Pengguna:Fandi89/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siti Roziana Zain (lahir 2 Mei 1968) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia. Dilahirkan di Merlimau, Melaka, bakatnya dalam bidang muzik dikesan oleh penerbit muzik yang tertarik dengan kelunakan suaranya, kemudian mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1990. Ziana menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music dan muncul bersama album sulungnya Madah Berhelah (1991) dengan lagu berjudul sama dikeluarkan sebagai single, sekaligus menjulangnya sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Malaysia[1] di Asia Tenggara.[2][3][4] Ini kemudian diikuti dengan lima album berikut yang dikeluarkan setiap dua tahun.

Sebagai pelakon, beliau telah membintangi beberapa filem dan drama televisyen. Antara filem-filem lakonannya ialah Sembilu (1994), Maria Mariana (1996), Merah (1996), Pontianak Menjerit (2005) dan Magika (2010). Beliau juga telah membintangi drama TV termasuk Mak Cun 4 (2018), Janda Kosmopolitan (2020) dan Histeria The Series (2022). Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus menjadikan beliau menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records; menerima undangan membuat persembahan di stesen penyiaran Jepun, NHK dan meraih Anugerah Melodi Emas di Festival Muzik Jepun.

Sepanjang kerjayanya, Ziana telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu. Adiknya, Anuar Zain turut berkecimpung dalam bidang muzik. Selain itu, Ziana juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[a]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dlahirkan pada 2 Mei 1968 di Merlimau, Melaka kepada pesara polis Zain Abdullah dan Robiah Abdul, dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Beliau mesra dengan panggilan, "Rozi", tetapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya "Ogee", "Adik" ataupun "Siti". Ziana di besarkan di Shah Alam, Selangor menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah Alam Selangor[5] Ziana seorang yang berperwatakan lasak. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau lebih gemar bermain dengan budak lelaki dan pernah digelar tomboy.

Selepas tamat alam persekolahan, Ziana telah berjinak-jinak dengan alam pekerjaan pula. Pada permulaannya Ziana telah bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah. Selepas beberapa bulan, Ziana berhenti dan bekerja seorang operator di kilang JVC Shah Alam. Selepas tujuh bulan bekerja dalam bidang pembuatan, Ziana menerima tawaran menjasi sebagai seorang pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).[5] Selepas tamat latihan, Ziana diterima bekerja secara tetap dengan Penerbangan Malaysia selama lebih kurang 3 tahun. Pada awalnya Ziana sering mengikuti bapanya, Zain Abdullah untuk menyanyi bersama-sama kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bermula situ, Penerbit album terkenal, Rahim Othman mengesan bakat Ziana dan percaya bahawa beliau mampu pergi jauh dalam dunia seni. Ini dikuatkan lagi apabila Ziana memenangi Bintang Selangor pada tahun 1984, dan selepas pertandingan itu, beliau dilamar sebagai penyanyi rakaman.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1990-an: Permulaan kerjaya, Madah Berhelah dan bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Ziana menyertai BMG Music pada tahun 1990 secara kebetulan. Album pertamanya, Madah Berhelah merupakan buah tangan pertamanya untuk peminat. Lagunya yang berjudul sama akhirnya telah memikat peminat muzik sekaligus melonjakkan kerjaya Ziana sebagai penyanyi. Lagu tersebut juga telah menjadi juara hampir keseluruhan stesen radio di Malaysia. Pada saat namanya mula mencanak populariti, terdapat segelintir pihak yang meragui dengan kebolehan beliau. Ramai yang mengatakan Ziana bukannya menyanyi tetapi menjerit malah ada yang mengatakan Ziana tiada identiti apabila suaranya dikatakan mirip kepada penyanyi Juliza Adzlizan. Kulit album pertama beliau juga dikatakan menyerupai kulit album penyanyi, Sheila Majid. Namun Ziana tabah menghadapi semua dugaan tersebut memandangkan beliau masih baru di dalam industri tersebut. Berkat kesabaran beliau, dua lagi lagu dalam album tersebut, "Sebelum Terlewat Waktu" dan "Riwayat Cinta" berjaya menawan carta muzik seluruh Malaysia. Malah lebih membanggakan Ziana lagi apabila lagu "Madah berhelah" berjaya melepasi peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Selain daripada itu, album tersebut juga telah berjaya terjual sebanyak 45,000 unit dan diberi pengiktirafan pingat emas oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Ini sekaligus meletakkan Ziana sebagi artis baru paling berjaya ketika itu.[7][8]

