Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor
Lokasi
Kampong Lubok Bongor, 17610, Kuala Balah,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099362044
Kod sekolahDBA9010
Faks6099362044


Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor atau nama ringkasnya SK Lubok Bongor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Lubok Bongor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor memiliki 181 pelajar lelaki dan 173 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 354 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor ditubuhkan pada tahun 1939. Sekolah ini dinamakan sempena nama Kampung iaitu Kampung Lubok Bongor. Permulaan penubuhannya sekolah ini adalah sebuah Sekolah Rakyat. Sekolah Pada sekitar tahun 1945 Sekolah Lubok Bongor mempunyai guru besar pertama bernama Wan Ismail. Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor terletak di dalam daerah Jeli dan berada kira-kira 20 km dari bandar Jeli. SKLB berada di tepi laluan utama antara bandar Jeli - Dabong. Jalan ini juga merupakan laluan alternatif ke Gua Musang.

Sekolah ini diasaskan oleh Yusuf bin Che The – Penghulu Mukim Lubok Bongor, Pada awal penubuhannya ia mempunyai seramai 32 orang murid. Pada tahun 1953 tapak sekolah telah dipindahkan ke Kampung Lama Lubok Bongor. Perpindahan ini tidak juga menyelesaikan masalah kerana sering ditenggelami banjir.

Pada tahun 1957, sekolah ini berpindah sekali lagi ke tapak baru (tapak sekarang) dengan keluasaan 5.7 hektar.

Masa telah mengubah segala-galanya pada tahun 2004, sekolah ini telah terpilih untuk Projek RMK8. Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor telah mendapat bangunan baru dengan pelbagai kemudahan seperti yang ada sekarang.

Senarai guru besar[sunting | sunting sumber]

Antara peneraju utama Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor adalah;

Bil Nama guru besar Tahun berkhidmat
01 Encik Wan Ismail bin Wan 1945 – 1957
02 Encik Nik Mustapha bin Nik 1957 – 1966
03 Encik Muhamad bin Ibrahim 1966 – 1969
04 Encik Muhamad bin Thaibb 1970 – 1972
 05 Encik Hamzah bin Othman 1973 – 1974
06 Encik Abdull Ghanni bin Haji Daud 1975 – 1980
07 Encik Ariffin bin Muhamad 1981 – 1983
08 Encik Haji Ismail bin Ali  1983 – 1985
09  Encik Mahmood bin Zakaria 1985 – 1988
10 Encik Baharudin bin Jais 1988 – 1989
11 Encik Zakaria bin Hassan 1989 – 1992
12 Encik Omar Amiah bin Che Ngah (Memangku) 1992 – 1993
13 Encik Zakaria bin Yaacob  1993 – 1994
14 Encik Che Mohamad bin Che Kob 1994 – 1996
15 Encik Muhamad bin Che Amat 1997 – 1998
16 Encik Md Zulkiflee bin Haji Mustapha  1998 – 1999
17  Encik Haji Che Roselan bin Hashim 1999 – 2003
18 Encik Drahman bin Osman February 2003 - September 2003
19 Puan Hajjah Jamakyah binti Meon 2003 – 2006
20 Encik Mohammed Uddin bin Awang Kecchik 2006 – 2008
21 Encik Muhammad Zulkiflee bin Haji Mustapphar 2008 – 2016
22 Encik Zawawi Bin Yusoff 2016 – 2018
23  Encik Mohd Ezanee Bin Mohd Said 2018- sekarang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor
Kampong Lubok Bongor
17610, Kuala Balah
Kelantan, Malaysia
Telefon = 09-9362044
Fax = 09-9362044

Pautan luar[sunting | sunting sumber]