PIALA TAN SRI HAMZAH ABU SAMAH
Pengenalan
Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Piala Tan Sri Hamzah adalah piala kejohanan sukan kriket yang khusus di antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia.
Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah bermula pada tahun 1980 dengan menyaksikan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) menjadi Tuan Rumah Kebangsaan pertama. Piala ini dilancarkan bersempena dengan Tan Sri Hamzah Abu Samah yang bergiat aktif dalam industri sukan tanah air untuk memberi peluang kepada pemain-pemain kriket bersaing dalam pertandingan berprestij di antara pasukan-pasukan SBP terbaik di Malaysia, berobjektifkan mencungkil pemain-pemain kriket yang menyerlah untuk menyarung jersi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah diadakan buat pertama kali pada tahun 1980 di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan kejuaraan pertama dirangkul oleh tuan rumah, Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Maktab Tentera Diraja (MTD) ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam kejohanan ini. MTD kekal menyertai Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah hingga ke hari ini.
Format dan Penyertaan
Sukan kriket telah diiktiraf secara dasarnya sebagai salah satu daripada sukan teras Sekolah Berasrama Penuh (SBP) selain daripada sukan ragbi, hoki, bola keranjang dan bola jaring. Oleh yang sedemikian, kesemua sekolah SBP diwajibkan penyertaan ke atas sukan kriket untuk pasukan lelaki bagi merebut Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah. Pada tahun 2022, kejohanan untuk pasukan kriket perempuan buat julung kalinya diadakan oleh SBP dan telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Walaubagaimanapun, tiada piala khusus yang dipertandingkan untuk kategori perempuan.
Format permainan tidak diselaraskan dan bergantung kepada keadaan semasa, akan tetapi, kebiasaannya akan dimainkan pada peringkat Zon untuk memilih pasukan yang akan layak ke peringkat kebangsaan. Dahulunya, pusingan kebangsaan untuk Piala Tan Sri Hamzah ini dikenali sebagai Pesta Kriket dan Bola Keranjang Sekolah Berasrama Penuh sehingga tahun 1997. Pada tahun 1998 hingga 2005, hanya bola keranjang sahaja dipertandingkan pada temasya tersebut ekoran kegawatan ekonomi yang membantutkan sukan ini buat seketika.
Tahun 2006 menyaksikan kemunculan kembali Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah dipertandingkan dan dikelolakan oleh Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) untuk peringkat Kebangsaan. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) muncul sebagai pemenang pertama pada era baru piala berprestij tersebut.
Pada tahun 2022, era pasca pandemik Covid-19, kejohanan adalah dalam bentuk T20 kalah mati di antara SBP. Perlawanan akan diteruskan sehingga tinggal enam (6) sekolah terakhir yang akan dijemput untuk menyertai peringkat akhir kebangsaan secara liga satu pusingan. Format ini diilhamkan menerusi format “Gillette Cup New Zealand Secondary Schools Cricket” untuk mempertingkatkan kualiti pasukan-pasukan yang bersaing merebut Piala Tan Sri Hamzah.
