Zulfahmi Ahmad Saibi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zulfahmi Ahmad Saibi
Kelahiran (1987-01-23) 23 Januari 1987 (umur 37)
WarganegaraMalaysia

Zulfahmi Ahmad Saibi (lahir 23 Januari 1987) adalah merupakan seorang aktivis belia di negeri Perak. Pada tahun 2015 beliau telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Belia Perak bagi penggal pertama bersama teman-teman lain dari seluruh Negeri Perak. Bermula dari situ beliau mengorak langkah menyantuni rakan-rakan belia di Negeri Perak melalui program kemasyarakatan dan sesi dialog. Menurut beliau yang tidak berminat dengan dunia politik, namun pada masa yang sama sering terlibat membantu rakan-rakan politik di peringkat akar umbi dan strategi. Sering merendah diri dan berpegang prinsip 'masih ramai lagi kawan-kawan yang lebih layak ke hadapan, teman ni bior lah bantu dari belakang', itulah kelebihan yang ada pada beliau menyebabkan di lantik sebagai Setiausaha Kerja Pemuda BN Negeri Perak pada tahun 2017 sempena menghadapi Pilihanraya Umum ke-14. Sikap beliau yang terbuka dan rasional disenangi rakan-rakan dari parti komponen dan parti lawan.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik, beliau lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga sementelah ibu dan bapanya telah lanjut usia.

Pada waktu lapang, beliau banyak menghabiskan waktu dengan membaca buku, jurnal dan kitab lama berkaitan agama, sejarah dan sains. sekarang, beliau sedang menyiapkan tulisan bukunya sendiri berkaitan tentang kehidupan kerohanian dari perspektif gaya hidup moden. Tidak dinafikan sosok tubuh ini suka berjenaka tetapi apabila bercerita tentang perjuangan nasib rakyat, beliau akan berbicara dalam nada serius. Sikap mudah tersenyum dan sering memberi pendapat yang bernas disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan merentas kaum. Tidak hairanlah kemana sahaja beliau pergi pasti di sapa oleh orang ramai.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Taman Pekan Baru, Parit Buntar.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Semasa menjalani latihan industri, beliau telah ditawarkan pekerjaan sebagai Penolong Pengurus Projek oleh syarikat pengurusan bangunan dan lanskap berpusat di Kuala Lumpur & Wilayah Persekutuan Putrajaya. Selepas itu, beliau ditawarkan menjawat jawatan sebagai Pengurus Tapak Projek Penyelenggaraan Lanskap di kawasan Promenade & Jalan-jalan Protokol di Putrajaya di bawah projek Perbadanan Putrajaya. Selama 2 tahun bekerja, beliau pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit dan membantu syarikat lanskap milik bapanya. Sekarang, beliau mengembangkan skop perniagaan dengan menceburi bidang konsultansi berkaitan pemuliharaan alam sekitar, pengurusan sumber asli dan dalam masa yang sama membantu dalam penyediaan teks ucapan serta bahas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Kuala Sepetang YB Kamaruddin Abu Bakar.

Aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sukan[sunting | sunting sumber]

Dikalangan rakan-rakan pertubuhan belia dan politik di Negeri Perak, ramai yang tidak tahu beliau telah terlibat dalam Politik Kampus semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia pada semester kedua tahun pengajian. Beliau merupakan calon ketiga tertinggi di kalangan 46 Calon Umum dan dilantik sebagai Exco Komunikasi Korporat & Penjenamaan Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi sesi 2010/2011.

Selain itu, beliau dipilih menjadi Presiden Persatuan Kebajikan Anak Perak UPM pada tahun yang sama setelah persatuan itu diharamkan selama 8 tahun. Pada waktu ini beliau berkenalan dengan seorang tokoh mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan Presiden Persatuan Fakulti Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham yang kini telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Gombak Setia. Namun beliau tidak berminat dalam politik kepartian kerana sikap diplomasi yang tinggi dan tidak suka berbahas menjadikan beliau memilih untuk melakukan tugas kebajikan pelajar sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://web.facebook.com/Zulfahmi-bin-Ahmad-Saibi-752347181800635/