Sekolah Kebangsaan Kemabong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kemabong
Lokasi
Peti Surat 163, 89908, Tenom,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087737345
Kod sekolahXBA1314
Faks6087737345


Sekolah Kebangsaan Kemabong atau nama ringkasnya SK Kemabong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 163.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kemabong memiliki 267 pelajar lelaki dan 220 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 487 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kemabong, Tenom mula beroperasi pada tahun 1974. Pengambilan pertama adalah untuk Tingkatan Satu sahaja. Pada tahun pertama pembukaannya, hanya terdapat 22 orang pelajar sahaja melibatkan 12 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. En. Awang Besar Bin Haji Abu Bakar dilantik sebagai pengetua pertama sekolah ini. Pada mula operasinya, sesi pembelajaran diadakan dengan meminjam bangunan SK Kemabong. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun 1940 ketika pemerintahan Kolonial British (Crown Colony) dan merupakan sekolah kedua dibina di daerah Tenom.

Pembinaan bangunan sekolah ini mengambil masa selama dua tahun disebabkan masalah pengangkutan. Sekolah ini diasaskan oleh O.K.K. Dualis. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai “Government Primary School” atau GPS. Perasmian sekolah ini telah disempurnakan oleh Tuan Cipeck selaku Pegawai Daerah Tenom masa itu. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri dari suku kaum Murut dan Lundayeh. Terdapat juga pelajar dari suku kaum Cina, Dusun dan lain-lain. Oleh kerana tidak ada asrama disediakan, para pelajar terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Ada juga menunggang basikal dan berperahu ke sekolah kerana mereka terpaksa menyeberangi Sungai Pedas.

Pada tahun 1987, SMK Kemabong berpindah ke bangunan baru. Kawasan sekolah yang meliputi hampir 35 ekar ini terletak berhampiran dengan Pekan Kecil Kemabong. Kos pembinaan sekolah ini dianggarkan RM 14 juta. Pada tahun 1986, bangunan ini telah siap sepenuhnya dan mula digunakan pada bulan Januari 1986. Sekolah baru ini boleh menampung pelajar lebih 1000 orang dan kemudahan asrama disediakan. SMK Kemabong merupakan sekolah menengah yang terbesar di kawasan pedalaman Negeri Sabah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kemabong
Peti Surat 163
89908, Tenom
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087737345
Fax = 6087737345

Pautan luar[sunting | sunting sumber]