Pada tahun 1993, Ziana merakamkan album keduanya, yang mengambil namamya sebagai tajuk album, ditangani lebih kemas oleh komposer terkenal dan berbakat besar bernama Zuriani. Album tersebut menampilkan banyak lagu popular seperti "Kasih Ku Pertahankan", "Anggapanmu" dan "Putus Terpaksa". Album tersebut juga julung-julung kalinya menampilkan satu lagu popular Jepun yang dinyanyikan semula Ziana berjudul "Chitose Bashi". Selain itu, album itu juga mengandungi sebuah lagu Rom yang dialih bahasa berjudul "Hadirmu" yang dinyanyikan Ziana bersama seorang penyanyi baru, Izzaka. Kejayaan demi kejayaan Ziana raih untuk album kedua beliau sehinggakan album tersebut terjual lebih 60,000 unit. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Kerjaya lakonan Ziana bermula apabila beliau menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama bersama-sama dengan Awie dan Erra Fazira dalam filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam.[9][10] Ditayangkan pada 18 Ogos 1994, filem ini mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai pelakon wanita paling popular sebaris dengan pelakon wanita pada zaman itu seperti Ogy Ahmad Daud, Erma Fatima, Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.[11][12] Pada penghujung tahun 1994, Ziana berjaya mengadakan konsert live pertamanya berjudul "Konsert Mega Rahim Maarof & Ziana Zain" bersama penyanyi lelaki popular Rahim Maarof di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1995 Ziana mengeluarkan album ketiganya berjudul Setia Ku Di Sini. Album ini telah terjual lebih 180,000 unit sekaligus menjulang kerjaya Ziana ke puncak kemasyhuran. Album ini bukan sahaja telah terjual di Malaysia, tetapi telah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Album yang menampilkan banyak lagu hit seperti "Setia Ku Di Sini, "Bersama Akhirnya", "Kemelut Di Muara Kasih", dan "Sangkar Cinta" ini telah mengangkat Ziana sebagai pemenang Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Malah pihak RIM juga telah memberikan 3x platinum untuk jualan yang membanggakan itu.[6][7][13] Lebih manis lagi, banyak lagu dalam album tersebut berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu dan lagu "Kemelut di Muara Kasih" berjaya sampai keperingkat akhir pertandingan tersebut.[8] Lagu "Bersama Jua Akhirnya" pula telah memenangi persembahan terbaik (solo) dalam pertandingan "Nescafe Pujaan 10". Selain itu Ziana juga telah diangkat menjadi Artis Paling Popular di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Malah beliau juga telah memenangi dua kategori lain dalam anugerah tersebut iaitu pelakon pembantu wanita popular dan penghibur TV popular.

Pada tahun 1996, Ziana telah melancarkan konsert solonya yang pertama. Konsert yang diberi nama Ziana Zain's Unplugged Concert diadakan di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kira-kira 2,500 peminatnya telah membanjiri lokasi yang kini digelar KL Live itu untuk melihat diva ini beraksi.[14] Dalam konsert ini juga, Ziana turut mengundang seniman tersohor Indonesia, Broery Marantika untuk menyanyikan satu lagu duet yang berjudul "Dekat Tapi Jauh". Disebabkan sambutan yang luar biasa, konsert itu juga telah diabadikan di dalam bentuk album yang menggunakan tajuk yang sama. Lebih membanggakan, album tersebut telah terjual lebih 80,000 unit dan diberikan 2x platinum oleh RIM.[14] Malah Ziana juga melah memenangi anugerah Persembahan Solo Terbaik di dalam pertandinagn "Pujaan 10 Nescafe" menerusi album tersebut. Lagu "Korban Cinta", salah satu lagu dalam album tersebut, telah dipilih sebagai Lagu Paling Popular dalam Anugerah Muzik Singapura 1996. Ziana juga telah dianugerahkan Bintang Perkhidmatan Cemerlang oleh Sultan Selangor pada tahun tersebut.

