Eminem
Eminem | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Marshall Bruce Mathers III |
Juga dikenali sebagai | M&M, Slim Shady, Manix dan Ken Kaniff |
Kelahiran | [1] St. Joseph, Missouri, Amerika Syarikat | 17 Oktober 1972
Berasal dari | Detroit, Michigan, Amerika Syarikat |
Genre | Hip hop |
Pekerjaan | Penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lagu , pelakon |
Tahun aktif | 1990–kini |
Syarikat rakaman | Aftermath Entertainment (1997-kini) Interscope Records (1998-kini) Shady Records (1999-kini) Bassmint Productions (1990-1992) FBT Productions (1992-1995) Web Entertainment (1992-kini) Mashin' Duck Records (1995) |
Pengkarya berkait | Bad Meets Evil, Busta Rhymes, D12, 50 Cent, Dr. Dre, Nate Dogg, Obie Trice, Outsidaz, Proof, Slaughterhouse, Xzibit, |
Laman sesawang | eminem |
Marshall Bruce Mathers III (dilahirkan pada 17 Oktober 1972),[2] atau lebih dikenali dengan nama samarannya, Eminem (digayakan sebagai EMINƎM) atau alter egonya, Slim Shady, merupakan seorang penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lirik dan pelakon. Sebagai tambahan kepada kerjaya solonya, beliau juga ahli kumpulan Hip Hop D12, dan juga duo hip hop Bad Meets Evil bersama rakannya Royce Da 5'9".
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau membuat debut solonya dengan album berjudul "Infinite" pada tahun 1996. Ia dibuat mesra-radio kerana beliau mengharap agar ia dapat disiarkan di stesen-stesen radio di Detroit. Tetapi ia diabaikan kerana dia seorang berkulit putih manakala Hip Hop adalah genre orang kulit hitam. Salah seorang daripada mereka juga mengatakan kepada Eminem "Kau adalah budak kulit putih, mengapa kau tidak masuk sahaja Rock 'n' Roll?". Ini menyebabkan beliau begitu marah dan dari situlah terciptanya alter ego beliau yang terkenal, Slim Shady, yang membawa watak kepada rogol, dadah dan curi serta perkara yang negatif. Beliau memperkenalkan alter egonya melalui album The Slim Shady EP pada tahun 1997 dimana ia mendapat perhatian seorang rapper pantai barat yang terkenal iaitu Dr. Dre. Apabila Dr. Dre mendengar pembantunya memasang CD tersebut untuk beliau, dia berkata "Cari dia(Eminem), sekarang!". Beliau ditandatangani Dr. Dre melaui anak syarikat Interscope Records iaitu Afternath Records. Disitu, Eminem memulakan kerja-kerja penulisan lirik dan rakaman untuk debut komersilnya yang berjudul "The Slim Shady LP". Album tersebut diterbit pada tahun 1999 dengan empat single iaitu Just Don't Give A Fuck, My Name Is, Role Model dan Guilty Conscience. My Name Is mendapat sambutan hangat dan peminat juga mengatakan bahawa ia adalah antara kerja-kerja terbaiknya. The Slim Shady LP telah diiktiraf 7xPlatinum oleh RIAA.
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Album Studio[sunting | sunting sumber]
- Infinite (1996)
- The Slim Shady LP (1999)
- The Marshall Mathers LP (2000)
- The Eminem Show (2002)
- Encore (2004)
- Relapse (2009)
- Recovery (2010)
- "The Marshall Mathers LP 2" (2013)
- Revival (2017)
- Kamikaze (2018)
- Music To Be Murdered By (2020)
- The Death of Slim Shady (Coup de Grâce) (2024)
Album Mini[sunting | sunting sumber]
- The Slim Shady EP (1997)
- Relapse Refill (2009)
- Hell: The Sequel (Bersama Bad Meets Evil) (2011)
Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]
- Straight From The Lab (2003)
- Curtain Call: The Hits (2005)
- Eminem Presents: The Re-Ups (2006)
- Shady XV (2014)
- Curtain Call 2 (2022)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Eminem |
- Media berkenaan Eminem di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi
- Eminem di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)