Pergi ke kandungan

Orang Besar Jajahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orang Besar Jajahan ialah gelaran dan jawatan kumpulan pembesar di Perak, Malaysia. Ia dipilih dan dilantik oleh Sultan Perak untuk mewakili istana dalam segala urusan berkaitan di setiap daerah yang diamanahkan kepada mereka. Antara tugas Orang Besar Jajahan ialah menjalankan segala titah perintah Sultan Perak yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan, agama Islam, adat Melayu serta kebajikan rakyat jelata dengan menganggotai pelbagai pertubuhan dan sebagainya[1].

Penjawat semasa[sunting | sunting sumber]

Setiap daerah di negeri Perak akan ada seorang Orang Besar Jajahan[2].

Senarai Orang Besar Jajahan di Perak[3]
JAWATAN GELARAN PENYANDANG
Orang Besar Jajahan di Kuala Kangsar Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato’ Seri Wan Mohd Fathir bin Wan Hussain
Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Wan Mohd Isa bin Wan Mohd Razalli
Orang Besar Jajahan Kerian Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Ahmad Raziff bin Mohamad Zulkifli
Orang Besar Jajahan Hilir Perak Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Meor Redwan bin Mahayudin
Orang Besar Jajahan Perak Tengah Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Abdul Wahab bin Azizul Hassan (Memangku)
Orang Besar Jajahan Hulu Perak Toh Muda Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Ar LA Meor Roslan bin Meor Ahmad Rashidi
Orang Besar Jajahan Kinta Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab Wahab bin Azizul Hassan
Orang Besar Jajahan Batang Padang Toh Paduka Indera Dato’ Mat Rasid bin Ayob
Orang Besar Jajahan Muallim Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Ahmad
Orang Besar Jajahan Kampar Toh Sedewa Raja Datuk Abdul Talib bin Haji Abdul Fahmi
Orang Besar Jajahan Manjung Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin bin Nazari (Bersara)
Orang Besar Jajahan Bagan Datuk Toh Seri Lela Paduka Profession Dr Khalid bin Ismail

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

                  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama (26 Mei 2021). "Orang Besar Jajahan Perak Tengah meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 8 September 2021.
  2. ^ 하늘 (7 April 2019). "Fakta Tentang Orang Besar Jajahan Di Negeri Perak". Orangperak. Dicapai pada 8 September 2021.
  3. ^ "Orang Besar Jajahan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan". Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. 27 Julai 2021. Dicapai pada 8 September 2021.