Operahaus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Operahaus
Operahaus 2019
Latar belakang
Berasal dariKulai,Johor, Malaysia
GenrePost-Hardcore, Metalcore, Easycore, Pop Punk
PekerjaanBand
Tahun aktif2015-sekarang
AhliPejul (Vocal)

Pejad ( Guitar)
Amir (Bass)

Tom (Drum)


Operahaus merupakan sebuah band yang berasal dari Kulai, Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Operahaus merupakan band bergenre Punk Rock pada awalnya dan kemudian beralih ke genre Easycore atau ‘heavy pop punk’ dari Kulai, Johor. Menjadikan band Chunk!, No Captain Chunk! dan Neck Deep sebagai sumber inspirasi mereka.

Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Pejul (vocalist) , Pejad (guitarist) , Amir (bassist) dan Tom (drummer). Merupakan rakan sejak dari zaman sekolah dan berkongsi minat dan hala tuju yang sama dalam seni muzik kecuali saiz badan.

Band ini tertubuh pada hujung 2015 dan nama Operahaus sendiri diberi oleh rakan mereka yang membawa maksud persembahan opera dan ‘haus’ iaitu rumah dalam bahasa jerman.

Seperti band-band lokal indiependent yang lain, Operahaus juga bermula dengan sesi jamming suka-suka. Kemudian mula menulis lagu dan menyertai Battle of the Bands di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Pada tahun 2016, Operahaus mula menjejak kaki ke studio rakaman di Studio 46 dan menghasilkan sebuah EP yang berjudul ‘Mesin Perang’ yang mengandungi 5 buah lagu. Banyak berkolaborasi dengan band lokal Crazy Grizzly, C4D dan juga label Spunkdok, Operahaus mula bergiat aktif bermain gig di sekitar Johor, Melaka, Selangor, dan Kuala Lumpur sehingga sekarang.

Pada May 2016, Operahaus meriliskan music video pertama mereka yang berjudul ‘Mesin Perang’ di channel YouTube mereka. Disusuli beberapa video live session seperti Rojak Session, dokumentari, dan OP live session, Operahaus meriliskan music video kedua yang berjudul ‘Serabut’. Music video ini juga mendapat anugerah ‘Best Editing’ di FCA MMU 2017 oleh Sapkoklu Production.

Operahaus telah meriliskan album sulung mereka yang berjudul "Easy-Lah" pada awal tahun 2019. Bantuan Ucop dari band Classmates sebagai producer dan sound engineer, album ini membawa perubahan imej dan genre yang ingin mereka ketengahkan. Mempunyai visi yang besar melalui album ini, Operahaus telah menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena pelancaran album mereka bersama Crazy Grizzy dan telah merilis music video ‘Brand New Home’ ,'Greyscale In 14 Lines','Teruskan' di Youtube.

Pada Mac 2020, sekali lagi Operahaus telah meriliskan Musiv Video terbaru meraka yang berjudul 'Breakdown Tak sudah' yang juga di ambil dari album 'Easylah'. Mereka juga turut tersenarai di dalam barisan band band yang akan membuat persembahan di 'Riot Fest'


Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Pejul - Vokal : 2015 - present
  • Pejad - Gitar : 2015 -present
  • Amir - Bass : 2015 - present
  • Tom - Drum : 2017 - present

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Albums
  • Mesin Perang (2016)
  • Easy-Lah (2019)
Music Video
  • Mesin Perang (2016)
  • Serabut (2017)
  • Brand New Home (2019)
  • Greyscale In 14 Lines (2019)
  • Teruskan (2019)
  • Breakdown Tak Sudah (2020)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[1]

  1. ^ "Operahaus - Takluk Malaysia dengan Easy-Lah!". Kelipan Store. Dicapai pada 2019-04-17.