobile Cartoon Network Astro Oasis Mobile Astro Vannavil Mobile
Nickelodeon VOD Astro AEC Mobile
MTV2Go Astro Prima Mobile
Astro Ceria Mobile
Astro Aruna Mobile
Astro Hollywood Mobile

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Saluran-saluran berikut tidak terdapat dalam Basic Pack dan perlu dipilih secara berasingan daripada Basic Pack. Selain itu, ia menawarkan saluran percuma (FreeView) yang menerangkan rancangan-rancangan menarik yang disiarkan pada setiap saluran di Astro Mobile TV.

Saluran terdahulu[sunting | sunting sumber]

Jia Yu Entertaiment

Jia Yu News

Langganan[sunting | sunting sumber]

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Pelanggan Maxis yang berlengkapkan kemudahan 2.5G atau 3G boleh mencapai laman langganan Astro Mobile TV melalui dua cara, iaitu menghantar SMS atau membuka pautan berkenaan di pelayar web mudah alih. Pengguna melakukan proses langganan langkah demi langkah di pelayar web.[1]

Caj[sunting | sunting sumber]

Peringatan: Harga-harga berikut adalah tepat pada Disember 2008.

Pakej Yuran
Basic Pack RM9.99 sebulan untuk mana-mana tiga saluran
Add-On RM3.00 sebulan untuk setiap satu saluran tambahan di samping Basic Pack
Per Channel RM5.00 sebulan untuk mana-mana satu saluran
Day Pass RM1.00 sehari untuk mana-mana satu saluran

Caj data tidak dikenakan terhadap khidmat langganan dan penggunaan Astro Mobile TV, kecuali mungkin ada sekiranya pengguna berada di luar Malaysia.[2]

Sekarang (Selepas penghentian)[sunting | sunting sumber]

Logo Astro GO

Selepas penghentian Astro Mobile TV, pada tahun 2012, Astro melancarkan sebuah aplikasi perstriman (OTT) kedua, iaitu Astro On-The Go (kini Astro GO) yang merupakan aplikasi perstriman pertama dari Astro bertujuan untuk pengguna IOS, Android, laman web (dihentikan), Windows dan MacOS bagi perstriman televisyen langganan (kecuali dari Media Prima, Awesome TV dan NHK Premium News) (melalui bil semasa Astro anda), radio (kini, perkhidmatan tersebut dipindahkan ke Raku, kini SYOK) dan On-Demand (2014-kini).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Subscription
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama faq

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]