Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah
Lokasi
Serkam Darat, Merlimau, Melaka
Merlimau, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Berasrama
Moto"Berilmu, Beriman, Beristiqamah"
DitubuhkanJanuari 1980
Nombor sekolah(+6)06-2632351
PengetuaDAHROM BIN HASHIM
GPK Pentadbiran dan AkademikHAZMAN BIN HAMZAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHAMIDAH BINTI AHMAD
Penolong Kanan KokurikulumRAILAH BINTI ABU
Faks(+6)06-2631352
Laman sesawang

Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah (dikenali sebagai SMASKM) ialah sebuah sekolah menengah arab berasrama yang memupuk pelajaran yang efektif berasaskan pendidikan agama Islam. SMASKM merupakan sekolah bantuan kerajaan JAIM sepenuhnya selain daripada sekolah-sekolah menengah agama yang terdapat di negeri Melaka. Walau bagaimanapun, usaha untuk menjana kecemerlangan yang berkesan masih ditanam di hati setiap pelajar di sekolah ini.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Tanda Sekolah SMA Assaiyidah Khadijah

Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau telah diasaskan pada bulan Januari 1980 oleh Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan dinamakan Sekolah Menengah Majlis Agama Islam Merlimau. Sementara menanti bangunan sekolah sendiri siap dibina, warga sekolah ini terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Merlimau. Pada peringkat awalnya, bilangan guru di sekolah ini hanya tujuh orang sahaja.

Pada tahun 1981, warga sekolah berpindah ke bangunan Sekolah Kebangsaan Merlimau. Hasil sumbangan kerajaan Libya, sebuah asrama untuk pelajar putera dan sebuah kantin yang dikongsi bersama dengan Sekolah Kebangsaan Merlimau juga telah didirikan. Mulai tahun 1983, sekolah ini telah menerima guru-guru dan buku-buku teks yang dipinjamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada awal Januari 1991, warga sekolah ini telah berpindah dan menumpang untuk kali kedua di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Sejarah perpindahan warga sekolah ini tidak berhenti di situ sahaja, kerana sekali lagi dalam tahun 1992, mereka terpaksa berhijrah dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Pulai.

Setelah beberapa kali berpindah dan menumpang di bangunan sekolah lain, akhirnya pada tarikh 11 Disember 1991, majlis peletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Tamby Chik di Kompleks Penghulu Serkam. Walau bagaimanapun, bangunan sekolah tersebut hanya dapat disiapkan pada bulan Mac 1993.

Akhirnya pada tahun 1993 setelah sekian lama berpindah randah dan menumpang di bangunan sekolah lain, warga sekolah ini telah mula menduduki bangunan mereka sendiri yang terdiri daripada sebuah blok bangunan sekolah tiga tingkat yang mempunyai 13 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat dan bilik pengetua serta sebuah kantin. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan, guru dan kakitangan sekolah ini juga telah meningkat kepada 486 orang pelajar, 26 orang guru, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah dan seorang jaga.

Walaupun sekolah telah berpindah bangunan sendiri, pelajar-pelajar puteri masih kekal menumpang di bangunan asrama Sekolah Kebangsaan Merlimau manakala pelajar-pelajar putera seramai 50 orang pula telah menginap di beberapa buah rumah yang disewa di Taman Serkam Jaya, Merlimau, Melaka. Pada tahun 1996, bangunan kekal asrama puteri yang terdiri daripada sebuah blok bangunan empat tingkat telah siap dibina dan mula diduduki oleh pelajar-pelajar asrama puteri mulai bulan Ogos 1996.

Walaupun sejarah penubuhan sekolah ini menempuh dan melalui berbagai-bagai kesukaran dan kepayahan, namun usaha warga sekolah ini untuk menonjolkan sebuah sekolah yang berasaskan pendidikan Islam telah menampakkan hasilnya. Secara keseluruhannya, prestasi pelajar sekolah ini di bidang akademik dan agama ternyata cemerlang dan meningkat dari setahun ke setahun baik dalam peperiksaan awam di bawah Kementerian Pelajaran mahupun dalam peperiksaan yang dianjurkan sendiri oleh Unit Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sehingga pada tahun 1998, pelajar sekolah ini mendapat anugerah calon cemerlang dalam PMR dan SPM serta sekolah cemerlang PMR 1998 oleh Yayasan Melaka.

