Castor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Castor
Julat zaman: 24–0 Ma
Lewat Miosen – Kini
Castor canadensis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Castor

Linnaeus, 1758
Spesies

C. canadensis
C. fiber
C. californicus

Castor ialah genus rodensia besar dalam keluarga Castoridae yang ditemukan di habitat-habitat sungai dan tasik Hemisfera Utara. Ia mempunyai dua spesies iaitu Castor canadensis di Amerika Utara dan Castor fiber di Eurasia.[1] Spesies-spesies haiwan dalam genus ini berbadan katik dengan kaki seperti kaki itik dan ekor yang pipih.[2]

Ia membina empangan semulajadi yang menggenang air membentuk kolam sebagai perlindungan daripada pemangsa dan bersarang di tengah kolam ini.[3]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Carl Linnaeus memberi nama genus Castor pada tahun 1758 untuk spesies C. fiber yang duduk di Eropah[4] daripada perkataan bahasa Yunani Purba κάστωρ kastōr.[5]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Gambar Spesies Habitat
Castor fiber Eropah, Skandinavia, Turki, Rusia, Mongolia dan China;[6]:169–170 pupus di Syria, Iraq dan Iran.[7][8]
Castor canadensis Amerika Utara

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Badan-badan spesies Castor mempunyai ukuran panjang 80–120 sentimeter termasuk ekor yang berukuran 25–50 sm panjang.[2] Badan dan tengkorak spesies Castor fiber lebih panjang daripada spesies C. canadensis, ekor spesies C. fiber lebih tebal daripada spesies C. canadensis.[9] Bulu spesies C. canadensis berwarna gelap.[9]

Gigi-gigi kacipnya sangat kuat.[10] Ia boleh gigit batang-batang pokok sederhana (dengan garis pusat kurang daripada 15 sm) sampai tumbang dalam masa rata-rata kurang daripada 50 minit.[11]

Sarang[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini mencari sumber makanan seperti ikan dan teratai dengan menyelam di dalam sungai. Oleh itu, ia membina sebuah empangan istimewa yang menggenangkan air sungai sehingga menghasilkan kolam, dan sebuah sarang di tengah kolam tersebut.[12] Ia cepat mencari batang kayu apabila mendengar bunyi air yang mengalir.[13] Jika ia duduk di kawasan tasik, ia tidak membina empangan dan terus membina sarang di tepi bahagian cetek tasik tersebut.[14]

Sarang haiwan ini menebat haba dalam ruang yang bersuhu lebih suam daripada persekitaran luar sarang.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 842–843. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ a b Busher, P.; Hartman, G. (2001). "Beavers". Dalam MacDonald, D. W. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals (ed. ke-2). London, England, UK: Oxford University Press. m/s. 590–593. ISBN 978-0760719695.
  3. ^ Ling, Thomas (23 Jun 2023). "Why do beavers build dams?". BBC Science Focus. Bristol, England, UK: BBC. Dicapai pada 17 Mei 2024.
  4. ^ "Castor". Integrated Taxonomic Information System. 2024. Dicapai pada 18 Mei 2024.
  5. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "κάστωρ". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ Halley, Duncan; Rosell, Frank; Saveljev, Alexander (2012). "Population and distribution of Eurasian Beaver (Castor fiber)" (PDF). Baltic Forestry. 18 (1 (34)): 168–175 – melalui Unexpected Wildlife Refuge.
  7. ^ Rowley-Conway, P.A.; Leggea, A.J. (September 1986). "The beaver (Castor fiber L.) in the Tigris-Euphrates basin". Journal of Archaeological Science. 13 (5): 469–476. doi:10.1016/0305-4403(86)90016-6.
  8. ^ A'lam, Hūšang (1989). "Beaver". Encyclopaedia Iranica. IV(1). New York, AS: Universiti Columbia. m/s. 71–74.
  9. ^ a b Runtz 2015, m/s. 22–25.
  10. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 11–12.
  11. ^ a b Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 68.
  12. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 54.
  13. ^ Runtz 2015, m/s. 104.
  14. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 54–56, 109.

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]