Megaminks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah Megaminks 12 warna dalam corak bunga
Sebuah Megaminks 6 warna

Megaminks atau Mégaminks adalah sebuah mainan teka-teki mekanik berbentuk dodekahedron dalam gaya Kiub Rubik. Tidak seperti Kiub Rubik, kebanyakan Megaminks mempunyai 12 warna, tetapi ada juga Megaminks mempunyai 6 warna. Hanya versi Megaminks 12 warna sah untuk digunakan di pertandingan Persatuan Kiub Dunia. Megaminks boleh diselesaikan menggunakan cara penyelesaian yang sama seperti Kiub Rubik dengan beberapa algoritma baru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Megaminks atau Dodekahedron Magik, dicipta oleh pelbagai orang secara bebas dan dihasilkan oleh pelbagai pengeluar yang berbeza dengan reka bentuk yang berlainan. Uwe Méffert akhirnya membeli hak untuk beberapa paten dan terus menjualnya di kedai mainan teka-tekinya di bawah moniker Megaminks.[1] Megaminks juga dikenali sebagai Supernova Hungary, dicipta oleh Dr. Cristoph Bandelow.[2] Versi Dr. Cristoph Bandelow dikeluarkan dahulu, diikuti oleh versi Uwe Méffert. Perkadaran kedua-dua Megaminks tersebut sedikit berlainan.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Megaminks terdiri daripada 62 bahagian iaitu 12 bahagian pusat bagi setiap permukaan, 30 bahagian tepi dan 20 bahagian bucu. Setiap bahagian pusat hanya mengandungi 1 warna. Setiap bahagian tepi mengandungi 2 warna dan setiap bahagian bucu mengandungi 3 warna. Setiap permukaan mempunyai 1 bahagian pusat, 5 bahagian bucu dan 5 bahagian tepi.

Tujuan Megaminks adalah untuk mencampurkannya, kemudian menyelesaikannya semula kepada keadaan asal.

Rekod dunia[sunting | sunting sumber]

Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Juan Pablo Huanqui dari Peru dengan masa 27.81 saat di pertandingan CubingUSA Nationals 2018.[3]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas juga dimiliki oleh Juan Pablo Huanqui dari Peru dengan purata masa 30.39 saat di pertandingan Wuxi Open 2019.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Mainan teka-teki mekanik lain:

Nota[sunting | sunting sumber]