Pada sesi persekolahan 1996, pengambilan masuk pelajar lelaki ke tingkatan peralihan dihentikan atas polisi JAIM untuk menjadikan SMASKM sekolah perempuan walaupun mendapat tentangan penduduk setempat. Ekoran itu maka pada tahun 2002, SMASKM menjadi sekolah perempuan seratus peratus.

Menurut Kad Laporan Perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, KPM juga telah bejaya dalam usaha mendaftar Sekolah-sekolah Agama Rakyat/Negeri dengan KPM yang dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah-sekolah ini mendapat semua kemudahan seperti yang diperoleh oleh sekolah bantuan kerajaan yang lain seperti guru-guru terlatih, emolumen guru, PCG murid dan peruntukan pengurusan. Sehingga kini, sebanyak 119 buah sekolah agama rakyat/negeri di seluruh negara telah pun mendaftar sebagai SABK dan seramai 4545 orang guru sekolah-sekolah tersebut telah diserap sebagai kakitangan kerajaan dan mendapat gaji berdasarkan skim pendidikan yang sedia ada. Sementara itu pada tahun 2006 juga, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih 14 buah sekolah Arab di bawah pentadbiran JAIM sebagai SABK. Tujuh buah daripadanya ialah sekolah menengah termasuklah SMASKM. Namun begitu, urusan kurikulum diniyyah dan bangunan serta tanah sekolah ini masih di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan JAIM.

Sebagai sebuah sekolah berasrama harian, pelajar-pelajar yang layak ditempatkan di Asrama Puteri SMASKM yang terdiri daripada sebuah blok asrama tiga tingkat boleh memuatkan lebih kurang 200 orang pelajar. Empat orang warden dan seorang penyelia asrama ditugaskan untuk pengurusan dan pengawalan pelajar di asrama.

Peristiwa Sekolah[sunting | sunting sumber]

Program Kemerdekaan 2017

Matlamat Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan dan adalah bagi mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar S.M.A Assaiyidah Khadijah secara menyeluruh. Di samping itu para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik S.M.A Assaiyidah Khadijah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah atau sebagainya.

Objektif 1. Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme. 2. Mencungkil bakat pelajar. 3. Menguji pengetahuan am para pelajar 4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar. 5. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa. 6. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien. 7. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman. 8. Memenuhi program SUMUR iaitu MODUL JATI DIRI

Rasional Penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya bakat pelajar dan potensi pelajar dapat dicungkil dari sekolah lagi. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim Panitia Sejarah SMA Assaiyidah Khadijah.

Matlamat sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mengamalkan prinsip Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara
  • Pencapaian cemerlang dalam kurikulum diniyah dan akademik serta kokurikulum
  • Berintegriti dalam semua aspek
  • Menjadikan Assaiyidah Khadijah sebagai satu organisasi contoh dari segi sahsiah diperingkat Jasin

Piagam pelanggan sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
  • Membimbing dan membentuk para pelajar ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Memastikan kecemerlangan dalam semua peperiksaan.
  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  • Meletakkan harapan pencapaian pelajar dan ibu bapa sesuai dengan kebolehan mereka di peringkat yang maksimum.
  • Mewujudkan sifat cinta terhadap sekolah, keluarga, agama dan negara serta berbudaya ilmu.

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan adalah sumbangan perjuangan yang berterusan ke arah melahirkan insan yang soleh berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah untuk kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Saikhad cluster school 2018.[1]

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Memberi bimbingan yang efektif kepada pelajar ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum
  • Mewujudkan perasaan kasih sayang antara warga Assaiyidah Khadijah
  • Sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah
KM 18, Serkam Darat
77300 Merlimau
Melaka

No. telefon/faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-2632351
  • No. faksimili: (+6)06-2631352

Maklumat ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel: mft1001@ppdjasin.edu.my

Galeri bergambar[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saikhad menjadi sekolah kluster menjelang 2018

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Al-Azhariah, 1998

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]