Membakut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Membakut
Deretan Kedai Lama Pekan Membakut Yang Dibuat Pada 1915
Deretan Kedai Lama Pekan Membakut Yang Dibuat Pada 1915
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
Ditubuhkan1 April 1977
Keluasan
 • Jumlah132.8 km2 (51.3 batu persegi)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah21,900
Zon waktuMalaysian Standard Time

Membakut adalah daerah yang terletak di Sabah, Malaysia. Dahulunya disebut sebagai Pekan Kecil Membakut dan diisytihar menjadi Daerah Kecil pada tahun 1977. Manakala Bangunan Pejabat Daerah Kecil Membakut siap dibina pada tahun 1978. Kini Warta bertarikh 09 Februari 2023 telah mengisytiharkan bahawa Membakut telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh sejak 30 Mac 2022. Majlis Pelancaran Daerah Membakut telah diadakan 14 Oktober 2023 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Dengan penarafan sebagai Daerah Penuh, maka keluasan kawasan yang dahulunya hanya 132.8 km persegi telah bertambah ke 1,480 km persegi. Untuk pesempadanan daerah, Daerah Membakut meliputi kawasan Lumat hingga ke Kayau. Sumber : Jabatan Tanah Ukur Beaufort

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal Usul Daerah Membakut

Membakut berasal dari perkatan 'BAKUT' yang membawa maksud 'KOTA'.

'MEM' adalah kata perbualan apabila digabungkan 'MEMBAKUT' bermaksud 'MEMBUAT KOTA'.

Membakut asalnya nama sebuah kampung yang diduduki oleh suku kaum Brunei yang terletak ditebing sungai kira-kira 5km dari pantai (laut), kini kampung tersebut dinamakan Kg. Brunei.

Membakut dijadikan nama Pekan untuk mengantikan nama asalnya 'BUA'.

Idea ini adalah hasil daripada Ketua Masyarakat iaitu Allahyarham OKK Hj. Saman Bin Md. Yaakub.

Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898.

Pekan ini pada masa dahulu tertakluk dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bangunan Urusetia Daerah Membakut

Pejabat Daerah Membakut telah diwujudkan pada 07 April 1977. Bangunan Pejabat Daerah Membakut pada masa itu ialah sebuah rumah lama, Penolong Pegawai Daerah Membakut yang pertama ialah Encik Ibrahim Hj.Ahmad yang berasal dari daerah Sipitang. Bangunan Pejabat Daerah Membakut yang baru telah mulai dibina pada tahun 1978 dan siap pada tahun 1979 dan seterusnya dirasmikan oleh Datuk Harris Mohd.Salleh (Ketua Menteri ketika itu) pada 28 Oktober 1979. Kini bangunan baru Urusetia Kecil Membakut (Pejabat sekarang) di tapak kawasan yang sama bagi menggantikan bangunan Pejabat Daerah kecil yang lama dan telah beroperasi mulai tahun 2000.Warta bertarikh 09 Februari 2023 telah mengisytiharkan bahawa Membakut telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh sejak 30 Mac 2022. Majlis Pelancaran Daerah Membakut telah diadakan 14 Oktober 2023 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Dengan penarafan sebagai Daerah Penuh.

Penduduk Daerah Membakut sangat padat dan dahulu meliputi 3 kawasan ADUN iaitu kawasan Beaufort, Bongawan dan Kuala Penyu. Sekarang hanga satu ADUN N.24 Membakut dan Parlimen P.176 Kimanis.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Keluasan/topografi Daerah Membakut ialah 132.8km (83 batu persegi) "approximate". Daerah Membakut menpunyai Topographi lokasi daerah yang rendah dan mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut dimana didapati 80% adalah tanah rata dan 20% tanah berbukit.

Terdapat 4 buah Mukim di Daerah Membakut yang terletak di Kawasan ADUN N.24 Membakut.

  1. Mukim I (Pimping/Binsulok)
  2. Mukim II (Bandau)
  3. Mukim III (Mawao)
  4. Mukim IV (Bambangan)

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan tebing-tebing sungai. Dalam banci penduduk sehingga tahun 1990 penduduk pekan ini telah bertambah kira-kira 17,169 orang, kini penduduk Daerah Membakut dianggarkan seramai hampir 21,900 orang.

Penduduk daerah ini sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka melalui bidang pertanian ,perternakan, nelayan dan pengangkutan. Dari segi bidang pertanian, tanaman utama penduduk disini ialah padi. Padi diusahakan 2 kali setahun. Selain daripada padi, koko, sagu, kepala sawit dan getah juga diusahakan berkelompok.

Bidang penternakan diusahakan melalui perseorangan seperti menternak lembu tenusu,skim pawah,ayam dan itik. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak sentiasa memberikan bantuan teknikal dan subsidi untuk meningkatkan mutu pengeluaran kepada penternak.

Nelayan di daerah ini tertumpu kepada Kaum Brunei dan hasil tangkapan mereka dihantar ke pasar Pekan Membakut dan Kuala Penyu.

Dari segi pengangkutan para individu menjalankan operasi bas mini dari Pekan Membakut ke Kota Kinabalu dan Beaufort.

Mengikut bancian yang lalu, penduduk Daerah Membakut terdiri daripada Masyarakat Melayu Brunei, Kadazandusun, Orang Sungai, Jawa, Bisaya dan Cina. Daerah Kecil Membakut, yang diasaskan pada 7 April 1977, terdiri daripada 38 buah kampung. Menurut pihak berkuasa tempatan, jumlah penduduk di daerah dianggarkan 21,900 penduduk, tersebar di 138 km².

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]



Koordinat: 5°28′N 115°47′E / 5.467°N 115.783°E / 5.467; 115.783