Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Sosialis mendapat kenaikan undi dalam pilihan raya Belanda , manakala Jan Peter Balkenende dari Parti Kristian Demokrat mengekalkan pluraliti dalam Tweede Kamer .
Upacara penyampaian Hadiah Nobel berjalan di Stockholm dan Oslo .
Bekas agen KGB Rusia Alexander Litvinenko mati di hospital di London disyaki akibat keracunan polonium .
Satu konsortium antarabangsa menandatangani perjanjian untuk melancarkan secara rasmi ITER , satu projek untuk membangunkan satu reaktor nuklear pelakuran secara eksperimen.
Perhimpunan Agung PBB melantik Belgium , Indonesia , Itali dan Afrika Selatan ke Majlis Keselamatan PBB untuk tempoh dua tahun. Satu lagi tempat akan diisi oleh Panama .
Amerika Syarikat dikejutkan lagi dengan rempuhan bangunan sebagaimana 9/11 pada 11 Oktober.
Andrew Fire , Craig C. Mello telah memenangi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan bagi usaha mereka mengenai interferens RNA . John C. Mather dan George F. Smoot pula memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik . Manakala, Roger D. Kornberg memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia .
Sebuah kereta api Maglev Transrapid terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa 23 orang di Emsland, Jerman .
Bangkangan anti-kerajaan berlaku di Budapest selepas Perdana Menteri Hungary , Ferenc Gyurcsány mengaku bahawa partinya berbohong untuk menang dalam pilihan raya.
Paus Benedict XVI memeberikan satu syarahan di Jerman , salah satu kenyataannya mengenai Islam mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.
Penyandang Perdana Menteri Milo Đukanović dari Parti Demokratik Sosialis memenangi pilihan raya legislatif Montenegro yang pertama.
Michael Schumacher , pelumba kereta Formula Satu yang paling berjaya menyatakan hasrat untuk bersara pada akhir musim.
Tony Blair , Perdana Menteri United Kingdom mengumumkan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2007 melalui Persidangan Parti Buruh .
Dua lukisan Edvard Munch yang dicuri sebelum ini, The Scream dan Madonna ditemui semula dalam satu serbuan polis di Oslo , Norway .
Satu rancangan untuk mengebom pesawat penerbangan antara London dan Amerika terbongkar. Ancaman keganasan ini merupakan yang terbesar semenjak 11 September 2001 yang lalu.
Piala Dunia FIFA 2006 berlangsung di Jerman dan negara Itali berjaya muncul sebagai juara menewaskan Perancis .
Montenegro mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia dan Montenegro hasil dari satu referendum pada 21 Mei.
FC Barcelona memenangi Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA apabila menewaskan Arsenal F.C. 2-1.
Putera Albert II dari Monaco sampai ke Kutub Utara , menjadikannya raja memerintah pertama yang tiba ke sana.
Pameran teknologi maklumat terbesar di dunia, CeBIT , dibuka di Hanover , Jerman .
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 bermula di Turin , Itali.
Beberapa akhbar di Eropah mencetak semula gambar kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. yang menyebabkan rusuhan berlaku di seluruh dunia selama 3 minggu.
Rusia memotong bekalan gas asli terhadap Ukraine disebabkan pertelingkahan harga.