Tentera Udara Kuwait
Tentera Udara Kuwait | |
---|---|
Ditubuhkan pada | awal 1950-an |
Negara | Kuwait |
Saiz | Kira-kira 2,500 anggota |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Kuwait |
Ibu pejabat | Pangkalan Udara Al Mubarak |
Tanda kebesaran | |
Roundel |
Tentera Udara Kuwait (al-Quwwat al-Jawwiya al-Kuwaitiya) merupakan cabang udara bagi negara Kuwait. Ibu pejabatnya terletak di Pangkalan Udara Al Mubarak, dengan pasukan-pasukan selebihnya berpangkalan di Brigad Pertahanan Udara,Pangkalan Udara Ali Al Salem dan Pangkalan Udara Ahmed Al Jaber. Kekuatan Tentera Udara Kuwait kini sekitar kira-kira 2,500 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat.
Perancangan masa depan[sunting | sunting sumber]
Pada bulan Februari 2009, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy telah mengumumkan bahawa Kuwait telah mempertimbangkan untuk membeli sehingga 28 buah pesawat Dassault Rafale, Tentera Udara Kuwait kini masih mengkaji perjanjian dan sedang menunggu lawatan Menteri Pertahanan Perancis ke Kuwait pada hujung bulan Februari 2009.
Inventori pesawat[sunting | sunting sumber]
Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Dalam perkhidmatan[1] | Nota |
---|---|---|---|---|---|
Aerospatale SA-330 Puma | Perancis | Helikopter pengangkut | SA-330H | 4 | |
Aerospatiale SA-342 Gazelle | Perancis | Helikopter penyerang | SA-342K | 13 | |
BAE Hawk | United Kingdom | Latihan lanjutan | Mk.64 | 10 | |
McDonnell Douglas AH-64D Longbow Apache | Amerika Syarikat | Helikopter penyerang | - | 6 buah dalam perkhidmatan, 10 buah dalam pesanan | |
Lockheed L-100 Hercules | Amerika Syarikat | Pengangkut | - | 3 | |
Eurocopter AS-332 Super Puma | Perancis | Helikopter pengangkut | AS-332M | 5 | |
McDonnell Douglas F/A-18 Hornet | Amerika Syarikat | Pemintas dan serangan darat | C\D | 39 | |
Shorts Tucano | United Kingdom | Pelatih lanjutan | Mk.52 | 8 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Kategori berkenaan Tentera Udara Kuwait di Wikimedia Commons