Mohd Zulikmal Amry Ghazali (lahir 2 Julai 1994) ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan peserta Hero Remaja 2017/2018.[1][2] Dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka, nama beliau mula melonjak selepas memegang watak sebagai Ray dalam Gantung The Series, sebuah drama seram bersiri 16 episod yang ditayangkan di Astro First dan Tribe Indonesia. Ikmal berkahwin dengan personaliti media sosial, Najla Shamsul dan mempunyai seorang anak, Cailie. Beliau merupakan pemegang ijazah jurusan pengurusan perniagaan di Universiti Malaya (UM).