Sekolah Kebangsaan Panglima Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Panglima Awang
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan


Sekolah Kebangsaan Panglima Awang atau nama ringkasnya SK Panglima Awang, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini ia dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Nako Nambua.

Sekolah ini mula ditubuhkan sekitar tahun 1950-an. Pada asalnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Nako Nambua, dan mula didirikan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan secara gotong-royong. Pengasas sekolah ini ialah seorang penduduk tempatan iaitu Tn. Hj. Mohamat B. Abdullah dan kemudiannya disambung oleh En. Awang B. Salleh (Panglima Awang).

Pada tahun 1963, bangunannya diperbaharui dan disempurnakan lagi sehingga boleh menampung 50 hingga 60 orang murid dan 4 orang guru. Guru Besar ketika itu ialah En. Mohktar B. Md. Piah.

Pada tahun 1983, bangunan tiga tingkat didirikan menjadikan dua bangunan untuk menjana aktiviti warga sekolah ini.

Pada tahun 1985, nama sekolah telah ditukar menjadi SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA AWANG sebagai mengenang jasa pengasas sekolah ini iaitu En. Awang B. Salleh (Panglima Awang). Urusan pertukaran nama dibuat oleh Guru Besar pada waktu itu iaitu En. Abdullah B. Jusoh.

Pada tahun 2003, telah siap dibina dua blok bangunan baru setinggi tiga tingkat. Bangunan ini dapat menampung pertambahan murid yang semakin meningkat setiap tahun.

Terdapat ASRAMA DESA di sini yang dapat menampung seramai 100 orang penghuni dan asrama ini telah didirikan sejak 1991.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]