Kejayaan Ziana tidak terhenti disitu, pada 28 Mei 1997, beliau mengeluarkan album keempat beliau. Album yang berjudul Puncak Kasih mendapat sentuhan ramai komposer popular dan telah terjual lebih 150,000 unit seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.[6][14] Selain itu, Ziana sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama yang melancarkan album di dalam kapal pelayaran mewah. Sebahagian peminat bertuah dan wartawan hiburan telah diundang untuk bersama-sama meraikan majlis yang penuh gilang-gemilang itu. Album ini juga telah mencatatkan banyak kenangan manis seperti telah dipilih sebagai album terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik 1998, Lagu Puncak Kasih pula telah menduduki tangga #1 di carta Muzik Muzik selama lebih 15 minggu, sekaligus menjadi lagu paling lama bertahan di kedudukan teratas carta. Malah lagu tersebut juga telah dipilih sebagai Juara lagu kategori balada dalam Anugerah Juara Lagu 1998, dan muzik video Puncak Kasih telah memenangi Muzik video terbaik dalam Anugerah Video Muzik Malaysia. Pada tahun tersebut juga, Ziana telah melancarkan konsert bergeraknya yand di beri nama Ziana Zain Mega Tour Concert ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Konsert yang mendapat tajaan jenama Salem dan Peter Stuyvesant ini mendapat sambutan yang menakjubkan. Malah tiket-tiket konsert juga sudah habis terjual tiga minggu sebelum konsert bermula.

Pada 9 Mac 1999, setahun selepas perkahwinannya, Ziana kembali menghangatkan arena seni negara dengan kehadiran album solo kelimanya. Album yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul memuatkan 10 lagu dari pelbagai komposer terkenal Malaysia. Antara lagu yang popular di dalam album tersebut antaranya "Syurga di Hati Kita", "Kesuma Hati", "Ada Suara Ada Cinta" dan "Penawar Semalu". Lagu "Syurga di Hati Kita" pula telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1999. Untuk mepromosikan album kelimanya ini, Ziana telah mengadakan konsert yang mendapat tajaan Head and Shoulders. Konsert yang diberi nama Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Peminat yang bertuah telah diberi penghormatan untuk mendapat autograf dan bergambar secara ekskusif bersama Ziana Zain. Dalam konsert tersebut, Ziana telah menyampaikan 10 lagu dan sebahagian besarnya dipetik dari album terbarunya.

2000-an: Aku Cintakanmu dan pasca-kejayaan[sunting | sunting sumber]

Tahun 2000 menyaksikan Ziana berehat seketika dari arena seni suara apabila melahirkan cahaya mata yang pertama. Namun pada tahun 2001, Ziana kembali dengan album solo keenamnya berjudul "Aku Cintakan Mu". Album ini telah terjual lebih 45,000 unit[7], satu jualan yang dikira sangat memberangsangkan tatkala dunia menghadapi krisis ekonomi. Lagu Menadah Gerimis, salah satu lagu dalam album Aku Cintakan Mu, telah menerima pencalonan lagu terbaik dalam Anugerah Planet Muzik 2002, anugerah yang menggabungkan negara-negara Asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah lagu tersebut juga telah menjadi Juara bagi kategori Balada dalam Anugerah Juara Lagu 2002. Selain itu juga, Lagu tersebut telah menduduki tempat pertama dalam carta Muzik-Muzik selama 15 minggu. Pada tahun ini juga, Ziana sekali lagi telah melancarkan konsertnya yang diberi nama Ziana Zain... In The Park Concert, yang diadakan selama dua hari di PWTC. Ramai selebriti terkenal tanah air seperti Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Sheila Majid, dan Nora telah hadir untuk memberikan sokongan. Lebih manis lagi, konsert ini juga telah dibawa ke Jerudong Park Amphitheatre, Brunei. Peminat-peminat Ziana Zain di Brunei terpukau dengan keunggulan vokal Ziana yang mengalunkan 22 buah lagu secara langsung.

