Majlis Daerah Mersing
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. |
- Sebelum Majlis Daerah Mersing ditubuhkan, terdapat beberapa Penguasa Tempatan kecil yang diwujudkan iaitu :
- Majlis Bandaran Mersing
- Majlis Perbandaran Mersing
- Majlis Tempatan Jemaluang
- Majlis Tempatan Endau
- Majlis Tempatan Kampung Hubong
- Majlis Tempatan Kampung Pengkalan Batu
- Majlis Tempatan Kampung Sri Pantai
- Majlis Tempatan Mersing Kecil
- Semua Penguasa Tempatan ini menggunakan Enakmen 118 dan “Authorities Local Election Ordinance 1951” sebagai asas pengurusan dan pentadbiran masing-masing.
- Walau bagaimanapun Enakmen di atas telah dimansuhkan setelah berkuatkuasanya Seksyen 10 Akta 124 (Akta Kerajaan Peruntukan Sementara 1973). Perintah di bawah seksyen 10 merangkumi perkara-perkara berikut:-
- Pemansuhan Majlis-Majlis Tempatan
- Pencantuman Majlis-Majlis Tempatan di bawah satu pentadbiran baru
- Pengujudan Majlis-Majlis Daerah; dan
- Perlantikan Ahli Lembaga Pengurus yang menggantikan Consular-Consular yang dipilih melalui pilihanraya di bawah “Local Authorities Elections Ordinance 1951”
- Akta 124 di atas akhirnya telah juga dimansuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan digantikan pula dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) yang digunakan sehinggalah sekarang.
- Dengan berkuatkuasanya Akta 171 di atas, maka lahirlah MAJLIS DAERAH MERSING dengan rasminya dan telah diisytiharkan penubuhannya pada 26 Mei 1977 melalui Warta Kerajaan Johor bil.JPU 30
- Setelah itu lahirlah Majlis Daerah Mersing beserta 2 cawangan pentadbirannya di 2 pekan kecil iaitu Cawangan Endau dan Cawangan Jemaluang.