Pergi ke kandungan

Ashari Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ashari Samsudin
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Ashari bin Samsudin[1]
Tarikh lahir (1985-06-07) 7 Jun 1985 (umur 38)[2]
Tempat lahir Terengganu, Malaysia
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Penyerang, sayap
Kerjaya remaja
2003–2005 Terengganu B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2016 Terengganu 184 (81)
2017 Pahang 16 (3)
2018–2019 Terengganu 30 (3)
2019 Terengganu II 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2008–2013 Malaysia 17 (3)
Pengalaman
Men's Football
Mewakili  Malaysia
Piala AFF
Juara 2010
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ashari Samsudin (lahir pada 7 Jun, 1985) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia. Dia juga pernah bermain untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ashari diserapkan ke dalam skuad utama Teregganu pada pertandingan Piala Malaysia 2005. Pada perlawanan suku akhir bertemu Kedah, Ashari menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior menerusi satu larian solo yang kemudiannya disudahkan dengan rembatan dari jarak 25 meter.[3][4]

Sepanjang kerjayanya bersama Terengganu, Ashari membuat lebih dari 330 penampilan dan menjaringkan 128 gol dalam semua pertandingan Liga Malaysia (Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia) dan Piala AFC. Ashari turut berjaya memenangi kasut emas dengan 18 jaringan pada musim 2010. Dia turut memenangi Piala FA pada musim 2011 selain muncul naib juara Piala Malaysia pada musim 2011 dan 2018.

Ashari menyertai Pahang selama semusim pada 2017. Dia membantu Pahang layak ke perlawanan akhir Piala FA 2017 namun Pahang tewas kepada Kedah. Secara keselurahan dia membuat 27 penampilan dan menjaringkan 3 gol dalam semua perlawanan kompetitif bersama Pahang.

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Ashari membuat penampilan pertama bersama pasukan utama kebangsaan ketika bertemu India pada 22 Julai, 2008 di Hyderabad, India. Ashaari menjaringkan gol pertamanya di pentas antarabangsa ketika bertemu Afghanistan dimana dia menjaringkan dua gol. Ashaari juga mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua 2008 di Malaysia.

Pada bulan November 2010, Ashari telah dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, K. Rajagopal bagi Piala Suzuki AFF 2010. Ashari menjaringkan satu dari tiga gol Malaysia ketika menentang Indonesia di dalam perlawanan akhir pertama yang menyaksikan Malaysia menang 3-0. Pada perlawanan akhir kedua, Ashari menyumbang satu umpanan kepada Safee Sali untuk meletakkan Malaysia 4-0 secara aggregate. Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kali di dalam sejarah mereka.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ National senior team - Football Association of Malaysia http://www.fam.org.my/news/national-senior-team-matches
  2. ^ Ashari Samsudin - FIFA.com [1]
  3. ^ TERENGGANU LAYAK KE SEPARUH AKHIR TEWASKAN KEDAH - BERNAMA, 7 September 2005.
  4. ^ SYAMSURI WORKS HIS MAGIC - Malay Mail, 8 September 2005.