Pada tahun 2003, Ziana telah mengeluarkan sebuah album live yang menghimpunkan persembahan-persembahan hebat beliau sewaktu menjayakan konsert. Antara persembahan yang diabadikan dalam album ini adalah persembahan dari Ziana Zain...In the Park Concert dan Ziana Zain Unplugged Concert, Brunei. Album yang menggunakan judul Ziana Zain No1s Live ini juga menampilkan 2 buah lagu baru iaitu lagu "Bukan" dan "Lembah Asmara". Lagu bukan merupakan lagu pertama ciptaan Ziana bersama Greg Henderson. Kedua - dua lagu ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila telah berjaya memenangi lagu pop pilihan di dalam Anugerah Era 2003 dan Anugerah Era 2004. Malah lagu bukan juga telah menjadi juara carta Muzik-muzik selama 17 minggu dan lagu Lembah Asmara pula telah menjadi Juara di Stesen Radio Singapura untuk beberapa minggu. Selain itu, Lagu-lagu ini juga telah berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhri Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut. Album ini telah diterbitkan dibawah syarikat rakaman Ziana yang baru iaitu EMI.

Pada tahun yang sama juga, Syarikat rakaman terdahulu Ziana, BMG juga telah mengeluarkan album kompilasi Ziana Zain berjudul '"Ratu - Satu Penghargaan" sebagai penghargaan buat Ziana di atas kejayaannya selama 12 tahun berada dalam industri ini di bawah BMG. Setelah menghasilkan beberapa album, Ziana mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia seni. Ini kerana pada waktu itu juga Ziana tengah sarat mengandung anak kedua. Oleh itu, beliau tidak mahu kandungannya mengalami masalah memandangkan beliau pernah keguguran sebelum ini. Dalam pada mengurangkan aktiviti seni, Ziana sempat juga merakamkan sebuah lagu tema filem Sembilu 2005 berjudul "Sembilu Kasih". Syarikat rakaman BMG juga turut mengeluarkan album kompilasi CD dan VCD karaoke Ziana yang berjudul "Keunggulan Ziana Zain".

Pada tahun 2008, Ziana akhirnya kembali merakam sebuah album mini yang berjudul "Dingin". Walaupun hanya memuatkan empat lagu, namun single utamanya "Dingin" disambut hangat lalu dicalonkan untuk anugerah Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16.[15]

Pada 18 Oktober 2008, Ziana dijemput sebagai VIP ke pertunjukan fesyen Fendi yang diadakan di Tembok Besar China.[16]

Pada Februari 2009, disahkan bahawa Ziana mengandung bayi kembar.[17][18] Beliau melahirkan kembar lelaki dan perempuan pada 23 Julai 2009 di Shah Alam.[19]

2010-an: Kemunculan semula, Mentor 4 dan projek lain[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2010, selepas enam bulan hilang, akhirnya Ziana kembali kepada umum sebagai tetamu kejutan dalam perhimpunan tahunan kedua Murai.com untuk meraikan pelancaran segmen fesyen baru, Stailista, dalam portal web.[20] Dalam keadaan itu, Ziana menyatakan bahawa dia akan mengeluarkan dua single baru dari album tanpa tajuk yang akan datang beliau. Single, "Pawana" dan "Dirimu Satu", dijangka akan dikeluarkan pada Jun 2010.[21]

Pada 26 - 28 Februari 2010, Ziana telah terlibat dengan pembikinan pementasan muzikal "Antara". Teater yang berkisar mengenai perjalan hidup Nabi Adam AS dan Hawa itu telah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Dalam pementasan tersebut, Ziana telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu "Tahajjud Cinta", "Andai Ku Tahu", dan "Pintu Rindu". Ziana muncul mempersonakan dengan busana rekaan Rizman Ruzaini. Malah alas kepala seakan serban yang digayakan Ziana ketika pementasan itu berlangsung terus menjadi hangat malah pereka fesyen terkenal tersebut turut menggelerkannya "Turban Ziana".[22]