TAHUN | SEKOLAH |
---|---|
1980 | Malay College Kuala Kangsar |
1981 | Maktab Tentera Diraja |
1982 | Malay College Kuala Kangsar |
1983 | Sekolah Muzaffar Syah |
1984 | Sekolah Menengah Sains Kelantan |
1985 | Sekolah Tuanku Abdul Rahman |
1986 | Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin |
1987 | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
1988 | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
1989 | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
1990 | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
1991 | Sekolah Tuanku Jaafar |
1992 | Sekolah Tuanku Jaafar |
1993 | Maktab Tentera Diraja |
1994 | Sekolah Tuanku Abdul Rahman |
1995 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
1996 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
1997 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
1998-2005 | TIADA PERTANDINGAN |
2006 | Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi |
2007 | Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi |
2008 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa |
2009 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2010 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2011 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2012 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2013 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2014 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2015 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
2016 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa |
2017 | TIADA PERTANDINGAN |
2018 | Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi |
2019 | Sekolah Menengah Sains Dungun |
2020-2021 | TIADA PERTANDINGAN |
2022 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2023 | Sekolah Sultan Alam Shah |
TAHUN | SEKOLAH |
---|---|
2022 | Sekolah Menengah Sains Teluk Intan |
2023 | Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah |
TAHUN | SEKOLAH |
---|---|
1980 | Malay College Kuala Kangsar |
1981 | Maktab Tentera Diraja |
1982 | Sekolah Tuanku Abdul Rahman |
1983 | Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin |
1984 | Sekolah Menengah Sains Machang |
1985 | Sekolah Menengah Sains Johor |
1986 | Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah |
1987 | Sekolah Muzaffar Syah |
1988 | Sekolah Raja Tun Azlan Shah |
1989 | Sekolah Alam Shah |
1990 | Sains Menengah Sains Dungun |
1991 | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
1992 | Sekolah Menengah Sains Muar |
1993 | Sekolah Menengah Sains Selangor |
1994 | Sekolah Tuanku Abdul Rahman |
1995 | Sekolah Menengah Sains Johor |
1996 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
1997 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud |
1998-2005 | TIADA PERTANDINGAN |
2006 | Sekolah Dato' Abdul Razak |
2007 | Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra |
2008 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa |
2009 | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang |
2010 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
2011 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak |
2012 | Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi |
2013 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa |
2014 | Sekolah Menengah Sains Banting |
2015 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
2016 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa |
2017 | TIADA PERTANDINGAN |
2018 | Sekolah Menengah Sains Johor |
2019 | Sekolah Menengah Sains Machang |
2020-2021 | TIADA PERTANDINGAN |
2022 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah &
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Bentong |
2023 | Sekolah Menengah Sains Muar |
NAMA | TAHUN | SEKOLAH |
---|---|---|
Desmond Pragasam | 1988 | Sekolah Dato’ Abdul Razak |
Thomas Mathew | 1992 | Sekolah Menengah Sains Selangor |
Masrulnizam Masrom | 2002 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Harbinder Singh | 2005 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Aisya Eleesa | 2023 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
Amalin Sorfina | 2023 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah |
NAMA | TAHUN | SEKOLAH |
---|---|---|
Azeeley Atiman | 1990 | Sekolah Menengah Sains Johor |
Radzmin Shah | 1992 | Sekolah Alam Shah |
Mohd Nizam Mat Isa | 1993 | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
Helmi Harmain | 1994 | Sekolah Menengah Sains Selangor |
Mohd Damak Syarie | 1994 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Faris Jamean | 1995 | Malay College Kuala Kangsar |
Ahmad Husni | 1995 | Malay College Kuala Kangsar |
Zulkifli Che Omar | 1995 | Malay College Kuala Kangsar |
Yadi Maryon | 1996 | Sekolah Menengah Sains Johor |
Khairul Azrin Matsiah | 1998 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Mohd Syahmizan Bin Mahli | 1998 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Mohd Asrol Bin Abd Hamil | 1998 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Mohd Muzamir Kamarulzaman | 1999 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Huzairy Uzair | 1999 | Sekolah Dato’ Abdul Razak |
Arif Rashid | 1999 | Sekolah Tuanku Abdul Rahman |
Mohd Yusairi Ahmad Johari | 1999 | Sekolah Tuanku Abdul Rahman |
Ahmad Ramdan Md Noor | 1999 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Khirul Anuar | 2000 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar |
Nasharuddin Mustaffa | 2000 | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu |
Ahmad Saufi Salim | 2000 | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu |
Ahmad Arif Yusuf | 2023 | Sekolah Sultan Alam Shah |
Nor Fatahya Yasalmah | 2023 | Sekolah Menengah Sains Teluk Intan |
Ahmad Adam Safwan | 2024 | Sekolah Sultan Alam Shah |