19 Julai - Rusia mengusir empat kakitangan kedutaan British sebagai balas balik pengusiran empat diplomatnya oleh Britain. Rusia juga enggan bekerjasama dengan Britain dalam hal perang melawan keganasan.
16 Julai - Britain mengusir empat diplomat Rusia sebagai gerak balas keengganan Rusia menyerah balik Andrei Lugovoi yang disyaki di balik kes pembunuhan bekas perisikp KGB Alexander Litvinenko di London.
28 Jun - Cuaca panas di Greece menyebabkan 11 orang maut akibat strok matahari, kira-kira 200 kebakaran liar terjadi, dan grid elektrik negara hampir runtuh akibat permintaan melampau.
25 Jun - Cuaca panas lampau mula melanda tenggara Eropah dengan suhu setinggi 46°C di Bulgaria dan Greece.
8 Januari - Rusia memotong bekalan minyak ke Poland, Jerman dan Ukraine apabila pertikaian tenaga Rusia-Belarus memuncak; disambung semula 3 hari kemudian.