Pada 9 Mac 2010 di Hotel Cititel, Ziana Zain telah mengadakan sidang khas memperkenalkan anak kembarnya yang diberi nama Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel. Pendedahan itu sekaligus menamatkan penantian selama lebih kurang 8 bulan oleh pihak wartawan dan media.[23]

Pada 12 - 22 Mac 2010, Ziana sekali lagi terlibat dalam pementasan teater muzikal "Gamat 2" ini di pentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).[24] Kali ini Ziana bakal bergandingan dengan 2 rakan artis yang lain iaitu Misha Omar dan Amy Mastura. Ziana memegang watak sebagai ketua Obor-Obor yang jahat.[25]

Pada 2 April 2010, Ziana bakal mencuba satu lagi cabang bidang seni iaitu bidang pengacaraan. Ziana bakal menjadi pengacara untuk Parti Hip TV bergandingan dengan Iqram Dinzly. Seterusnya, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Hip TV tersebut selama 13 episod.

Ziana juga menjadi mentor untuk program realiti Mentor 4 yang berlangsung mulai 11 April 2010. Pada mulanya, Ziana memilih Ketty Natalia Rasul (Thalia) dari sesi ujibakat sebagai protege, tetapi tiba-tiba menggugurkan Thalia atas sebab kekurangan persediaan mental dan fizikal serta tidak fokus, lalu menggantinya dengan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)[26] Akhirnya, pada 4 Julai 2010, Mohd dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim itu, satu lagi kejayaan untuk Ziana Zain sebagai pembimbing artis baru.[27][28]

Filem terbaru lakonan beliau, Magika juga akan menjengah pawagam sekitar bulan September 2010.[29] Drama lakonan beliau yang berjudul "Kasih di Jabal Rahmah" juga bakal ditayangkan sempena Hari Raya Qurban ini.

Pada 18 Januari 2011, Ziana Zain telah bergabung tenaga bersama-sama dua orang supernova Malaysia iaitu Datuk Sharifah Aini dan Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu kali ke 25. Pada acara Penutup anugerah berprestij ini, Ziana Zain telah menyanyikan dua buah lagu hitnya iaitu Anggapanmu dan Madah Berhelah. Persembahan Ziana yang memukau itu telah melonjakkan namanya bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia kerana namanya tersenarai di dalam 10 tangga teratas "New World Trendy" di laman Twitter. Pujian bukan sahaja datang dari peminatnya sahaja, malah rakan-rakan artis turut kagum dengan persembahan beliau ketika malam itu.

Ziana Zain membuat beberapa kenyataan kontroversi terhadap persatuan-persatuan artis Malaysia di mana beliau berkata penyertaan selebriti Malaysia di persatuan ini hanya membuang masa. Menurut beliau, persatuan seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan (Karyawan) dan Papita hanya menjaga kepentingan beberapa tempat terpilih dan oleh itu perlu dibubarkan.[30]

2020-an: Kejayaan berterusan[sunting | sunting sumber]

Cabang lain[sunting | sunting sumber]

Duta produk[sunting | sunting sumber]

Setelah hampir 2 dekad dalam bidang seni, sebanyak 11 produk tempatan dan antarabangsa telah melantik Ziana sebagai duta produk mereka. Malah Ziana juga telah disenaraikan antara selebriti yang paling banyak menjadi duta produk setaraf dengan bintang paling popular 2007 Mawi. Berikut merupakan produk-produk yang menggunakan Ziana Zain sebagai duta mereka.[31][32][33]

  • 1996 - Avon[34]
  • 1997 - NutriBeaute[35]
  • 1997 - Omega timepieces[36]
  • 1999 - Head & Shoulders[8]
  • 1999 - B&H Health Products[37]
  • 2000 - L'Oréal hair Color[8]
  • 2001 - Vono Mattress[38][39]
  • 2003 - Brilliant Rose[40][41][42]
  • 2004 - Slim World Beauty House[43]
  • 2004 - Nutrimetics Cosmetics and Skincare [44]
  • 2010 - Antabax[45][46][47]
  • 2013 - Dutch Lady
  • 2013 - Safi Rania Diamond
  • 2016 - Agetech Kekal Muda

