Pergi ke kandungan

Cinta Medik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Medik
Pelakon-pelakon Cinta Medik
FormatDrama
PenciptaA. Razak Mohaideen
Dibintangi oleh
Awal Ashaari
Iqram Dinzly
Azizan Nin
Fouziah Gous
Baizura Kahar
Raja Farah
Negara asalMalaysia
Bilangan musim2
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal2007

Cinta Medik merupakan drama bersiri televisyen arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Drama bersiri ini disiarkan di TV9 dan mempunyai dua musim.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah percintaan remaja sekumpulan penuntut ijazah jurusan perubatan di salah sebuah kolej kemudian menjalani Housemanship di {{Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang. Terdapat pelbagai pengalaman dan kisah menarik yang dipaparkan di dalam drama ini termasuk detik-detik percintaan.

Musim Pertama (2007)

Khairudin atau Khai (Awal) adalah anak daripada keluarga susah yang ingin mengubah masa depannya dan keluarga kemudian mendapat tawaran belajar perubatan di sebuah universiti terkemuka.Semasa hari orentasi Khai bertemu Fikri (Iqram) seorang anak orang kaya tetapi berlagak namun lama kelamaan hubungan Khai-Fikri terjalin atas belajar dan kerja, dalam masa sama Khai menemui Nadia (Raja Farah) ,Suzana (Baizura),Natasha (Fouziah) dan Sharif (Zizan Nin) yang turut belajar jurusan sama.

Mereka berlima menjadi anak didik kepada Prof Dr.Koshi (Hafizuddin Fazil) sepanjang belajar di sana, mereka dihantar menjalani sebagai Doktor Pelatih di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dari situ pelbagai ragam dihadapinya.Khai mula menyukai Nadia meskipun ingin habiskan pelajaran dan mendapat apa diimpikan manakala Nadia terpaksa berhadapan penyakit Buah Pinggang tetapi terpaksa rahsiakan hingga satu terjadi dirinya.


Musim Kedua (2008,akhir)

Selepas Khai dan Nadia berkahwin & ditukarkan ke hospital lain tinggalah Fikri,Sharif,Natasha dan Suzana maka datang kehadiran pasangan muda iaitu Sarah (Nieyl) ,Nik (Eone).Sharif dan Suzana sedang persiapkan bagi dunia perkahwinan sementara itu Fikri mempunyai perasaan terhadap Natasha sungguhpun Natasha enggan letak harapan kepada dia, kehadiran Ally Iskandar membawa cabar Fikri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]


Pelakon Pembantu

*Hafidzuddin Fazil sebagai Prof Dr Koshi

*Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Ayah Khai

*Maimon Mutalib sebagai Ibu Khai

*Haeriyanto Hassan sebagai Dr Malik/Mazlan

*Nasir Ali sebagai Badut

Pautan luar[sunting | sunting sumber]