Piala Belia Malaysia 2024 juga di rujuk sebagai Liga Belia Malaysia 2024 ialah Kejohanan Ke-12 Piala Belia sejak penubuhannya pada tahun 2008. Kejohanan ini kini menjadi Kejohanan bola sepak Belia Malaysia untuk pemain berumur bawah 18 tahun.
Piala Belia 2024 ialah persaingan bola sepak amatur dalam Malaysia untuk pemain di bawah-19. Sejak penubuhannya pada 2008, Piala Belia telah menjadi kejohanan utama untuk pemain bawah 19 tahun. Pada 2009 hingga 2011, pertandingan itu digabungkan dengan Piala Presiden. Pada tahun 2015 format pertandingan telah ditukar kepada format liga.[1]
Pada edisi 2024, format kejohanan Piala Belia telah diubah memjadi kejohanan pemain di bawah-18.[2]
Peringkat kumpulan: 18 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.
Majlis undian Piala Belia 2024 telah diadakan pada 4 Mac 2024 di saluran YouTube FAMTV Malaysia.[5] Juara dan naib juara pada edisi lepas ditarik ke dalam balang 3, manakala pasukan dari zon Borneo ditarik ke dalam balang 2 dan pasukan selebihnya ditarik ke dalam balang 1. Kedudukan A1 hingga A9 dan B1 hingga B9 adalah pasukan-pasukan yang diletakkan dalam kumpulan A dan B selepas undian.