Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 8, 90107, Beluran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089511235
Kod sekolahXBA2102
Guru besarPuan Salasiah Said
Faks6089511235
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran atau nama ringkasnya SK Pekan Beluran, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 8.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran memiliki 439 pelajar lelaki dan 451 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 890 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran mula dibina pada tahun 1947 dengan hanya sebuah bangunan yang berdindingkan papan dan berlantaikan simen. Sekolah ini hanya mempunyai sebuah bilik darjah yang menampung seramai 20 orang pelajar sahaja pada ketika itu. Disamping bangunan sekolah, sebuah rumah guru juga turut dibina yang berdindingkan papan dan bertiang kayu belian. Tertubuhnya sekolah ini adalah atas usaha Pegawai Daerah Beluran ketika itu, iaitu Encik C.E.V. Linggam. Beliaulah yang telah mengasaskan sekolah ini. Pada ketika itu Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran merupakan sekolah yang pertama dibina di Daerah Labuk Sugut.

Tidak hairanlah senareo yang jelas, pelajar-pelajarnya ketika itu terdiri dari kalangan anak-anak kakitangan kerajaan di sekitar Pekan Beluran sahaja. Namun beberapa tahun kemudian, keadaan senareonya berubah dimana masyarakat di sekitar Daerah Beluran telah mula sedar betapa pentingnya pendidikan diberikan kepada anak-anak mereka. Untuk itu bilangan pelajar semakin bertambah,di mana ianya tidak terhad dikalangan anak-anak kakitangan kerajaan sahaja, tetapi ia telah dikongsi bersama pelajar-pelajar dari kalangan kelas bawahan iatu anak-anak penduduk di sekitar Daerah Beluran. Memandangkan petempatan penduduk pada masa itu lebih tertumpu di sepanjang Sungai Labuk, maka perhubungan pengangkutan yang paling utama adalah melalui jalan sungai.

Pelajar-pelajar yang datang ke sekolah kebanyakannya menaiki bot, sampan, atau perahu. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah, sebuah rumah telah dibina di tepi laut di Pekan Beluran bertujuan untuk dijadikan sebagai asrama pelajar. Untuk mengatasi jumlah pelajar yang semakin meningkat, akhirnya pada tahun 1967, sebuah lagi bangunan tambahan dan sebuah rumah guru telah dibina. Pada masa yang sama, sebuah kelas sekolah menengah aliran Inggeris telah diwujudkan dan menumpang di bangunan SK. Pekan Beluran dimana kelas menengah ini dijalankan pada sebelah petang.

Pada tahun 1968, dua buah bangunan sekolah lagi telah dibina bersama tiga buah rumah guru. Oleh kerana bilangan pelajar yang semakin bertambah, menjelang tahun 1974,dua buah bangunan sekolah dengan lima buah bangunan rumah guru lagi telah dibina. Pada tahun 1986, di bawah ‘Projek Kilat’ dua buah bangunan sekolah lagi telah dibina dalam dua peringkat. Bangunan baru ini menggantikan bangunan lama yang telah dirobohkan. Pada awal tahun 1987, sebuah bangunan konkrit setinggi dua tingkat telah dibina. Bangunan tersebut dilengkapi dengan bilik makmal, bilik perpustakaan, klinik pergigian, bilik-bilik darjah, bilik guru besar dan bilik guru.

Dua blok rumah flet guru yang mempunyai enambelas unit kediaman juga turut dibina. Projek pembinaan tersebut telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 1988. Semenjak Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran ditubuhkan sehingga kini, ia telah banyak memberi sumbangan dalam segala aspek khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan sejajar dengan peranannya sebagai agen perubah minda masyarakat. Gedung ilmu ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh yang terpelajar dan bijak pandai dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran,perniagaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ketua-ketua pemimpin, wakil-wakil rakyat dan ahli parlimen. Tidak hairanlah pada masa akan datang Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran terus mengorak langkah sebagai sekolah yang unggul di daerah ini melahirkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh dan cerdik pandai. Harapan ini tidak mustahil akan terlaksana dengan adanya kecanggihan teknologi pendidikan dan tenaga pendidik yang lebih efisyen dewasa ini.

=Pencapaian sk pekan beluran[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran
Peti Surat 8
90107, Beluran
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089511235
Fax = 6089511235

Pautan luar[sunting | sunting sumber]