Yekhonya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Yekhonya
Yekhonya daripada Promptuarii Iconum Insigniorum oleh Guillaume Rouillé, 1553
Raja Yehuda
Pemerintahan9 Disember 598 – 15/16 Mac, 597 SM
Kemahkotaan9 Disember 598 SM
Didahului olehYoyakim
Diikuti olehZedekia
Keputeraansekitar 615 atau 605 SM
Baitulmuqaddis
Kemangkatanselepas sekitar 562 SM
Babylon
AnakandaAsir
Sealtiel
Malkhiram
Pedaya
Shenasar
Yekamya
Hosama
Nedabya
AyahandaYoyakim
BondaNehusta[1]

Yekhonya (Ibrani: יְכָנְיָה, rumi: Yəḵonəyā [jəxɔnjaː], bermaksud "Yah telah menetapkan";[2] Yunani: Ἰεχονίας; Latin: Iechonias, Jechonias), juga dikenali sebagai Konya[3] atau Yoyakhin (Ibrani: יְהוֹיָכִין Yəhōyāḵīn [jəhoːjaːˈxiːn]; Latin: Ioachin, Joachin), ialah raja yang kesembilan belas dan kedua terakhir Yehuda, yang digulingkan oleh Raja Babylon Nebukadnezar II pada abad ke-6 SM dan menjadi tawanan. Baginda anak dan pewaris Raja Yoyakim, dan cucu Raja Yosia. Kebanyakan maklumat tentang Yekhonya terdapat dalam Alkitab Ibrani. Rekod kewujudan Yekhonya telah ditemui di Iraq, seperti Papan Bersurat Catuan Yoyakhin. Papan bersurat ini ditemui dalam pencarian gali berhampiran Gerbang Ishtar di Babylon dan berasal dari sekitar tahun 592 SM. Ditulis dalam tulisan pepaku, ia menyebut nama Yekhonya (Akkadia: 𒅀𒀪𒌑𒆠𒉡, Yaʾúkinu [ia-ʾ-ú-ki-nu]) dan lima puteranya sebagai penerima catuan makanan di Babylon.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 2 Raja-raja 24:8
  2. ^ John W. Olley (12 Januari 2012). The Message of Kings. InterVarsity Press. m/s. 362. ISBN 978-0-8308-2435-9.
  3. ^ Yeremia 22:24 dan Yeremia 22:28
  4. ^ Pritchard, J. B. (peny.) (1969) Ancient Near Eastern Texts Relating to the Old Testament. Princeton University Press. m/s 308.