Maktab Rendah Sains MARA Pendang
Koordinat: 5°56′48″N 100°28′50″E / 5.94671°N 100.48060°E
Maktab Rendah Sains MARA Pendang مكتب رنده ساءين س مارا ڤنداڠ | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Jenun Pendang, 06700, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Pendang |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | April 2001 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Wan Mustaffa bin Wan Nawang |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | En. Khairil Azri bin Habibollah |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Yusmizal bin Abu Yusuf |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Pn. Rohaya binti Md Yusof |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Premier |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Engaging Minds, Elevating Excellence |
Nama alumni | ANSARA Pendang |
Laman sesawang | pendang |
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022 |
Maktab Rendah Sains MARA Pendang (singkatan: MRSM Pendang) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di daerah Pendang, Kedah. MRSM Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di negara ini.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]
MRSM Pendang telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan 195 pelajar tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34 orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Noor.[perlu rujukan]
Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Akademik dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]
MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber Pembelajaran, Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka, makmal reka cipta, dewan kuliah, cafeteria dan mempunyai kemudahan sukan yang lengkap.
Penginapan pelajar[sunting | sunting sumber]
MRSM Pendang memiliki 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. Terdapat juga dewan selera dan bilik sakit yang digunakan untuk pelajar berehat semasa sesi persekolahan jika mengalami gejala ringan seperti demam.
MRSM Pendang juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar.
Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Bekas pelajar[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan bekas pelajar paling terhebat yang pernah bersekolah di sini.
- Janna Nick - penyanyi
- Muhammad Alfi
Rujukan[sunting | sunting sumber]