Sekolah Kebangsaan Obah
Sekolah Kebangsaan Obah | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 27, 90107, Beluran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | XBA2134 |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Obah atau nama ringkasnya SK Obah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 27.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Obah memiliki 30 pelajar lelaki dan 37 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 67 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
SK Obah adalah merupakan sebuah sekolah Pedalaman 2 yang terletak di Zon Sugut 1 dalam Daerah Beluran. Jarak sekolah dari PPD Beluran adalah sejauh 260 km mengambil masa selama 5 jam lebih dengan menaiki kereta pacuan 4 roda. Jika musim tengkujuh perjalanan bergantung kepada cuaca di mana mungkin berlaku banjir dan tanah runtuh.
Sekarang SK Obah mempunyai kekuatan 9 orang guru, 1 orang kerani, 3 orang pengawal keselamatan dan 2 orang pekerja pembersihan. Murid Tahun 6 seramai 14 orang, 5 lelaki dan 9 perempuan. Murid Tahun 5 seramai 12 orang, 6 lelaki dan 6 perempuan. Murid Tahun 4 seramai 10 orang, 4 lelaki dan 6 perempuan. Murid Tahun 3 seramai 15 orang, 10 lelaki dan 5 perempuan. Murid Tahun 2 seramai 10 orang, 6 lelaki dan 4 perempuan. Murid tahun 1 seramai 13 orang, 7 lelaki dan 6 perempuan. Murid Pra-Sekolah seramai 11 orang, 6 lelaki dan 5 perempuan. Jumlah keluruhan pelajar SK Obah ialah 85 orang murid dengan 43 lelaki dan 42 perempuan.
SK Obah mempunyai 2 unit bangunan sekolah konkrit dan 1 unit bangunan sekolah kayu. Ini termasuklah 6 buah bilik darjah ubahsuai, sebuah pusat sumber sekolah, sebuah bilik ICT, sebuah bilik guru dan pejabat pentadbiran, sebuah dewan, sebuah makmal serbaguna, sebuah stor SPBT dan stor P&P. Sekolah juga mempunyai sebuah padang, namun padang ini tidak cukup untuk acara balapan 200 meter.