Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu
Lokasi
Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSBP Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
MotoMENJANA KECERMERLANGAN JATI DIRI
Ditubuhkan2000
Kod sekolahTEA5045[1]
Pengerusi PIBGTuan Haji Kasman bin Embong
PengetuaAbu Hasmadi bin A.Bakar
GPK Pentadbiran dan AkademikMuhammad Joha bin Abdul Wahab @ Muhammad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNorliza binti Mat Salleh
Penolong Kanan KokurikulumWan Norziah binti Wan Manan


Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) terletak 5 km dari pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu. Tapak asal sekolah ini adalah padang rumput Jabatan Veterinar dengan keluasan sekolah ialah 40 ekar (27 ekar telah dibangunkan dan 13 ekar tanah yang masih belum dibangunkan). Sekolah ini diserahkan oleh syarikat kontraktor pembinaan AZRB dan JBS kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26 Oktober 2010. Bangunan SAHUT terdiri daripada 6 blok iaitu Blok Pentadbiran, Blok Pusat Sumber, Blok Makmal/Bengkel, Blok Kelas dan 2 blok asrama. SAHUT mula beroperasi pada 1 November 2010 (1.11.10) yang diterajui oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Mohamad Rafi bin Omar sebagai 'Care Taker'.



Pada peringkat awal, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dibantu oleh dua orang penolong kanan iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), En. Megat Abdul Karim bin Megat Hussain dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Aimin Fadhlee bin Mahmud Zuhodi. Selain itu seramai 28 orang guru dan 8 orang kakitangan.


Ketika mula beroperasi SAHUT hanya membuka tiga tingkatan iaitu tingkatan 2 yang mula mendaftar pada 1 Januari 2011 diikuti murid tingkatan 1 pada 5 Januari 2011 dan SAHUT menerima murid tingkatan 4 pada 7 Februari 2011. Pada peringkat permulaan hanya 16 kelas sahaja dibuka iaitu lima kelas tingkatan 1, empat kelas tingkatan 2 dan tujuh kelas tingkatan 4. Sekolah ini dapat memuatkan seramai 900 orang murid dan sekarang mempunyai 400 orang murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SAHUT telah mewakili Malaysia pada tahun 2022 dalam pertandingan FIRST GLOBAL CHALLENGE yang bertempat di Switzerland.

SAHUT telah mewakili Malaysia pada tahun 2023 dalam pertandingan FIRST GLOBAL CHALLENGE yang bertempat di Singapura.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kampung Tajin, Terengganu, 21700 Kuala Berang
Kampung Tajin, Terengganu, 21700 Kuala Berang
Terengganu Darul Iman
 Malaysia

T

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Warga SAHUT dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sukan setiap tahun.

RUMAH WARNA
Tok Indera Biru
Tok Janggut Merah
Tok Belian Hijau
Tok Raja Ri Kuning


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]