Pada tahun 2005, Ziana Zain telah melancarkan minyak wanginya sendiri yang diberi nama Truly sekaligus menjadikan beliau artis Malaysia pertama mempunyai minyak wangi jenama sendiri.[48][49] Selain itu, Ziana juga mencipta sejarah apabila menjadi duta untuk produk antarabangsa VONO Mattress selama 10 tahun, satu jangka masa yang tidak dicapai oleh mana-mana artis di Malaysia.[50]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 1998, Ziana zain menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System. Perkahwinan tersebut telah berwalikan bapa Ziana sendiri, Zain Abdullah. Lebih 10 000 peminat telah membanjiri perkarangan rumah Ziana di Shah Alam semata-mata ingin melihat diva ini secara dekat. Malah bapa Ziana terpaksa memesan makanan tambahan untuk hadirin yang hadir. Sehari sebelum menjelang hari bahagianya, Ziana masih sempat menghadiahkan peminatnya dengan sebuah konsert yang dipancarkan secara langsung dari PWTC. Ramai tokoh-tokoh kehormat hadir pada konsert tersebut untuk mengucapkan tahniah pada Ziana Zain. Perkahwinan Ziana juga mendapat liputan rancangan hiburan paling popular, Melodi TV3 dan beberapa rancangan hiburan lain.

Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.[51]

Pada Mei 2018, suaminya Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada 6 Mac, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari.[52] Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.[53][54][55][56]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio

Konsert dan jelajah[sunting | sunting sumber]

