Sekolah Kebangsaan Nunuk Ragang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nunuk Ragang
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Beg Berkunci No. 8, 89300, Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA5453
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Nunuk Ragang atau nama ringkasnya SK Nunuk Ragang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Beg Berkunci No. 8.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Nunuk Ragang memiliki 113 orang pelajar lelaki dan 98 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 211 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kebakaran[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2018, sebuah kebakaran telah berlaku di SK Nunuk Ragang yang memusnahkan satu blok bangunan kayu sekolah yang berukuran 90 x 40 kaki persegi.[1] Kebakaran yang berlaku pada kira-kira 4 petang ini telah menyebabkan pejabat pentadbiran, bilik guru, pusat penempatan buku teks, makmal teknologi maklumat serta kelas tahun satu hangus.[2] Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dihubungi mengenai kebakaran tersebut pada pukul 4.13 petang sebelum bergegas sejauh kira-kira 52 kilometer untuk memadam kebakaran. Bangunan tersebut telah pun hangus terbakar ketika pihak bomba tiba. Pasukan bomba terdiri daripada 9 orang anggota, termasuk Ketua Balai Bomba Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung,[1] yang datang dengan sebuah jentera. Kebakaran yang tamat pada pukul 7.25 malam dipadam menggunakan sumber air jentera dan pili bomba.[3]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nunuk Ragang
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Beg Berkunci No. 8
89300, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Bernama (13 Mac 2018). "SK Nunuk Ragang di Ranau musnah terbakar". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-13. Dicapai pada 14 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Fauzi Suhaimi (13 Mac 2018). "SK Nunuk Ragang musnah terbakar". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-13. Dicapai pada 14 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Fardy Bungga (13 Mac 2018). "SK Nunuk Ragang terbakar". BH Online. Foto oleh JBPM Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-13. Dicapai pada 14 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]