Terracotta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patung-patung kuda terracotta dijual di Bankura, Bengal Barat.

Terracotta (disebut [ˌtɛrraˈkɔtta]; serapan Bahasa Itali turunan kata bahasa Latin terra cocta "tanah dibakar"[1][2]) adalah sejenis barang tembikar terbuat dari seramik tanah liat[3] dibakar di mana badan barangan ini tidak berliang serta menampakkan warna kejinggaan atau keperangan yang tersendiri.[4]

Bahan seramik ini biasanya digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan praktikal termasuk mangkuk pinggan dan pasu, pembetung saluran dan kumbahan, jubin atap, batu bata dan hiasan dalam pembinaan bangunan.[5]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Pengukiran[sunting | sunting sumber]

Tanah liat halus yang sesuai dikumpulkan sebelum dibentukkan kepada rupa dan rekaan yang dikehendaki sama ada secara dipicit-picit dengan jari mahupun menggunakan acuan khas.[6]:2, i, a[7] Bahan ini sangat mulur atau fleksibel dibentuk memudahkan suatu ukiran penuh dapat dibina secara berperingkat: setiap bahagian dapat ditambah bergumpal dengan menempel lagi tanah sambil memotong bahagian lebihan mana yang tidak perlu dengan pisau atau alat serupa sehinggakan mampu menampakkan perincian teliti pada barangan akhir.

Bentuk-bentuk ini kemudiannya dibiarkan kering buat seketika lama. Setelah kering, ia diletakkan di dalam tanur atau atas bahan yang mudah terbakar dalam suatu lubang kemudian dibakar - suhu kebakaran biasa adalah sekitar 1,000 °C (1,830 °F), namun ada juga barangan artifak yang dibakar serendah 600 °C (1,112 °F).[6]:1 Pembakaran ukiran-ukiran yang besar perlu diawasi dengan berhati-hati agar dinding tebal ukiran dipadukan sepenuhnya mengelakkan rekahan semasa pengecutan yang boleh mengancam keteguhan ukiran.[8]

Sifat[sunting | sunting sumber]

Kandungan besi yang bertindak balas dengan oksigen semasa dibakar memberikan warna yang kemerahan pada binaan akhir, namun warna keseluruhan ukiran boleh membeza-beza dengan warna yang menguning, menjingga, memerah mahupun memerang.[6]:1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Definition of TERRA-COTTA". www.merriam-webster.com.
  2. ^ "Terracotta", p. 341, Delahunty, Andrew, From Bonbon to Cha-cha: Oxford Dictionary of Foreign Words and Phrases, 2008, OUP Oxford, ISBN 0199543690, 9780199543694
  3. ^ OED, "Terracotta"; "Terracotta", MFA Boston, "Cameo" database
  4. ^ "Home : Oxford English Dictionary". www.oed.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 March 2021.
  5. ^ Singer, F.; Singer, S. S. (1971). Industrial Ceramics. Chapman & Hall. The lighter pieces that are glazed may also be termed 'terracotta.'
  6. ^ a b c C. A. Galvin; dll. "Grove". Terracotta. Grove Art Online. Oxford Art Online. Oxford University Press. Dicapai pada 23 July 2015. Explicit use of et al. in: |author1= (bantuan)
  7. ^ Schultz, Ellen (ed) (1986). Gothic and Renaissance Art in Nuremberg. New York: Metropolitan Museum of Art. m/s. 67. ISBN 9780870994661.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  8. ^ Scultz; Hobson, R.L. (May 1914). "A New Chinese Masterpiece in the British Museum". The Burlington Magazine for Connoisseurs. Jil. 25 no. 134. m/s. 70. JSTOR 859579.