  • 1996: Konsert Unplugged Ziana Zain (Life Centre, Kuala Lumpur)
  • 1998: Konsert Mega Ziana Zain, Peter Stuyvesant ( Malaysia, Singapore and Brunei)[57][58][59]
  • 1999: Ziana Zain: Konsert Zon Perlindungan Head & Shoulders (PWTC, Kuala Lumpur)[60][61][62]
  • 2001: Ziana Zain Live in the Park (PWTC, Kuala Lumpur)[63]
  • 2002: Ziana Zain Unplugged Concert (Jerudong Park Amphitheatre, Brunei)[64][65][66][67]
  • 2011: Pesta Raya Ziana and Anuar Zain (Esplanade Concert Hall, Singapore)
  • 2013: Konsert Nusantara (Istana Budaya, Kuala Lumpur)
  • 2014: Konsert Teaterikal Suara Kita (Istana Budaya, Kuala Lumpur)
  • 2016: Konsert High Note 2016 (Istana Budaya, Kuala Lumpur)
  • 2019: Konsert Ratu 2.0 (Auditorium Perdana Angkasapuri)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Selain Ziana, artis lain yang menerima bayaran tertinggi ialah Sharifah Aini, Anita Sarawak, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Ella, Erra Fazira, Ning Baizura dan Siti Nurhaliza.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Myartis. "Nostalgia Ziana Zain", MyArtis, Kuala Lumpur, 23 Oktober 2011. Retrieved on 17 Februari 2013.
  2. ^ "Ziana tak hilang trademark". Harian Metro. 5 April 2008. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  3. ^ "Return of the Voice". The Malay Mail. 12 Mac 2007. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  4. ^ "Amazed by Anis". The Malay Mail. 20 Ogos 2005. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  5. ^ a b Azzhar. "Truly Diva - D'only Ziana Zain". Dicapai pada 2009-06-08.
  6. ^ a b c lady, awin (1 November 2005). "Ziana Zain's Award". Ziana tripod. Dicapai pada 2009-06-08.
  7. ^ a b c "Bintang Seorang Ratu". Xfresh.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada 2009-06-08.
  8. ^ a b c d "Guapedia of Ziana Zain". Gua.com. Dicapai pada 2009-06-08.
  9. ^ Zainuri Misfar (25 September 1993). "Erra, Awie puas dengan Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  10. ^ Zainuri Misfar (17 September 1993). "Erra, Awie bintang utama Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  11. ^ "Kutipan Sembilu atasi filem Barat". Berita Harian. 20 Ogos 1994. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  12. ^ "Sembilu 'meletup' kutip RM1 juta". Harian Metro. 26 September 2019. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  13. ^ ""1995 Setia Ku Di Sini"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-15. Dicapai pada 2010-01-05.
  14. ^ a b c "Ziana's Achievement". Fortune City.
  15. ^ Rosli, Manah (27 Mac 2009). "AIM 16 cermin masalah industri muzik". Mangga Online. Dicapai pada 2009-06-08.
  16. ^ Wanda, Idris (25 Mei 2009). "Terbangnya masih tinggi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2010-02-01.
  17. ^ Li, Ee; Kee (February 7, 2009). "Ziana Zain Hamil Bayi Kembar". Gua.com. Dicapai pada 2010-01-29.
  18. ^ Murai, Batu (4 Jun 2009). "Hamil Kembar Lelaki Dan Perempuan?". Murai. Dicapai pada 2010-01-29.
  19. ^ "Bayi kembar Ziana belum diberi nama, masih ditahan di hospital". Mstar online. July 30, 2009. Dicapai pada 2010-01-29.
  20. ^ Thani, Hasbullah (15 January 2010). "Ziana Meriahkan Pelancaran Stailista". Murai. Dicapai pada 29 January 2010.
  21. ^ Faizal, Saharuni (29 January 2010). "Ariel dan Kaseh si kembar Ziana". Mstar online. Dicapai pada 29 January 2010.
  22. ^ Turban Ziana Cetusan Rizman Ruzaini, murai.com.my/ 11 Mac 2010.
  23. ^ 'Cukuplah kuota 4 anak', Harian Metro, 11 Mac 2010.
  24. ^ Thani, Hasbullah (17 February 2010). "Geli Gamat Tarik Minat Misha, Ziana". Murai. Dicapai pada 18 February 2010.
  25. ^ Teater Gamat 2 Lebih Memukau dan Kelakar, mStar Online, 18 Mac 2010.
  26. ^ Ziana gugur Talia Diarkibkan 2010-05-20 di Wayback Machine, Harian Metro, 17 Mei 2010.
  27. ^ Budiey, Abg (5 July 2010). "Ziana Zain and Mohd Champion for Mentor 4". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 July 2010.
  28. ^ Rahman, Ridzuan (12 August 2010). "Tugasan 'gila-gila' mentor-protege!". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2010. Dicapai pada 12 August 2010.
  29. ^ Nor Aida, Ismail (17 January 2009). "Ziana has returned". Gua.com.my. Dicapai pada 29 January 2010.
  30. ^ "Ziana Zain Kutuk Persatuan Seni Hiburan Malaysia". mohdrohaizad.com. Dicapai pada 8 July 2011.
