Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik
Lokasi
 Malaysia Jln Bukit Kempas Utama, Taman Anggerik, 81200, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6075546966
Kod sekolahJBA1095
Guru besarTN HJ MOHD KHAIRUDDIN BIN SA'DON [1]
GPK Pentadbiran dan AkademikPN MASDIANA BINTI OTHMAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN FAZILAH BINTI ALI
Penolong Kanan KokurikulumTN AHMAD KAMARUDDIN BIN KASMAN
Faks6075546966


Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik atau nama ringkasnya SK Taman Anggerik, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Bukit Kempas Utama, Taman Anggerik.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik memiliki 164 pelajar lelaki dan 179 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 343 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009


Pada tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik kini merupakan sekolah TS25.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik telah siap dibina pada 1 Januari 2001. Di awal pendaftaran pertama, seramai 11 orang tenaga pengajar dengan seorang guru besar telah ditempatkan di sekolah ini. 227 orang murid telah mendaftarkan diri pada hari pertama pendaftaran. Bilangan ini meningkat sehingga 298 orang murid pada tahun 2002. Kini, jumlahnya mencapai 384 orang dengan 29 orang tenaga pengajar, 4 orang staf dan 5 orang pekerja am.

Di awal permulaan sekolah dibuka, hanya 6 buah kelas dengan setiap aliran hanya 1 kelas. Berbanding kini, peningkatan sehingga 12 kelas di mana setiap aliran mempunyai dua kelas, yang diberi nama Utarid dan Zuhrah.

Pembaharuan juga dapat dilihat dengan adanya Pendidikan Prasekolah yang telah mula beroperasi pada 1 Januari 2003.

Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik terletak di Jalan Bukit Kempas Utama, Taman Bukit Kempas. Sekolah ini berhampiran dengan Lebuhraya Skudai dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Sekolah rendah yang terdekat dengan sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas manakala sekolah menengah yang berhampiran ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Impian Emas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik
Jln Bukit Kempas Utama, Taman Anggerik
81200, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6075546966
Fax = 6075546966

Pautan luar[sunting | sunting sumber]