Portal:Hal semasa di ASEAN/2012
2012[sunting sumber]
- 22 Disember - Singapura menewaskan Thailand secara agregat untuk menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali keempat.
- ? Oktober - Harimau Muda A menjuarai Piala Thanh Nien 2012.
- 15 Oktober - Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro ditandatangani.
- 14 Oktober - Bekas Raja Kemboja Norodom Sihanouk meninggal dunia pada usia 89 tahun.
- 23 September - Sistem Penguatkuasaan Automatik berkontroversi mula berkuatkuasa di Malaysia.
- 9 & 10 September - Pasukan bola sepak Malaysia B-22 dan Korea Utara menjuarai Piala SCTV 2012.
- 11 Ogos - Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing Sabah 2012 ditubuhkan.
- 7 Julai - Kelantan FA menjuarai Liga Super Malaysia 2012.
- 2 Julai - Lembah Lenggong diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO keempat di Malaysia.
- 4 Jun - Perlumbaan basikal Tour de Singkarak 2012 bermula di Indonesia.
- 9 Mei - Sebuah Sukhoi Superjet 100 (gambar) terhempas dalam satu penerbangan pertunjukan di Indonesia, membunuh semua 45 orang di dalamnya.
- 28 April - Polis menahan lebih 500 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 3.0 (gambar) di Kuala Lumpur.
- 16 April - Taur Matan Ruak terpilih sebagai Presiden Timor Leste.
- 11 April - Gempa bumi bermagnitud 8.6 melanda 430 km di luar pantai Sumatera, mencetuskan amaran tsunami di sekitar Lautan Hindi.
- 11 April - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
- 2 April - Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil Myanmar.
- 9 Mac - Pasukan bola sepak kebangsaan Brunei menjuarai Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2012.
- 14 Februari - Syarikat penerbangan Indonesia Lion Air memesan 230 pesawat Boeing dengan harga AS$22.4 bilion, satu rekod baharu.
- 6 Februari - Gempa bumi di luar pantai Negros Oriental, Filipina, mengorbankan lebih 100 orang dan menyebabkan kerosakan besar.
- 2 Februari - Salah seorang pemimpin utama Jemaah Islamiyah Marwan dilaporkan terbunuh di selatan Filipina.
- 12 Januari - Di Myanmar, kerajaan dan Kesatuan Kebangsaan Karen mengadakan gencatan senjata bagi mengakhiri perbalahan dalaman yang bermula pada 1948.
- 9 Januari - Ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim (gambar) didapati tidak bersalah dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.