Simon McMenemy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Simon McMenemy
Maklumat peribadi
Nama Penuh Simon Alexander McMenemy
Tarikh Lahir (1977-12-06) 6 Disember 1977 (umur 46)
Tempat Lahir Haywards Heath, England
Maklumat kelab
Kelab Terkini Filipina (pengurus)
Pasukan diurus
Tahun Pasukan
2010– Filipina

Simon Alexander McMenemy (lahir 6 Disember 1977 di Haywards Heath), merupakan pengurus bola sepak Inggeris dan pengurus pasukan Pasukan bola sepak kebangsaan. Beliau adalah penolong jurulatih kelab Worthing F.C., sebuah kelab bukan liga Inggeris sehingga jawatannya yang terkini.[1]

Kerjaya jurulatih[sunting | sunting sumber]

Simon telah memulakan kerjayanya sebagai jurlatih sebagai pengurus kelab Haywards Heath Town F.C di dalam Liga Sussex County.[2] Kemudiannya beliau mengambil peranan penolong jurulatih di Worthing F.C., sebuah kelab persatuan bola sepak bahagian bawah Inggeris. Selepas hanya satu tahun di kelab berkenaan, Simon telah meninggalkan kelab berkenaan bersama-sama dengan pengurus Worthing F.C. iaitu Simon Colbran. Menerusi bekas pemainnya di Lewes F.C., Chris Greatwich, beliau telah mendengar kekosongan jawatan ketua jurulatih Filipina. Selepas lima minggu memohon, Simon telah menerima sebuah panggilan tawaran daripada Persekutuan Bola Sepak Filipina.[3] Kemudiannya beliau telah menandatangani kontrak percubaan selama dua bulan, yang mana jika beliau berjaya beliau boleh menandatangani kontrak setahun kemudiannya.

Simon sudah melanjutkan kontraknya selama setahun selepas mendapat keputusan yang baik di dalam Piala Long Teng Cup 2010 di Taiwan. Secara tidak rasminya beliau adalah jurulatih antarabangsa yang termuda di dunia pada umur 33 tahun.

Simon McMenemy telah membawa pasukan bola sepak Filipina ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 yang mana ia julung-julung kalinya pasukan ini berjaya berjaya ke separuh akhir. Selepas kempen kumpulan yang berakhir dengan tiada kekalahan, satu menang dan dua seri, Filipina menduduki tempat kedua di dalam kumpulan untuk berdepan dengan Indonesia pada separuh akhir kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 tetapi telah ditewaskan 1-0 pada kedua-dua perlawanan timbal balik oleh Indonesia.

Statistik pengurusan sebagai jurulatih Filipina[sunting | sunting sumber]

Updated as of 18 December 2010.[4]
Rekod
Permainan Menang Seri Kalah Menang %
&&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030.00

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Simon McMenemy hoping football can attract the Manilans.(13-08-10). Retrieved on 2010-12-08.
  2. ^ McMenemy profile at UsapangFootball.(11/09/10). Retrieved 2010-12-08.
  3. ^ Simon McMenemy is the new PHL national team head coach.(28-08-10). Retrieved on 2010-12-08.
  4. ^ FIFA.com - Philippines: Fixtures and Results. Retrieved on 2010-12-18.