Pergi ke kandungan

Aku Bukan Ustazah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aku Bukan Ustazah merupakan drama televisyen Malaysia 2024 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi MK K-Clique, Erysha Emyra dan Zahiril Adzim. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 3 Mei 2024 menggantikan Wanita Syurga.

Aku Bukan Ustazah
GenreMelodrama
Cinta
Agama
Dendam
Berdasarkan daripada
Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud
Ditulis olehAyuni Zamani
PengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hening Rindu" — Marsha Milan
Lagu penutup"Hening Rindu" — Marsha Milan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifAlia Ramly
Adila Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Tonton
RTB Aneka
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Mei 2024 – 11 Jun 2024
Kronologi
MengikutiWanita Syurga
Diikuti olehDua Darjat

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengangkat berkenaan kisah perjalanan seorang gadis berniqab iaitu Aminah (Erysha Emyra) yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia.

Kerana seorang Adam (MK K-Clique), maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad keluar mencari jalan hidupnya sendiri.

Dari situ bermulalah episod kehidupannya bersama rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir tersesat dalam lembah kesilapan yang dilakukannya sendiri.

Dia menukar dirinya dari “Aminah” sebagai “Miya”. Dalam perjalanan inilah dia akan menemukan cinta sejati dan menghadapi konflik hubungan serta ujian agama.

Ujian silih berganti ketika dia berusaha membimbing rakan-rakanya keluar dari kegelapan.

Dalam masa yang sama Adam dan Omar (Zahiril Adzim) adalah dua orang pemuda yang mempunyai cara hidup berbeza tetapi cuba merebut cinta Aminah.

Adam merupakan seorang pemilik kelab malam yang hidupnya penuh noda dosa. Manakal Omar seorang doktor perubatan dari lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya.

Antara dua pemuda ini, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu.

Adakah Aminah dapat membantu rakan-rakannya keluar dari kegelapan? Dan mampukah Adam mencintai Aminah walaupun dia jauh dari agama?

Apakah kesudahan cinta sang niqabis ini?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • MK K-Clique sebagai Adam, seorang pemilik kelab malam kemudian menjadi pemilik syarikat Tuan Hamid dan suami kepada Aminah "Miya" (Episod 1-28)
  • Erysha Emyra sebagai Aminah / Miya, seorang graduan di salah sebuah universiti yang memakai Niqab namun meninggalkan kerana peristiwa dengan Adam di saat awal perkenalan namun Aminah menolak permintaan Adam untuk mengahwininya langsung berkawin dengan Omar tetapi tidak berpanjangan.Dia lahir daripada keluarga beragama dan seorang keras kepala mengikut emosi (Episod 1-28)
  • Zahiril Adzim sebagai Dr. Omar, Seorang graduan doktor dari sebuah universiti di Mesir yang menyukai Aminah namun selepas berkahwin dengan dia Omar melakukan penderaan secara diam terhadap Aminah dan Zahira (isteri kedua "skandal".Omar ditahan oleh polis atas kesalahan mendera Zahira

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Husna Mustaffa sebagai Zahirah,Isteri kedua kepada Omar yang bekerja sebagai Staf Jururawat di tempat kerja Omar tetapi bercerai selepas berlaku penderaan dilakukan oleh Omar (Episod 14-25)
  • Shaza Bae sebagai Sam / Salmah, Seorang tomboi namun bersikap positif dan berkawan dengan Aminah
  • Qistina Khaled sebagai Zaza,Kawan kepada Sally ,Aminah dan Sam .(Antagonist #2) seorang melakukan perbuatan jahat , Zaza mati dalam kemalangan bersama Sally ketika cuba menggangu Adam Aminah
  • Haneesya Hanee sebagai Salimah/Sally (Antagonist utama), bekas teman wanita Adam dan berdendam dengan Aminah malah suka ikut emosi dan tidak boleh terima kenyataan.Beliau cedera parah selepas dilanggar semasa cuba menggangu Adam Aminah di Pulau Pinang kemudian hilang ingatan
  • Danial Dashuki sebagai Anas,Kawan kepada Adam dan Pembantu Peribadi Tuan Hamid
  • Fikhree Bakar sebagai Ustaz Aslam "Along",Abang kepada Aminah dan anak kepada Ustaz Ahmad & Ustazah Fatimah.Seorang mundir di madrasah milik keluarganya dan duda serta mempunyai fikiran positif
  • Ahmad Syafiq sebagai Ustaz Azhar "Angah" abang no 2 kepada Aminah,kawan Omar dan suami Haziqah.Seorang mudah terpedaya
  • Syad Mutalib sebagai Ustazah Haziqah,Kawan kepada Aminah dan isteri kepada Azhar .Bersikap judgemental,tikam dalam diam
  • Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad "Abi",pengetua madrasah dan Bapa kepada Aslam,Azhar,Aminah dan mentua kepada Adam, Omar (bekas Menantu) dan Haziqah
  • Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid,Ayah kepada Adam dan mentua kepada Aminah yang juga pemilik syarikat pembinaan
  • Mas Anizan sebagai Puan Habibah,Isteri Tuan Hamid dan Ibu kepada Adam & mentua kepada Aminah
  • Fadilah Mansor sebagai Ustazah Fatimah,Ibu kepada Aminah,Adam (Menantu),Omar (bekas) dan isteri Ustaz Ahmad