Pergi ke kandungan

Puaka Cuti Semester

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puaka Cuti Semester ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Faizal Nadxaman dibintangi oleh Mark Adam, Zaki Azeman, Farhan Mazlan, Tracie Sinidol, Aween Ismail dan Ropie Cecupak. Siri drama ini memulakan tayangan di Tonton bermula 24 Ogos 2023.[1]

Puaka Cuti Semester
GenreDrama
Seram
PengarahFaizal Nadxaman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanLat Tali Lat - Khai Bahar
Lagu penutupLat Tali Lat - Khai Bahar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifRosnita Abdul Rahman
Lesley Teres
PenerbitHariff Ahamat
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Anomali Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Ogos 2023

Siri ini juga telah disiarkan semula di TV3 (Slot Lestary) pada 25 April sehingga 16 Mei 2024 bagi menggantikan siri drama Iskandar Chempaka dan digantikan oleh Hello Jodoh.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan pelajar dari pelbagai latar belakang, Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina ditempatkan di sebuah kolej kediaman lama sepanjang cuti semester.

Mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan tersendiri. Antaranya adalah kekangan kewangan, rasa malu dan motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Gangguan hantu askar Jepun turut melanda sewaktu mereka asyik berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.

Pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya adalah pontianak, jerangkung dan bunian! Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan kekecohan, ia juga telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar ini.

Apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Puaka Cuti Semester myinfotaip.