M Muthu Palaniappan
M Muthu Palaniappan | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Rantau | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Ismail Lebai Kamat |
Digantikan oleh | Hamdan Mohamad |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Si Rusa | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | A. Ponniah |
Digantikan oleh | Krishnasamy Muthurajoo |
Ahli Dewan Negara | |
Dalam jawatan 15 Disember 1980 – 1982 | |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
Butiran peribadi | |
Lahir | Muthupalaniappan a/l Muthu Raman |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (sejak 2012) Kongres India Malaysia (sehingga 2012) |
Dato' Muthupalaniappan a/l Muthu Raman ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Negara pada 1980[1] hingga meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 1982. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi DUN Si Rusa pada 1982-1986 dan DUN Rantau pada 1986-1995.
Politik[sunting | sunting sumber]
Parti Keadilan Rakyat[sunting | sunting sumber]
Selepas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau telah dipilih menjadi Naib Ketua Cabang Telok Kemang pada 2014 hingga 2018.
Kongres India Malaysia[sunting | sunting sumber]
Muthupalaniappan pernah menjadi Naib Presiden MIC pada 1997 hingga 2000[2][3]. Beliau mula menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC pada 1979.
Keanggotaan Muthu Palaniappan daripada MIC telah digugurkan berkuat kuasa 30 April 2012 selepas menyatakan hasrat menyertai PKR[4].
Pada 24 Januari 2009, beliau pernah dipecat daripada MIC selepas mengumumkan akan mencabar S. Samy Vellu untuk jawatan MIC dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada Mei 2009[5]. Namun, beliau telah mengemukakan rayuan. Dalam pemilihan tersebut, beliau tewas kepada penyandang, S. Samy Vellu[1].
Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' (1986)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Tindakan UMNO BN Tidak Bertanding PRK Penanti Ditentang Samy Vellu". GreenBoc. 18 April 2009. Dicapai pada 22 Disember 2021.
- ^ "Mahalingam gagal pertahan jawatan" (PDF). Perdana. 3 Ogos 1997. Dicapai pada 22 Disember 2021.
- ^ "Bekas Naib Presiden mahu cabar Samy Vellu". mStar. 11 November 2008. Dicapai pada 22 Disember 2021.
- ^ Bernama (April 29, 2012). "Muthu Palaniappan's Name Struck Off From MIC List" (PDF). Perdana. Dicapai pada 22 Disember 2021.
- ^ G. MANIMARAN (24 Januari 2009). "Bekas Naib Presiden MIC berhasrat cabar Samy Vellu dipecat". mStar. Dicapai pada 22 Disember 2021.