Templat:PengenalanLamanUtama
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Berita terkini
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
- Jambatan Francis Scott Key (gambar) di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas sebuah kapal kontena terlanggar salah satu tiang sokongannya.
Hari ini dalam sejarah
15 Mei: Hari Kemerdekaan di Paraguay; Hari Guru di Korea Selatan dan Mexico; Hari Nakba di Palestin.
- 1836 – Ahli astronomi Inggeris Francis Baily mencerap fenomena "manik Baily" (gambar contoh) ketika gerhana matahari.
- 1928 – Watak kartun Mickey dan Minnie Mouse muncul dalam filem buat pertama kali dalam Plane Crazy.
- 1990 – Potret Dr. Gachet oleh Vincent van Gogh dilelong dengan harga AS$ 82.5 juta, menjadikannya lukisan termahal ketika itu.
- 1997 – Semasa pembaktian Memorial Laos, Amerika Syarikat mengakui secara terbuka peranannya dalam Perang Saudara Laos.
- 2010 – Sekembalinya ke Sydney, Jessica Watson menjadi orang termuda berlayar tanpa henti dan tanpa bantuan mengelilingi dunia.
Tahukah anda...
- ... bahawa hanya dua salinan peta Americae Sive Quartae Orbis Partis Nova Et Exactissima Descriptio yang diketahui wujud sehingga kini? Wikipedia:Tahukah anda/9/4
- "... bahawa Grand Prix Singapura merupakan perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam sejarah Formula Satu?" Wikipedia:Tahukah anda/49/2
- "... bahawa aspartam dianggarkan 200 kali manis daripada sukrosa?" Wikipedia:Tahukah anda/67/2 Dicadangkan oleh: محمد حكيمي
- ... bahawa syarikat konglomerat dari Jerman, Siemens merupakan syarikat industri perkilangan yang terbesar di Eropah? Wikipedia:Tahukah anda/88/2
- "... bahawa opera Macbeth ditulis Giuseppe Verdi tanpa melihat karya asal Shakespeare?" Wikipedia:Tahukah anda/132/1