Tefilat ha-Derekh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tefilat ha-Derekh
Tefilat HaDerech in a siddur from Fürth, 1738
Tefilat ha-Derekh dalam siddur dari Fürth, 1738

Tefilat ha-Derekh (Ibrani: תפילת הדרך) atau Doa Pengembara dalam bahasa Melayu, ialah doa untuk bermusafir yang dibaca oleh orang Yahudi, apabila berjalan, terbang, berlayar, malah naik kereta ke tempat yang jauh.[1] Ia dibaca pada permulaan setiap perjalanan dan sebaik-baiknya dilakukan berdiri tetapi ini tidak wajib.[2] Ia sering ditulis pada azimat khamsa yang kadangkala mengandungi doa Syema atau Birkat ha-Bayit.

Teks[sunting | sunting sumber]

יְהִי רָצוֹן מִלְּפָנֶיךָ ה' אֱ-לֹהֵינוּ וֵא-לֹהֵי אֲבוֹתֵינוּ, שֶׁתּוֹלִיכֵנוּ לְשָׁלוֹם וְתַצְעִידֵנוּ לְשָׁלוֹם. וְתִסְמְכֵנוּ לְשָׁלוֹם. וְתַדְרִיכֵנוּ לְשָׁלוֹם. וְתַגִּיעֵנוּ לִמְחוֹז חֶפְצֵנוּ לְחַיִּים וּלְשִֹמְחָה וּלְשָׁלוֹם וְתַצִּילֵנוּ מִכַּף כָּל אוֹיֵב וְאוֹרֵב וְלִסְטִים וְחַיּוֹת רָעוֹת בַּדֶּרֶךְ וּמִכָּל מִינֵי פֻּרְעָנִיּוֹת הַמִּתְרַגְּשׁוֹת לָבוֹא לָעוֹלָם וְתִשְׁלַח בְּרָכָה בְּכָל מַעֲשֵֹה יָדֵינוּ, וְתִתְּנֵנוּ לְחֵן וּלְחֶסֶד וּלְרַחֲמִים בְעֵינֶיךָ וּבְעֵינֵי כָל רוֹאֵינוּ וְתִשְׁמַע קוֹל תַּחֲנוּנֵינוּ. כִּי אֵ-ל שׁוֹמֵעַ תְּפִלָּה וְתַחֲנוּן אָתָּה: בָּרוּךְ אַתָּה ה', שׁוֹמֵעַ תְּפִלָּה.

Y'hi ratzon milfanekha A-donai E-loheinu ve-lohei avoteinu she-tolikhenu l'shalom v'tatz'idenu l'shalom v'tismekhu l'shalom v'tadrikhenu l'shalom, v'tagi'enu limhoz heftzenu l'hayim ul-simha ul-shalom. V'tatzilenu mi-kaf kol oyev v'orev v'listim v'hayot ra'ot ba-derekh, u-mi-kol minei pur'aniyot ha-mitrag'shot la-vo la-olam. V'tishlah b'rakha b'khol ma'a'se yadeinu v'tit'nenu l'hen ul-hesed ul-rahamim b'einekha uv-einei khol ro'einu. V'tishma kol tahanuneinu ki E-l sho'me'a t'fila v'tahanun ata. Barukh ata A-donai sho'me'a t'fila.

"Semoga kehendak-Mu, Tuhan, Allah kami dan Allah nenek moyang kami, agar Engkau menuntun kami menuju kedamaian, menuntun langkah kami menuju kedamaian, agar kami didukung dalam damai, dan membuat kami mencapai tujuan hidup, kegembiraan, dan kedamaian yang kami inginkan. Semoga Engkau menyelamatkan kami daripada tangan setiap musuh dan penyergapan, daripada perompak dan binatang buas dalam perjalanan, serta daripada segala macam hukuman yang berkumpul untuk datang ke bumi. Semoga Engkau mengirimkan berkat dalam pekerjaan kami, dan berikan kami rahmat, kebaikan dan belas kasihan di mata-Mu dan di mata semua orang yang melihat kami. Semoga Engkau mendengar permintaan kami yang rendah hati kerana Engkau adalah Allah yang mendengar permintaan doa. Terpujilah Engkau, Tuhan, yang mendengar doa."

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Satu varian doa ini boleh didapati dalam Talmud Babylonia (Berakhot 29b-30a). Versi Bavli ditulis untuk melindungi satu individu tetapi pendeta Abaye menasihati perlindungan itu digabungkan dengan seluruh masyarakat. Oleh itu, teks modennya ditulis dalam bentuk jamak. [3]

כל היוצא לדרך צריך להתפלל תפלת הדרך. מאי תפלת הדרך? יהי רצון מלפניך ד' אלקי שתוליכני לשלום ותצעידני לשלום ותסמכני לשלום, ותצילני מכף כל אויב ואורב בדרך, ותשלח ברכה במעשי ידי, ותתנני לחן לחסד ולרחמים בעיניך ובעיני כל רואי, ברוך אתה ד' שומע תפלה. אמר אביי: לעולם לישתף אינש נפשיה בהדי צבורא.

"Seseorang yang mengembara mesti membaca Tefilat ha-Derekh. Apakah Tefilat ha-Derekh? 'Semoga kehendak-Mu, Allahku, agar Engkau menuntunku menuju kedamaian, mengarahkan langkahku menuju kedamaian, mendukungku menuju kedamaian, dan menyelamatkanku daripada tangan sesiapa pun musuh atau penyerang dalam perjalanan, dan berikanlah berkat atas pekerjaan tanganku, dan berikanlah aku kebaikan, kemurahan hati dan belas kasihan di mata-Mu dan mata semua orang yang melihatku. Terpujilah Engkau, Tuhan, yang mendengar doa.' Abaye berkata: Seseorang harus sentiasa menggabungkan dirinya dengan masyarakat."

Hukum[sunting | sunting sumber]

Daripada Kitzur Shulchan Aruch 68:1 [4]

Tefilat ha-Derekh—doa pengembara—tidak boleh diucapkan sebelum seseorang meninggalkan sempadan kota; ditakrifkan sebagai 70 dan ⅔ Amot (~35 meter / ~0.02 batu) selepas rumah yang terakhir.

Sebaik-baiknya ia harus dibaca satu "Miel" (~1 km / ~0.6 batu) dari sempadan kota.

Apabila bermalam dalam perjalanan yang memakan beberapa hari, Tefilat ha-Derekh dibaca sebelum bertolak semula.

Media[sunting | sunting sumber]

  • Video YouTube—Askar IDF membaca doa untuk perjalanan selamat (Tefilat ha-Derekh) di dalam kereta kebal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]