Pengguna:Kurniasan/Laman Utama
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Tahukah anda...
- ... bahawa drama Gokusen yang terkenal tayangannya di Jepun, lebih-lebih lagi di Malaysia pada tahun 2002 merupakan adaptasi daripada manga dan anime menyusul selepas drama pada tahun 2004?
- "... bahawa germanena ialah suatu bahan yang diperbuat daripada satu lapis tunggal atom germanium dan diiktiraf sebagai bahan paling bermutu tinggi dalam penggunaan peranti semikonduktor dan penyelidikan sains bahan?"
- "... bahawa segi tiga Pascal menentukan pekali yang timbul dalam pengembangan binomial?"
- "... bahawa geometri Euclid merupakan satu sistem aksioman, yang mana semua teorem diambil daripada satu bilangan aksiom-aksiom yang terhingga?"
- ... bahawa Istana Kampong Gelam, sebuah bekas istana Melayu di Singapura, terletak berdekatan dengan Masjid Sultan di Kampong Gelam? Dicadangkan oleh: Pengguna:Kurniasan
Berita terkini
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
- Jambatan Francis Scott Key (gambar) di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas sebuah kapal kontena terlanggar salah satu tiang sokongannya.
Hari ini dalam sejarah
15 Mei: Hari Kemerdekaan di Paraguay; Hari Guru di Korea Selatan dan Mexico; Hari Nakba di Palestin.
- 1836 – Ahli astronomi Inggeris Francis Baily mencerap fenomena "manik Baily" (gambar contoh) ketika gerhana matahari.
- 1928 – Watak kartun Mickey dan Minnie Mouse muncul dalam filem buat pertama kali dalam Plane Crazy.
- 1990 – Potret Dr. Gachet oleh Vincent van Gogh dilelong dengan harga AS$ 82.5 juta, menjadikannya lukisan termahal ketika itu.
- 1997 – Semasa pembaktian Memorial Laos, Amerika Syarikat mengakui secara terbuka peranannya dalam Perang Saudara Laos.
- 2010 – Sekembalinya ke Sydney, Jessica Watson menjadi orang termuda berlayar tanpa henti dan tanpa bantuan mengelilingi dunia.
Gambar pilihan
Istana Saint George ialah sebuah bangunan bersejarah yang terletak di bandar Rennes, Perancis. Ia dibangunkan pada 1670 bagi menggantikan bangunan biara yang lebih tua. Semasa Revolusi Perancis, biara ini telah ditutup dan hartanahnya telah disita oleh kerajaan. Sejak 1930, bangunan itu telah disenaraikan sebagai monumen bersejarah di Perancis. |
Projek Wikimedia yang lain
Wikikamus |
Wikiberita |
Meta-Wiki |
Wikiquote |
Wikibuku |
Wikispecies |
Wikisumber |
Wikiversity |
Commons |
Wikipedia dalam bahasa lain
English (Bahasa Inggeris) • Deutsch (Bahasa Jerman) • Français (Bahasa Perancis)
Polski (Bahasa Poland) • 日本語 (Bahasa Jepun) • Italiano (Bahasa Itali) • Nederlands (Bahasa Belanda) • Español (Bahasa Sepanyol) • Português (Bahasa Portugis) • Pyccкий (Bahasa Rusia)
Svenska (Bahasa Sweden) • 中文 (Bahasa Cina) • Norsk (Bokmål) (Bahasa Norway) • Suomi (Bahasa Finland) • Català (Bahasa Catalonia) • Українська (Bahasa Ukraine) • Magyar (Bahasa Hungary) • Česky (Bahasa Czech) • Română (Bahasa Romania) • Türkçe (Bahasa Turki) • 한국어 (Bahasa Korea) • Dansk (Bahasa Denmark) • العربية (Bahasa Arab) • Esperanto (Bahasa Esperanto) • Српски / Srpski (Bahasa Serbia) • Bahasa Indonesia • Tiếng Việt (Bahasa Vietnam) • Lietuvių (Bahasa Lithuania) • Volapük (Bahasa Volapuk) • Slovenčina (Bahasa Slovak) • עברית (Bahasa Ibrani) • Български (Bahasa Bulgaria) • فارسی (Bahasa Parsi) • Slovenščina (Bahasa Slovenia)