Utimutiraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Utimutiraja
Kelahiran
Utimutiraja

Meninggal dunia
PekerjaanSaudagar, penghulu masyarakat
EraKesultanan Melaka
Terkenal keranaPengkhianat terbesar dalam sejarah Melayu

Utumutiraja (?–1511), atau dikenali sebagai Timuturaja atau Sri Utama Raja, ialah saudagar dan penghulu masyarakat keturunan Jawa yang terkenal sebagai pengkhianat terbesar dalam sejarah Melayu.[1]

Kehidupan awal dan peniagaan[sunting | sunting sumber]

Utimutiraja menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Pulau Upeh, Melaka, Kesultanan Melaka. Beliau disebut sebagai "Utimutiraja, the richest and most influential man in the town". Beliau mempunyai enam ribu orang suruhan yang terdiri daripada orang Jawa termasuk yang dimiliki oleh anak dan menantunya. Sumber lain menyatakan beliau mempunyai tidak kurang sepuluh ribu orang suruhan yang boleh dikerahnya pada bila-bila masa. Beliau juga menguasai beberapa kawasan atau wilayah di sekitar Melaka. Orang-orang dari Tuban, Japara, Sunda dan Palembang adalah dibawah kuasa Utimutiraja. Beliau juga mempunyai wang yang sangat banyak dan menguasai perdagangan di Melaka. Sumber Portugis mendakwa Utimutiraja adalah orang kedua terkaya selepas Sultan Melaka pada ketika itu.

Pengkhianatan terhadap Kesultanan Melaka[sunting | sunting sumber]

Utimutiraja seorang yang bersikap oportunis (lekas mengambil peluang) dan pembelot, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.

Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis, dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa, Barat laut India untuk memberitahu kapten Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.

Seorang lagi pembelot pada masa Portugis menyerang Melaka 1511 ialah Nina Chatu (atau dikenali sebagai Nina Chetu). Nina Chatu ialah penganut agama Hindu, seorang saudagar India yang telah banyak meringankan penderitaan Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (1995:129), beliau telah dilantik menjadi Syahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514. Nina Chatu dan orang-orangnya berperanan dalam menyeludup surat-surat Auraujo semasa Auraujo dalam penjara. Pengkhianatan Nina Chatu sememangnya tidak dijangka oleh Sultan Melaka memandangkan Nina Chatu merupakan saudagar yang amat rapat hubungannya dengan Sultan Ahmad.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Utimutiraja dipancung oleh Alfonso kerana didapati memberikan bantuan kepada Sultan Melaka untuk menyekat kemaraan Portugis.[3]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]