  31. ^ "Ziana Zain appointed Antabax Ambassador". Malaysianmirror. 28 July 2010. Dicapai pada 6 August 2010.
  32. ^ "Ziana Zain Miliki Kualiti Sebagai Duta Antabax". Murai.com. 4 August 2010. Dicapai pada 6 August 2010.
  33. ^ "The All New Antabax with Ziana Zain". TimeoutKL. 4 July 2010. Dicapai pada 6 August 2010.
  34. ^ "Launch of new floral fragrance". News Straits Times. 27 Jun 1996. Dicapai pada 2010-08-06.
  35. ^ "Ziana and mom endorse beauty products". Malay Mail. 7 Ogos 1997. Dicapai pada 2010-08-06.
  36. ^ "Won Over by Clean Image". News Straits Times. 4 November 1997. Dicapai pada 2010-02-06.
  37. ^ "Ziana's fragrance". Mstar online. 14 September 2005. Dicapai pada 2010-02-06.
  38. ^ "Ziana nod for mattress". Malay Mail. March 16, 2001. Dicapai pada 2010-08-06.
  39. ^ "Slumberland lancar produk baru". Berita Harian. May 23, 2006. Dicapai pada 2010-08-06.
  40. ^ "Ziana is `diamond ambassador'". Malay Mail. Jan 29, 2003. Dicapai pada 2010-08-06.
  41. ^ "Ziana comes up roses". News Straits Times. Jan 25, 2003. Dicapai pada 2010-08-06.
  42. ^ "Ziana duta berlian Brilliant Rose". Berita Harian. Jan 24, 2003. Dicapai pada 2010-08-06.
  43. ^ "Trim and slim Ziana". Berita Harian. Feb 21, 2005. Dicapai pada 2010-08-06.
  44. ^ "Ziana Zain - tawaran ibarat bulan jatuh ke riba". Berita Harian. Sep 20, 2004. Dicapai pada 2010-08-06.
  45. ^ "Ziana Zain appointed Antabax Ambassador". Malaysianmirror. July 28, 2010. Dicapai pada 2010-08-06.
  46. ^ "Ziana Zain Miliki Kualiti Sebagai Duta Antabax". Murai.com. 4 Ogos 2010. Dicapai pada 2010-08-06.
  47. ^ "The All New Antabax with Ziana Zain". TimeoutKL. 4 July 2010. Dicapai pada 2010-08-06.
  48. ^ Zieman (January 11, 2006). "Ziana jelmaan Saloma". Mstar online. Dicapai pada 2010-02-06.
  49. ^ "Ziana's fragrance". News Strits Times. Sep 14, 2005. Dicapai pada 2010-02-06.
  50. ^ "Maya galas tanggungjawab Ziana". News Strits Times. June 14, 2010. Dicapai pada 2010-08-25.
  51. ^ "Ziana-Armin selamat bernikah", Utusan Malaysia, 9 Mei 1998.
  52. ^ Norrasyidah Arshad (6 Mac 2018). "Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak". Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  53. ^ "Hubungan Ziana, Armin putus terpaksa". Sinar Harian. 12 Julai 2018.
  54. ^ "Ziana Zain and husband officially divorced". The Star Online. 13 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  55. ^ "Hubungan Ziana Zain dan Armin putus terpaksa". Astro Awani. 12 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  56. ^ Mohd. Asron Mustapha (12 Julai 2018). "[VIDEO] Kemelut rumahtangga Ziana selesai". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  57. ^ Abidin Yahya, Rosli (22 May 2002). "Ziana Zain to Perform in June". BruneiDirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-05-06. Dicapai pada 22 May 2002.
  58. ^ Abidin Yahya, Rosli (15 April 2002). "Power-Packed Ziana". BruneiDirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-27. Dicapai pada 22 May 2002.
  59. ^ Abidin Yahya, Rosli (6 June 2002). "$30,000 decor at Ziana Zain concert". BruneiDirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-05-04. Dicapai pada 6 June 2002.
  60. ^ "Konsert Ziana di PWTC Sabtu ini". Utusan Malaysia. 31 March 1999. Dicapai pada 28 December 2010.
  61. ^ "Ziana Zain... lancar album bersama ribuan peminat". Utusan Malaysia. 6 April 1999. Dicapai pada 28 December 2010.
  62. ^ "Ziana berusaha buat perubahan". Utusan Malaysia. 16 March 1999. Dicapai pada 28 December 2010.
  63. ^ "Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik". rotikaya.com. 15 April 2014. Dicapai pada 6 March 2014.
  64. ^ Abidin Yahya, Rosli (9 June 2002). "Ziana has Brunei fans spell-bound". BruneiDirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-05-04. Dicapai pada 9 June 2002.
  65. ^ Abidin Yahya, Rosli (10 June 2002). "Ziana Zain Electrifies Jerudong Park". BruneiDirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-10. Dicapai pada 23 April 2010.
  66. ^ Abidin Yahya, Rosli (8 June 2002). "Fans follow music diva's every move". BruneiDirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-10. Dicapai pada 8 June 2010.
  67. ^ Abidin Yahya, Rosli (16 April 2002). "Diva Ziana Zain wows crowd". BruneiDirect.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-10. Dicapai pada 16 April 2010.