Vokal tak bundar belakang separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɤ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, dan 7 dalam X-SAMPA.
Kebelakangan vokalnya adalah belakang, iaitu lidah terletak di belakang sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
Vokal ini adalah tidak bundar, iaitu bibir tidak dibundarkan.
Sesetengah bahasa ada vokal tak bundar belakang tengah yang nyata berbeza dengan vokal-vokal separuh sempit dan separuh luas. Bagaimanapun, disebabkan tiada bahasa yang diketahui membezakan ketiga-tiganya, maka tiadanya aksara IPA khusus untuk vokal tengah ini, sebaliknya digunakan pula [ɤ]. Jika perlunya keperincian, maka boleh digunakan diakritik penurun: [ɤ̞].